Monday 25 February 2019

Jalan jalan Pontian...Tanjung Piai.

"Umi... Nina ada pertandingan kat Johor, wakil zon Utara." 

Dan seperti biasa saya akan make a point untuk bagi sokongan moral setiap kali anak-anak masuk tournament. Dan seboleh mungkin saya akan pastikan dapat hadir sama.

"Tapi rasanya parent tak boleh masuk...." 

Hmm... Tak kisah lah. At least dapat jumpa kat luar pun takpe. Depa mula program pada hari Jumaat so hari Khamis sebelum subuh depa dah gerak dari Perlis. Join dengan peserta dari MRSM Langkawi dan MRSM Arau. Kami juga bertolak pada  hari Khamis. Mengikut kata waze perjalanan KL-Pontian ambik masa 3 jam setengah sahaja. Tapi disebabkan kami tak ada apa nak dikejarkan maka perjalananan pun slow and steady sahaja. Pukul 10 pagi baru keluar rumah, tiba sana dalam pukul 2 petang. Terus cari lunch sebelum check-in kat Pontian Garden Hotel.

OTW gi Johor lalu USIM.
(Haruslah mereport sebab orang sebelah tak ikut sekali.)

Disebabkan Nina belum tiba maka kami buat plan percutian tergempar. Short vacation gitu. Padahal sebelum gerak dari KL dah siap plan nak ambik Nina jenjalan, lepas tu nak gi cari dinner ikan bakar bla...bla....bla. Almaklum la tak pernah datang Pontian, tak tahu bagaimana rupa pantainya. Walaupun hotel kami betul-betul menghadap laut tapi pantainya tidak berapa menarik. Pantainya ditambak dengan batu-batu tidak seperti yang saya gambarkan. Tapi dapatlah juga menghirup udara laut dan mendengar deruan ombak. Alhamdulillah.

Kami ada masa sepanjang petang untuk dihabiskan. Setelah di timbang-tara maka kami decide untuk ke Tanjung Piai. Kata orang kalau dah ke Pontian haruslah melawat hujung benua Asia. Bukan senang nak datang Johor tanpa sebab. Jadi dah alang-alang dah sampai kita ambiklah peluang yang Allah sediakan ini.

Kami keluar hotel dalam pukul 3.45 petang, tiba sana dalam pukul 4.15 petang. Kelam kabut beli tiket sebab kaunter tiket tutup pukul 4.30 pm. Harga tiket masuk adalah RM5 untuk seorang dewasa. So saya bayar RM20 untuk kami empat orang. 

"Cepat dik masuk dalam... kami tutup pukul 5 petang." Beriya pakcik jaga tu bagitahu. Kesian gamaknya takut kami tak sempat menikmati keindahan panorama dalam baki masa yang ada itu.


Kami memang betul-betul target untuk sampai ke hujung benua tu. Bukan main laju berjalan nak kejar masa sebelum pukul 5.30 petang. Alhamdulillah makcik masih mampu berjalan dalam jarak yang agak jauh. Tak pasti berapa jauhnya tapi tercungap-cungap jugakla dalam usia separa senja ini. Sabar je bujangku sekali-sekala terpaksa memimpin tangan Uminya. Jalan laluan sekitar kawasan ni diperbuat daripada kepingan kayu ala-ala jambatan kayu gitu. Kita boleh nampak air laut di bawahnya pada bahagian yang susunan kayunya jarang-jarang. Haruslah makcik gayat. Terpaksalah saya melangkah tegak sahaja. Pandang depan macam askar.


Angin sangat kuat

Banyak kawasan yang boleh diterokai kalau cukup masa. Tapi dengan waktu kami yang terhad kami hanya tuju ke bahagian yang cantik untuk bergambar sahaja. Sepanjang jalan dikelilingi hutan paya bakau yang cantik. Malangnya hampir keseluruhan kawasan penuh dengan sampah sarap yang tersangkut di celah-celah akar pokok. Nampak cantik pada bahagian atas jambatan sahaja. Tapi kalau diperhati di bawah jambatan memang dipenuhi sampah. Kebanyakan sampah terdiri dari bekas-bekas plastik, tong dan botol air.


Makcik berhenti rehat sekejap

Di bahagian luar kawasan paya bakau tu depa bina ala-ala tugu sebagai batu tanda. Bolehla buat tempat port bergambar. Kalau masa ramai pengunjung, kena beratur ikut turn. Masa kami pergi hanya ada beberapa keluarga sahaja jadi tak perlu nak menunggu lama.


Peta lokasi

Alhamdulillah sempat juga kami cover beberapa kawasan tanjung walau dalam kesuntukan masa. Sepatutnya pakai kasut track sebab nak kena banyak berjalan. Tapi saya malas nak salin, dah terpakai kasut tinggi jadi agak penat di situ. So by pukul 5.30 petang kami dah gerak balik hotel untuk berehat. Malam tu keluar pi cari dinner pulak.

Kami sewa dua bilik so dapat empat baucer untuk sarapan esoknya. Cukup untuk kami empat orang. Depa hidang nasi goreng, kentang goreng, sosej, kuih dan roti. Cukup lah untuk alas perut. Kawasan makan kat tingkat tiga, ala-ala roof top gitu. So dapatlah melihat pemandangan laut lepas di celahan pokok ru.


Hiasan batu giling dan pengisar beras. Saya suka.

Sebenarnya kat Pontian ni ada sahabat saya masa belajar UK dulu. Kebetulan beliau balik kampung di Ayer Baloi, jadi sempatlah kami menyambung silatulrahim usai sarapan. Kami berjumpa di Restoran Awie Ayer Baloi. Pertemuan yang sebentar cuma tapi amat bermakna dalam fasa persahabatan. Thank you kak Ain...

Kak Ain masih kekal comel macam dulu-dulu.

Sesi Nina tamat pada pukul 12 tengahari. Sedang elok lepas check-out kami terus pi ambik dia kat Maktab. Lepas tu dah tak tahu nak gi mana sebab kebanyakan tempat-tempat lawatan ditutup pada hari Jumaat. So kami buang masa menggedik sekitar MRSM Pontian sebelum drop anak menantu kat Masjid Ayer Baloi untuk solat Jumaat.



Semasa kaum lelaki pi solat Jumaat, us girls pi berjalan kat tepi pantai di tengah-tengah terik mentari konon nak kill the time. Sungguh panas tak terkira. Lepas tu cari shopping centre sebab nak sejukkan badan. Jakun pulak..., mana ada shopping centre kat situ. Akhirnya kami pi masuk kedai Eko konon sambil nak cari watering can untuk siram pokok kat rumah nanti. Watering can takde, kami angkut barang-barang lain penuh bonet kereta. Makcik jakun masuk kedai semua barang harga RM2. Adoyai.... nafsu semata.

Sorang dari Perlis, sorang dari KL, berjumpa di Johor.... menggedik masa orang solat Jumaat. 

By pukul 3.30 petang kami kena hantar Nina balik maktab semula sebab dalam pukul 4 petang depa ada plan nak pi jenjalan dengan guru pengiring pulak. Sementara itu sempat la kami pi makan-makan kat Restoran Nasi Ayam Haji Ali . Hajat nak cari nasi biryani gam tapi kebanyakan kedai tutup pada hari Jumaat. Belum ada rezeki nampaknya.

Muka-muka kekenyangan.

Sebaik sahaja lepas hantar Nina balik maktab kami terus gerak balik KL. Hajat nak gerak lebih awal sebab nak elakkan jalan jam. Almaklumlah hari Jumaat petang. Sebenarnya kita ada dua orang drebar jadi tak perlu susah hati. Umi hanya sit back and relax.... hangpa pepandai lah bawa kereta. Alhamdulillah jalan tidak seteruk yang disangka. Kami tiba di Ampang dalam pukul 9 malam. Singgah beli roti nan cheese untuk dinner. Setel. 

PS: Alhamdulillah, 14-15 February 2019, short vacay with pleasure...

No comments:

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...