Sunday, 4 March 2018

KL by night

Dah jadi macam rutin pulak sejak akhir-akhir ni setiap malam minggu je nak kena keluar makan. For the past three weeks in a row keluar makan sebab kebetulan anak menantu balik bercuti. This week pun rasa nak keluar juga sebab anak bujang tu ada kat rumah. Alhamdulillah dia belajar kat UM je maka setiap minggu boleh balik jumpa umi. Maka setiap minggu juga umi belanja makan. So malam tadi kami pi makan kat Ali Tomyam. Beberapa kali dah makan kat sini, tapi tak pasti apa yang specialnya. Lebih sedap makan nasi kat rumah dengan sayur masak lemak dan ikan kering goreng. 

Asyik makan je....😄

"Jom nak bawa umi tengok River of Live........"
Mentang-mentang takde kerja, dah alang-alang sampai KL kami terus pusing-pusing KL. Memula nak pusing-pusing tengok lampu-lampu je tapi tetiba pulak singgah kat Dataran Merdeka. First time masuk parking kat bawah Dataran Merdeka. Selama ni tak pernah tahu pulak depa buat parking lot kat bawah Dataran Merdeka. Cuak jugak masa memula masuk tu. Maklumlah kita ni dulu gadis pingitan, manalah berani keluar rumah memalam. Walaupun bersama hubby dan bujangku tapi rasa cuak tu tetap ada. KL kot. Waktu malam. Kat parking lot yang sunyi. Kereta pun ada beberapa bijik je. Walaupun kawasan parking tu diterangi lampu tapi dalam kepala otak saya penuh dengan informasi tentang kebejatan KL diwaktu malam. Banyak yang negatif sahaja. Huhu..... scary.

Sematkan dalam hati, ni KL je kot bukannya Syria. Banyak benda yang indah untuk dinikmati dan disyukuri. Alhamdulillah Malaysia masih aman.

Kami melewati jambatan River of Live. Baru tahu rupa-rupanya ada projek River of Life (RoL). Katanya menelan belanja hingga RM4.4 billion. Tujuannya untuk membersih, mencantik dan develop sungai Kelang dan Gombak sepanjang 110 km meliputi kawasan MPS, MPAJ dan DBKL. Untuk fasa ni depa baru setelkan sungai sekitar Masjid Jamek dan Daya Bumi dahulu untuk jadikan 'kolam biru' Blue Pool. Waktu malam jelah nampak birunya sebab depa guna kesan lampu. Memang cantik dan menarik. Tapi masa kami dok menggedik atas jambatan tu depa pasang lagu Adele. Hmm... tak berapa masuk ngan jiwa saya la pulak. Kita ni kan Malaysian, so of course la suka lagu-lagu bertemakan Malaysia. Barulah boleh merasai ketenangan 'kolam biru' apabila disulami deruan air sungai dan alunan muzik tema Malaysia. Nak tema Melayu kang kata asobiah pulak. 
Blue pool.... katanya


Asap untuk bagi lebih  effect air sungai...(agaknya la)

Lepas tu kami pusing-pusing kat Dataran Merdeka. Depa masih ada food truck macam saya pergi masa Expo Negaraku 2017 hari tu. Tapi makanan pun macam biasa je. Agaknya sebab dah malam. Mungkin siang hari lebih meriah. Lagipun kami dah makan sebelum tu so semua benda tak ada nampak menarik. Maka kami hanya habiskan masa kat kawasan 'jam detik' kat tengah-tengah padang dataran tu. Depa buat air terjun macam air hujan. Air pun boleh tukar kaler kesan lampu warna-warni. Tapi saya perasan hanya warna biru sahaja. Agaknya depa nak selarikan dengan 'kolam biru' RoL tu kot.
Dari luar nampak macam dalam hujan.....

By jam 10 malam kami mula gerak balik. Seperti biasa kehidupan di KL, terpaksa meredah trafik jam. By pukul 11.30 malam baru sampai rumah. Padahal kalau ikut AKLEH ambik masa tak sampai setengah jam.


PS: Life is full of surprise....


Peghelih ke Ampang.

"Umi.... Nina boleh cuti awal dua minggu start hari Jumaat." Maka seawal pagi hari Khamis 8 November 2018 lepas kami turun da...