Saturday 23 February 2019

Jalan-jalan PD... sekeluarga.

Sejak cuti sekolah hujung tahun 2018 bermula, macam-macam perancangan percutian yang kami buat. Tapi disebabkan masing-masing ada hal sendiri, agak sukar nak susun masa untuk semua ahli keluarga dapat berkumpul sama-sama. Hajat nak buat percutian keluarga pun tak kesampaian. Tup tup dah masuk tahun baru 2019 dan cuti sekolah pun dah berakhir.

Maka pada cuti Tahun Baru Cina baru ni kami paksa juga aktiviti keluarga agar menjadi. Nina hanya dapat cuti untuk hari Tahun Baru Cina sahaja sebab tingkatan lima banyak kelas tambahan. Hari Rabu pukul 6.00 pagi dah kena gerak balik Perlis semula. The only time yang semua orang boleh bekumpul hanyalah pada hari Isnin malam dan hari Selasa pagi sahaja. Alhamdulillah, despite segala benda yang mendatang, berkat kesabaran semua akhirnya kami berjaya juga berkumpul ramai-ramai ala-ala hari keluarga gitu. Takde ramai mana pun tapi bila dah jadi tiga keluarga ni kita nak kena take into consideration tiga pihak jugak.

Cuti tahun Baru Cina jatuh pada hari Selasa dan Rabu tapi ada syarikat yang masih bekerja pada hari Isnin termasuklah syarikat Marwan. So kenalah kami minta izin bawa bini dia jalan dulu. Lepas kerja hari Isnin Marwan terus join kami kat hotel. Hidayah dan Umair pulak masih di Langkawi dan hanya balik KL pada hari Isnin, flight tengahari. So terpaksalah suruh Amin bawa Myvi pick-up depa kat KLIA lepas tu terus ke PD. Nina jadi peneman setia. 

Kami gerak dari Ampang dalam pukul 12 tengahari sebab nak target tiba sana dalam masa dua jam. Alhamdulillah kami tiba hotel dalam pukul 2 petang. Ramai orang beratur nak check-in tapi banyak bilik yang belum ready lagi. Depa bagi tempoh masa satu jam untuk setelkan bilik. Sambil tu depa sediakan sandwic dan minuman free kat cafe hotel sebagai consolation. Alhamdulillah semua ahli keluarga kami selamat tiba di hotel Lexis PD dengan penuh kesabaran dan ketenangan.

Yang ni tambah sendiri sebab dah lapar pulak.

Depan hotel

Agak lama juga nak kena tunggu bilik hotel siap. Kami booking dua bilik hotel tapi depa upgrade jadi dua water chalet pulak. Kawasan water chalet ni agak jauh ke laut tapi depa sediakan buggy untuk angkut barang-barang ke bilik. Kami pun ikut naik buggy jugak walaupun boleh je nak buat briskwalking. Alhamdulillah water chalet ni agak luas sesuai untuk famili besar. 

Mekca dah redi nak pi pantai.

Lepas dah check-in dan berehat sekejap kami terus gerak ke Pantai Port Dickson. Sementara menunggu sunset kami jalan-jalan pijak pasir sambil menemani anak-anak pi bercanda di pantai. Anak-anak dah besar gajah pun sibuk nak pi teman jugak.


Rajin Pak Abu melayan Mekca

As always.... Girls only.

Only them.

Berkali-kali dok minta naik banana boat, kita layankan saja sebab depa dah besar panjang. Mahal juga rupanya. Depa caj RM20 satu kepala. So untuk untuk lima beradik tu kami bayar RM100. Depa pusing tepian pantai tu je. Ada la kot dalam 10 minit. 

Puas hati dapatnaik banana boat.




Umi tunggu tengok sunset je....as always.

Lepas dah puas bercanda kami terus pi cari ikan bakar. Kat mana ntah dah lupa nama tempatnya. Tapi boleh tahan juga harganya. Sekali sekala hubby belanja. Balik malam tu terus tidur kepenatan.

Esok paginya baru dapat menikmati keindahan sekitar water chalet ni. Luas sebenarnya. Ada pengunjung yang memancing. Tapi saya lebih suka tengok-tengok laut dan menyedut udara segar sahaja.

Sunrise bersembunyi di balik Chalet


Sempat lagi nak melihat-lihat kawasan chalet dan sekitarnya. Haruslah fokus saya pada bunga-bungaan dan pokok hiasan sekitar kawasan. Mentang-mentang baru berjinak-jinak dengan bunga, kemana pergi asyik nak belek pokok saja.

Awat la makcik nampak besar sangat?

Kami dapat baucer sarapan untuk 8 pax sahaja so kena tambah bayaran untuk seorang lagi. Tak pasti berapa harganya. Rasanya dalam RM40 sorang. Makanannya boleh tahan juga tapi kita kengkonon diet so makan pilih-pilih sahaja.

Kat sini banyak juga aktiviti kalau berminat. Saya cuba naik basikal tapi hampeh. Nak kayuh pun gayat. Dah bertahun tak naik basikal, dah lupa macamana nak imbang badan. Lagi pulak badan dah kembang ni lagi susah nak mengimbangkannya. Akhirnya kita biarkan sahaja anak-anak enjoy themselves, naik basikal, mandi kolam. Makcik hanya duduk-duduk tepi kolam tolong jaga kain baju sambil baca novel. 

By pukul 11.30 tengahari kami dah check-out sebab takut kalut sangat kalau nak berebut kaunter pada pukul 12 nanti. Alhamdulillah everything went well as planned.

Akhirnya...first family photo captured for 2019.

PS: Pabila kita merancang, rancanglah dengan betul. apa-apa pun Allah lah sebaik perancang...

No comments:

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...