Tuesday 6 February 2018

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Sepanjang dua bulan ni setiap kali balik Ampang saya banyak memenuhi masa mengemas rumah. Mengemas maksudnya membuang barang-barang yang dah berlonggok selama ini. Saya sendiri pun kurang pasti sejak bila barang-barang tu mula melonggok dalam rumah. Sejak balik dari UK saya dah beberapa kali pindah rumah. Bemula dengan rumah sewa di Taman Batu, hubby beli rumah di Selayang. Masa kat Selayang tu saya dah mula 'menternak sampah'.  Kalau tengok dengan mata kasar ianya hanyalah barang-barang biasa sahaja. Walaupun dah masuk kategori 'sampah' tapi sebab kengkonon ada sentimental value tu yang berlonggok-longgok susun dalam rumah. Masa nak pindah ke Ampang dulu saya terpaksa sewa lori untuk angkut semua barang-barang yang kengkonon disaluti memori untuk dihantar ke pusat pelupusan sampah. Tumpah jua setitis dua air mataku mengiringi deruan enjin lori sewa itu.

Selama duduk kat Ampang tabiat 'menternak sampah' tu masih tak dapat dipisahkan. Semua benda saya sayang, buku-buku, majalah, semua kotak dan beg hadiah, kertas dan plastik bungkusan, beg mesyuarat hubby (entah berapa puluh kali meeting), hatta bekas tupperware ais krim pun saya susun, simpan elok-elok. Penuh almari dan rak. Lepas tu minta hubby beli almari lagi. Tambah koleksi almari pulak. Mungkin masa tu saya masih sibuk berkarier, jadi tak sempat nak  menilik keadaan rumah. Mengemas pun setakat sedap mata memandang sahaja. Tapi sejak dah pencen ni baru lah boleh menikmati setiap sudut rumahku syurgaku. Baru lah nampak betapalah diri ini penuh dengan kecintaan dan kasih-sayang 💖. Makanya penuhlah rumahku syurgaku dengan benda-benda yang dah masuk kategori tidak diperlukan. Adeh..... 

"Buat apa la nak simpan semua benda-benda ni? Menyemak je....." Beberapa kali dialog tu mempengaruhi daya fikiran saya. Beberapa kali jugak saya cuba deny. Tapi sejak terpaksa berulang-alik Ampang-Nilai ni nampaknya saya terpaksa membuat perubahan dalam kecintaan dan berkasih sayang. Benarlah kata-kata old habit die hard. Walaubagaimanapun, untuk merubah keadaan harus bermula dengan diri sendiri. Maka setiap balik Ampang, selain daripada komitmen program keluarga dan kenduri kendara, saya akan mengisi masa dengan projek 5S..... (sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal) Alhamdulillah setakat ini saya dapat mengurangkan sedikit demi sedikit kadar kecintaan dan kasih-sayang saya terhadap benda-benda yang tidak perlu. Setiap kali juga depan rumah saya akan penuh dengan plastik hitam pada hari pungutan  sampah. Terima kasih kepada Alam Flora yang tak jemu memberi khidmat bakti untuk kesejahteraan masyarakat menikmati suasana sampah-free.

Selain dari 'menternak sampah', saya juga membuat tabungan. Alhamdulillah, sejak kecik dah terdidik untuk memasukkan lebihan duit belanja sekolah ke dalam tabung. Dah tetua pun masih kumpul duit syiling jugak. Alhamdulillah hasil kecintaan dan kasih sayang kepada walau sekecil-kecil nilai, tabungan itu akan penuh mengikut masa dan keadaan. So minggu lepas saya angkut duit-duit tu bawa pi Nilai. Berat juga. Hahaha.....mesti la berat. Depa guna logam keluli tahan karat, kuprum nikel untuk buat duit-duit syiling tu. 
Sepanjang pagi saya isi masa mengasingkan duit-duit syiling itu mengikut nilai masing-masing. Lepas tu masukkan dalam plastik. Tapi kita simpan dulu sebab belum sempat nak pergi bank.  Sebenarnya dah banyak kali lalu depan bank tapi takde parking yang kosong. Terpaksa menternak lagi lah nampaknya. Hmm.....

Apabila balik Nilai saya hanya mengisi masa dengan hobi baru sambil 'menghias' rumah dengan harapan tidak menambahkan koleksi 'ternakan' baru....
Terima kasih kepada pemberi cawan sup ini.


PS: Semoga Allah mudahkan saya mengurangkan kecintaan kepada dunia dalam menuju pengakhiran hayat ini.....


Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...