Monday 27 August 2018

Eidul Adha 2018

Tahun ini kami tak ada special planning nak beraya. Saya pun takde planning nak masak beriya-iya. Tapi of course la nasi dagang menjadi menu wajib. Hubby memang suka makan nasi dagang di pagi raya. Manakala anak-anak pula suka makan rendang. So sehari sebelum raya tu saya pi cari ayam untuk dibuat gulai nasi dagang dan sedikit daging untuk dibuat rendang. Malam raya tu saya dah siapkan gulai ayam dan rendang daging. Seawal subuh pagi hari raya pula saya mula mengukus nasi dagang dan merebus ketupat nasi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dalam alunan takbir raya dihening subuh.

Kami bersolat Eidul Adha di masjid sebelah rumah sahaja. So pagi raya tu tak perlu tergesa-gesa nak kejar trafik. Sempat lagi berposing sebelum pi masjid.


Dah rupa warga emas dah....

Kali ini kami beraya dengan anak-anak yang bujang sahaja. Iman dan Hidayah beraya dengan mertua masing-masing. Sebab itulah kami hanya berpada dengan apa yang ada sahaja. Usai solat raya kami balik rumah untuk makan-makan dan seperti biasa tak sah kalau tidak bergambar kenangan.....

Posing lagi....

Buang tebiat.....

Tinggal tiga perlima sahaja....

Sementara menunggu petang saya pi jenguk-jenguk orang buat korban di masjid. Depa buat rewang. Saya cuma tolong potong-potong organ dalaman dan sedikit daging pejal. Rasanya depa plan nak masak gulai dan sup. Tapi saya terpaksa balik awal sebab anak cucu nak balik beraya. So tidaklah dapat merasa keenakan daging korban yang dimasak secara berjemaah.





Iman tiba-tiba decide nak balik beraya di rumah kami walaupun sepatutnya depa ikut balik beraya di  rumah keluarga mertua di Terengganu. Oleh kerana disebelah pagi depa dah beraya di rumah keluarga di Semenyih so ayah mertuanya cadangkan tak perlulah nak ikut balik ke kampung lagi. Maka beraya sakan lah kami dipetang itu. Tapi apalah sakan sangat raya kat KL ni. Pi jalan-jalan kat shopping centre jelah ceritanya sambil minum petang membawa ke malam. Malam tu kami pekena  kedai mamak sahaja.


Rupa-rupanya ramai juga yang beraya kat KL nih sambil melepak kat mall......

Layan cucu mewarna.....

PS: Semakin bertambah usia semakin saya memahami nikmat Eidul Adha adalah untuk mereka yang menjalankan ibadah korban....

No comments:

Belimbing madu di halaman rindu

Walau banyak pokok yang dah nazak dan arwah selepas dua bulan ditinggalkan, masih ada yang sudi mekar subur mengeluarkan hasil untuk tuannya...