Sunday 9 December 2018

Teman Sepanjang Jalan

Hujung minggu baru ni hubby ada program luar lagi. Biasanya kalau program luar yang driving-distance (yang boleh pergi-balik naik kereta) saya akan biarkan hubby pergi dulu. Dan saya akan menyusul selepas saya dah siapkan semua kerja di rumah. Kebetulan minggu ni ada anak bujang dan tuan puteri bungsu tu maka kita angkut sekali kengkonon bawa depa pi holiday.

Kami gerak lepas zohor terus ke hotel Movenpick, Sepang. Hotel ni dibawah pegurusan Tabung Haji khas untuk penginapan jemaah di musim haji. Katanya baru beroperasi tahun ni. Hotelnya masih baru, menarik dan luas. Malangnya signage untuk tanda arah bilik agak mengelirukan. Alhamdulillah kebetulan masa nak masuk bilik tu ada adik-adik cleaner tengah beroperasi maka kita bermanis mulut berkongsi masalah.

Kami dapat bilik di tingkat 5, mengadap masjid KLIA. Biliknya agak luas dengan pemandangan yang agak unik.

Dari dalam bilik hotel.

Lepas check-in kami jenjalan sekitar hotel sambil-sambil cari makan. Kebetulan hotel ni berdekatan dengan Mitsui Outlet maka kita buang masa kat sana sambil cuci mata. Pengunjung sangat ramai, sempena cuti sekolah gamaknya. Kami hanya melihat-lihat sahaja sebab masa agak suntuk. Kami hanya ada masa lebih kurang dua jam sebelum balik ke hotel semula. (Betul la kata orang pabila perempuan bershopping, setakat dua jam haruslah tak cukup....)



Malam itu kami berangan nak cari ikan bakar kat Pantai Bagan Lalang tapi bila tengok peta, tiba-tiba berubah fikiran sebab terasa jauh pulak nak travel memalam. Cancel hajat nak cari ikan bakar. Kami cari kedai sekitar Sepang sahaja. Maka terjumpalah Restoran Sirah berhampiran Kota Warisan. Katanya pakar mee udang. Alhamdulillah not bad. Harga pun berpatutan.

Menu saya, Mee udang dua ekor.

Esoknya lepas sarapan, teman anak-anak pi swimming. Pelik pulak anak-anak dah tua bangka nak umi temankan lagi. Pagi-pagi macam tu orang belum ramai lagi jadilah 'kolam itu ana yang punya'. Depa asingkan swimming pool untuk lelaki dan perempuan, jadi takdelah segan sangat kalau kita orang perempuan ni nak berenang gaya bebas.



By pukul 11.30 pagi kami dah bersiap-siap nak check-out. Sementara menunggu hubby habis program kami berfoto shoot dulu. Banyak spot menarik kat area hotel ni. Tapi disebabkan kita ni bukanlah pro sangat bab posing-memosing ni makanya saya banyak ambik gambar bangunan sahaja. Sungguh, bangunan hotel dan persekitarannya agak unik dan menarik.

Bahagian dalam hotel yang luas. 

Depa bina landskap berasaskan air dan pokok-pokok. Memang sejuk dan nyaman. Walaupun belum siap sepenuhnya tapi dah dapat bayangkan suasananya apabila siap sepenuhnya nanti.






Apabila hubby bagitahu programnya ambik masa sikit lagi maka saya pun check-out sendiri dan lepak-lepak kat dalam kafe dahulu. Sambil tu kita order jelah apa yang patut. As long as kita ada kad ATM Encik suami, kalau terpaksa tunggu lelama pun tak jadi hal.




By pukul 1.15 tenghari kami dah gerak balik KL. Oleh kerana malam tadi tak dapat merasa ikan bakar, kami cuba cari kat Kampung Baru pulak. Rupa-rupanya rezeki masih tidak menyebelahi kami. Maka kami singgah kat Suraya Nasi Kukus sahaja. Makan sahaja apa rezeki yang Allah takdirkan. Alhamdulillah.

Nasi kerabu


Colek dan pulut mangga.

Alhamdulillah kami tiba ke rumah semula dalam pukul 3.30 petang. Tak terasa masa berlalu begitu pantas.

No comments:

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...