Tuesday 20 February 2018

Umi Chantek....

Setiap kali balik rumah ada je beauty product yang Iman bawa balik.

"Nak bagi Umi cantik..... " Isk, isk, isk..... kat mana pulak kurang cantiknya saya ini. Perasaanku rasanya dah cukup cantik dah diriku ini. (Padahal kalau perati betul-betul muka dah penuh jeragat!). Rupa-rupanya selama ini muka berjeragat, bertompok hitam dengan lubang-lubang bekas jerawat tu adalah fenomena biasa bagi saya. Tapi Alhamdulillah, dah lama saya hidup dengan keadaan muka macam tu, selamat dan sihat walafiat je hingga kini. :D 

Melihatkan produk-produk branded yang dibawa balik rasa sayang pulak kalau tidak digunakan. Lagipun sejak dah pencen ni barulah ada masa nak tilik muka. Baru lah perasan selama ini saya kurang menitik-beratkan penjagaan amanah Allah yang satu ini.


"Umi kena pakai product ni. Special untuk orang tua....." Haha...... suka hati je si Iman ni golongkan saya dalam kategori tua. Sabar je lah.  

"Ni untuk siang, ni untuk malam, ni untuk kecikkan pores, bla, bla, bla...... Jangan lupa pakai sun screen, bla, bla, bla........' Adeh, banyak pulak senarainya. Sampai terkompius mana satu nak guna. Sebenarnya saya memang malas betul nak tepek-tepek muka dengan segala bagai beauty product ni. Leceh nak kena cuci bila nak ambik wudhu'. Lepas tu nak kena tepek balik. Rasa macam membazir pulak. 

Tapi sebagai memenuhi impian puteriku nak melihat Umi makin cantik maka kita layankan saja. Terpaksalah saya mendisiplinkan diri untuk susun masa bila nak pakai product yang mana walaupun seringkali terbabas.

Alhamdulillah setakat ini saya tak pernah miss cuci muka lepas bangun pagi. Dah alang-alang nak mandi pagi, pemalas sangat la kalau muka pun tidak dicuci. Cuci tu maksudnya basuh muka dengan pencuci muka. Biasanya saya guna produk Eversoft sahaja. Lepas tu pakai Olay moisturiser. Mana boleh tinggal product ni. Saya guna Olay ni sejak dari anak dara lagi. (Sepatutnya pakai toner dulu, tapi malas weh. Leceh..... ). Lepas tu sapu bedak Pureen je sebelum keluar rumah hantar Nina pi sekolah pepagi.

Sekiranya nak keluar rumah waktu tengahari saya akan pakai Olay Day Cream dulu. Lepas tu pakai bedak Nurraysa. Kiranya macam ganti sun screen la sebab dalam day cream biasanya dah ada SPF yang cukup. Saya malas nak pakai sun srcreen. Bau macam cat dinding. Huhu..... sabar jelah. Balik je ke rumah saya akan terus cuci muka sebab serabut rasa ada benda bertepek kat muka. Rasa fake gitu. Lepas tu saya sapu Olay moisturiser semula dan pakai bedak. Kalau perlu keluar rumah lagi, saya akan pakai day cream semula. Balik rumah terus cuci balik. Kalau tidak kemana-mana, saya hanya selesa dengan Olay moisturiser dan bedak Pureen sahaja.

Sebelum tidur malam saya hanya cuci muka seperti biasa kemudian pakai serum. (Baru nak belajar pakai serum sebab kena paksa dengan Iman....:D) Kalau rajin saya akan pakai mask kemudian pakai night cream. Tapi biasanya saya lebih selesa tidur dengan muka polos, bare face kata omputih. Saya masih selesa dengan kepercayaan saya tentang beauty sleep, biarkan nature yang merawat wajah dan tubuh badan kita tanpa gangguan bahan-bahan kimia semua tu.

Hingga sekarang saya masih kagum dengan nenek saya yang memiliki wajah suci bersih hanya dengan bedak sejuk. Mungkin faktor alam semulajadi. Rumah kami kat kampung dikelilingi pokok-pokok yang rendang. Suasana rumah sentiasa teduh tanpa perlu pakai kipas atau air-condition. Rumah kami takde kemudahan elektrik pun, so memang tak boleh nak pasang semua benda tu. Makanan pun semuanya segar dari ladang. Tanpa bahan kimia, tiada pengawet dan tiada penambah perisa. Makan nasi dari beras padi tanam sendiri. Lauk ikan tangkap sendiri. Kalau sekali sekali nak makan ayam dan daging pun yang bela sendiri. Ulam-ulam dan sayur tanam sendiri.

Nenek saya memang suka bercucuk tanam dan hasil tanamannya semuanya menjadi. Kami satu kampung  boleh menuai hasil tanamannya. Rumah kami semuanya open space, takde pagar. Ungated and unguarded. Sesiapa sahaja boleh lalu lalang rumah masing-masing dan petik je apa-apa keperluan masakan.

Nenek adalah antara beberapa orang yang paling tua kat kampung tu. Biasanya golongan tua ni kami panggil Tok untuk perempuan dan 'Chaie' untuk lelaki. Saya tak pasti macamana ejaannya. Tapi Chaie ni bahasa ori orang Baling.

"Tokkkk..... nak ambik daun ni...."
"Haaa ambik laa....."
"Tokkk..... nak gali kunyit sikit...."
"Haaa... gali laaa..."
'Tokkk.... telur ayam ada?"
"Haaa..... pi tengok dalam reban..."

Semua pakat laung sahaja. Fenomena biasa kat kampung saya di waktu pagi. Tak perlu minta izin. Cuma bagi tahu sahaja. Yang bestnya by the time nak makan nasi tengahari akan ada satu dua hidangan lauk akan singgah di rumah saya....

Nenek saya tak akan keluar rumah waktu tengahari. Kalau keadaan memaksa nenek keluar, nenek akan 'kelubung' dengan kain batik. Ala-ala gadis pemalu gitu. Mungkin itu faktor utama wajah nenek flawless, takde jeragat dan bekas jerawat sebab takde sinar mentari yang berani mengganggu seorang perempuan melayu terakhir......


PS: Missing my nenek terribbly ðŸ˜¢Tetiba.....

Cerita sebelum tu....

Sinki Dapur Tersumbat Lagi

Sejak balik dari bercuti ni banyak pulak kerja-kerja maintenance yang perlu dilakukan di rumah ini. Alhamdulillah, saya masih diberi kekuata...