Saturday 30 July 2016

Mangga Siam

Lama saya dok menunggu pohon mangga nan sebatang ni berbuah. Masa beli anak pokok kat Sg Buloh hari tu, depa kata mangga siam. So mangga siamlah ia. Kalau depa tipu pun mana lah saya tahu. 

Setiap kali saya mendobi pasti saya ambik masa bersembang dengan pokok tu. Bertanya khabar bila nak berbunga. Agaknya dia kesian kot dah kenapa orang tua ni asyik bercakap sensorang. Alhamdulillah dalam bulan posa hari tu tetiba nampak gugusan bunga mula keluar. Punya la excited. Berhasil juga tanaman pokok ni. Ingatkan dia merajuk tak mau berbuah dah. Namun seperti juga pokok mangga epal sebelum ni, bunga pokok mangga siam ni pun tak tahan lama. Selepas beberapa hari bunga tu mula layu dan gugur. Cuma tinggal beberapa tampuk yang akhinya mengeluarkan beberapa biji putik buah. Keliling pokok saya pusing nak kira berapa biji buah yang menjadi. So untuk tuaian sulung ini nampak empat biji.
Rendang dan mewah dengan daunnya yang menghijau. 
Buah sulung dah mula lonjong. Kata ayah saya kalau bersemut tu petanda buahnya manis 

Semangat nak rasa hasil tangan. Nampak semut penuh kat tangkai buah tu. 

"Kalu dah tak sabar sangat petik je buah tu. Boleh buat nyicah....."

So petang semalam saya petik buah sulung tu. Walaupun nampak dah besar tapi buahnya masih sangat muda. Biji pun masih lembut dan putih je. Sah sah kena merojak ngan kuah Mak Bee. Walaupun rasanya agak masam tapi sangat rangup. Tipikal mangga muda.

Dapat la rasa sikit sorang. 
Sejak pokok mangga ni mula merimbun tanah bawah pokok ni dah mula gersang. Rumput pun dah malu nak tumbuh sebab kurang cahaya matahari. Masalah baru pulak timbul. Tanahnya mula lecak pabila waktu hujan. Nak kena letak simen la pulak gamaknya.
Sebelum.

PS: Dah lama juga tak excercise. Lepas ni nak kena ambik mood untuk sambung berkebun semula. Nak buang balik lemak-lemak yang mula berkumpul sejak raya baru ni.....

No comments:

60 Days In UK: Rumah Sewa 4

Jumaat, 15hb Mac 2024 Hari ini dah masuk hari ke-44 kami berada di bumi bertuah ini. Kalau ikut orang bersalin, masa ni dah habis tempoh ber...