Friday 20 March 2015

Bowling....Boling....Baling.

Sejak anak-anak dah besar ni dah agak kurang masa nak cuti sama-sama. Mostly dah sibuk dengan urusan masing-masing. So tinggal yang kecik dua orang tu je lah nak kena layan. Cuti sekolah pun tinggal depa berdua je. Yang dah masuk IPT tak cuti. Hubby pulak sejak kerja USIM cuti pun dah tak sama. Kenapa tah gomen tak susun cuti biar masa cuti sekolah semua orang IPT pun dapat bercuti bersama satu keluarga.....:(

"Kita kena prepare mental. Anak- anak dah mula ada kehidupan masing-masing..." Hubby selalu pesan. Padahal Hubby lah orang paling gembira kalau dapat berkumpul semua anak-anak. 
"Wah...cukup kourum!" Ayat feveret Hubby setiap kali dapat dinner ramai-ramai.

So akhirnya terpaksalah saya pandai-pandai isi masa cuti sendiri. Alhamdulillah Iman dok UIA je. Anytime boleh ajak teman bercuti. Kadang-kadang jadi driver bawa Umi pi jenjalan bawa adik-adik. Destinasi : sekitar KL.
Sekali sekali berbowling kat Ampang point seronok juga. Keluar pagi-pagi jalan tak jam. Manusia pun belum ramai. Kebetulan hari tu ada offer murah. Tak ingat dah murah berapa. RM3.50 kot. Sewa kasut sepasang RM4.00. Lama pulak nak menghabiskan satu-satu game tu.
Amin je yang pandai control bola..
Nina cari bola yang paling ringan je...
Hero Umi paling setia...
Umi bergaya je...baling bola asyik masuk longkang....:)
Bola paling ringan....6kg. Tu pun macam nak patah jari comel Nina.


PS: Sebelum ni kalau berbowling Hubby ngan Ein je lah yang dapat top score...



No comments:

Aidil Fitri 2024 (1445H) @Ukay Perdana

1 Syawal tahun ini jatuh pada hari Rabu, 10hb April 2024 selepas 29 hari rakyat Malaysia berpuasa. Pada petang sebelum pengumuman hari raya ...