Sunday 6 October 2024

Menu simple sepanjang hari (hujan)

Semalam seharian hujan turun sejak pagi membawa ke petang. Sekejap lebat, sekejap reda, sekejap guruh dan sekejap lebat semula. Maka banyaklah perancangan outdoor yang terpaksa ditunda. Dan seperti biasa bila duduk dalam rumah, aktiviti makan-makan akan bertambah. Asalnya nak keluar sarapan berdua-duaan tapi bila keadaan tak mengizinkan maka kita proseslah apa yang ada di dapur. Bukak kabinet stor makanan, bukak peti ais maka terhasil mihun goreng simple untuk sarapan dua orang makcik & pakcik pencen.

Baki mihun…dah tinggal separuh baru teringat nak ambik gambar.

Asalnya nak keluar lunch bagi menggantikan sarapan di luar yang tertunda tadi… tapi masih jugak ada halangan maka makcik ulang balik kreativiti pagi tadi. Kita masak menu simple sahaja sambil meneruskan kerja-kerja rumah yang tak pernah selesai.

Sayur bayam tumis air.

Bakar ikan atas kuali.

Ikan bakar simple is done.

Ayuh lah kita menjamu selera laki-bini.

Asalnya nak keluar dinner, tapi tetaplah di tunda juga dek hujan yang tiada harapan untuk reda. Maka kita teruskan dengan menu simple yang lain pulak. Kali ini saya hanya buat sandwic roti dengan tuna dan megi kari. Alhamdulillah semua dah selamat masuk perut sebelum sempat nak ambik gambar. 

Apa-apa pun tetaplah kita bersyukur dengan segala rezeki yang Allah kurniakan. Paling penting adalah nikmat kesihatan dan selera makan yang tidak memilih apa sahaja yang terhidang di depan mata. Semoga Allah kekalkan kesihatan hingga ke akhirnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Masalah paip bocor lagi

Sebelum terbang ke UK pada awal tahun baru-baru ini saya setelkan semua bayaran bil (terkini) Unify, Astro, letrik dan air serta yang lain-l...