Monday 12 March 2018

Anak cikgu.....

Saya jarang bertanya anak-anak tentang perasaan mereka bersekolah di tempat umi mengajar. Dan saya rasa tak perlu pun saya bertanya sebab semestinya mereka akan memberikan jawapan standard. Biarlah apa yang mereka rasa itu menjadi rahsia mereka adik-beradik. Bagi saya sendiri, saya sentiasa mahukan yang terbaik buat mereka mengikut acuan saya. 

Menjadi tradisi kami anak-anak hanya bersekolah di al Amin sehingga tingkatan tiga sahaja. Bila dah naik menengah atas saya akan galakkan mereka untuk belajar di sekolah bantuan kerajaan.  Alasan, dah sampai masa mereka keluar dari zon selesa. Pada saya, apabila melepasi usia 15 tahun mereka sudah matang untuk berinteraksi dengan dunia luar. Alhamdulillah semua puteri saya akur dengan prinsip saya. Yang sulung menyambung kelas menengah atas di SMK SP, diikuti Hidayah di MRSM dan yang bongsu di SMK kat Nilai. Cuma yang bujang sahaja yang tetap meneruskan pengajian di al Amin. Alasan, sebab mereka sayang dengan team bola yang depa hidupkan sejak dari sekolah rendah. Team bola yang depa dah anggap seperti adik-beradik hingga sekarang. 

"Tapi lepas SPM wajib sekurang-kurangnya masuk Matriks....." syarat tambahan untuk The Bujangs yang mereka wajib ikut walaupun dalam kesibukan program bola mereka. Sungguh saya sangat faham dengan manusia-manusia yang hantu bola, tidur bola, makan bola ni. Kalau dah berbola memang pelajaran entah ke mana. Mereka sangat beruntung sebab hubby sentiasa menyokong kegiatan bola mereka. Cakap sahaja bila dan di mana, pasti hubby tidak lokek menghantar dan mengambil mereka di padang. Kasut bola usah dikira. Senang-senang je melayang ratusan ringgit. Untung ler... ayah pun kaki bola....:)

"Ukhuwah Umi..... hanya lelaki je faham....." Iyelah. Pandaila hangpa. Tapi sungguh, hingga kini setiap kali musim cuti semester ada saja reunion depa main bola, makan-makan, lepak-lepak dan mengeteh. Betullah kata orang, sukan boleh menguatkan ukhuwah. Mereka bukan sahaja bekerjasama di padang bola tapi jika kena caranya boleh berukhuwah hingga ke syurga. 

Walaupun kami anak-beranak pergi sekolah sama-sama, tapi apabila di sekolah saya selalu berpesan supaya kami tidak ada hubungan istimewa. Saya tidak pernah mengajar kelas mereka. Kalau saya nak menyinga pun biarlah di rumah sahaja. Alhamdulillah setakat ini semua anak-anak saya dianggap seperti anak-anak orang lain juga. Tiada layanan istimewa walaupun depa anak cikgu. Kalau salah, tetap kena denda, kena jemur, kena rotan, masuk bilik kaunseling dan sebagainya. Dan saya juga sentiasa berpesan supaya mereka juga menjadi diri sendiri. Tidak perlu hipokrit berlakon jadi baik sebab anak cikgu. Buat salah itu normal sebab kita manusia. It's part of growing up. 

Bujang sulong saya suka melukis. Sejak kecik dia memang suka melakar idea. Sekali-sekala saya ketuk juga tangan kalau terlakar kat tempat yang tidak sepatutnya. Bakat melukisnya makin terserlah semasa di sekolah rendah. Terimakasih kepada Ust Don (rasanya...saya dah lupa nama) yang mewujudkan Kelab Lukisan di sekolah. Teringat saya betapa bangganya dia mengajak saya ke pameran lukisan sempena hari kokurikulum sekolah. Beberapa hasil lukisannya tergantung di dinding pameran. Namun begitu, banyak kali juga kena kes disiplin sebab 'vandalism', katanya sebab suka melakar, melukis dan menconteng meja sekolah. Bila saya tanya kenapa... "Kelas boring la umi......." Hmmm.... Tapi Alhamdulillah takde la sampai kena gantung sekolah, cuma tertulis dalam sijil berhenti sekolahnya sahaja. Sabo jelah umi oi.....  Malangnya semasa di sekolah menengah bakat lukisannya tidak dapat dikembangkan kerana tiada kelab yang sesuai. Walaubagaimanapun dia tetap meneruskan minat di rumah. Kredit kepada hubby yang tak lokek membeli segala keperluan melakar, daripada kertas lukisan, pencil pelbagai saiz, berus pelbagai saiz, water colour, dan macam-macam lagi. 

Kotak putih mulus pun boleh bertukar wajah.....

 Antara aktiviti kalau boring dalam kelas.
(Sepatutnya kotak tabung untuk derma Palestin).

Sebaliknya, semua puteri saya ulat buku. Berkotak-kotak buku depa pakat beli terutama kalau ada sales kat mana-mana kedai buku. Of course la hubby menyokong sebab dia pun ulat buku juga. Sampai dah tak tahu nak sumbat kat mana dah semua buku-buku kat rumah tu. Setiap kali beli rak buku, tak sampai sebulan dah penuh dengan buku-buku. Alhamdulillah sekarang ni depa dah mula guna e-book so takde lah sibuk nak meneman pi menjelajah kedai buku setiap kali ada sales.

Bagi saya sendiri banyak kebaikannya kalau anak bersekolah dengan umi dari segi teknikal dan material. Boleh jimat masa dan jimat kos transport. Dari segi hati dan perasaan itu biarlah rahsia. Sebagaimana saya tidak perlu tahu apa perasaan mereka, mereka juga tidak perlu tahu apa perasaan saya. Yang pasti saya bertanggungjawab memastikan mereka belajar dengan baik and I am happy with them around......melihat mereka membesar di depan mata. Bila dah besar nanti pepandai lah depa bawa jalan hidup masing-masing.....




Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...