Itu adalah soalan biasa saya kepada anak2 setiap kali bersua. Ewah macam
jarang bersua pulak... Sebenarnya saya suka bertanya tentang solat mereka.
Setiap hari bahkan setiap kali masuk waktu solat sekiranya saya tidak bersolat
bersama mereka, saya akan bertanyakan tentang solat mereka.
" Umi ni..orang dah solat la. Baru tadi salam umi kan? " Kadang2
saya macam dah nyanyuk pulak asyik bertanya saja. Itu kalau masa saya tak solat
la. Uzur. Sungguh, dalam fasa menjelang usia emas ni, saya sangat mengharapkan
anak2 boleh menjaga solat mereka tanpa arahan saya, boleh menjaga solat waktu
mereka walau di mana saja. Iman, walaupun dah masuk usia 20 tahun masih tak
lepas dari soalan saya.
Kenapa?
"Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara:
sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang
soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
Kenapa saya mengharapkan anak2 untuk berdoa untuk saya bila saya tiada
kelak?
Saya berasa amalan saya semasa hidup sangat sedikit. Kalau ada amalan pun belum
kira yang ikhlas dan tak ikhlas lagi. Nak kena tolak lagi. Saya tiada banyak
harta untuk disedekah menjadi amal jariah. Saya juga tak punya ilmu untuk
memberi manfaat kepada orang lain. Saya hanya punya anak2 yang saya harus didik
menjadi anak2 soleh dan solehah dan memastikan mereka sentiasa berdoa untuk
saya nanti. Masa terbaik untuk mereka berdoa ialah selepas solat. Kalau
solat pun mereka tidak jaga bagaimana mungkin mereka akan berdoa untuk saya
nanti. Jadi dengan baki usia yang saya ada ini saya akan pastikan mereka
menjaga solat mereka. Pentingkan diri sendiri? Oh sudah semestinya. Siapa lagi
yang akan mendoakan saya kalau bukan mereka.
Allah berfirman:
Sesungguhnya solat itu merupakan
kewajiban yang ditentukan atas kaum Mu’minin.
(an-Nisa : 103)
Dan saya sangat percaya titik tolak menjadi seorang yang soleh/solehah adalah melalui
solat. Solat yang sempurna akan melahirkan manusia yang sempurna. Sungguh.
Kalau ada sesuatu yang tak kena semak balik amalan solat kita. Tak perlu
bercakap tentang dunia kalau solat pun tunggang-langgang.
Rasulullah s.a.w pernah ditanya: Apakah amalan yang paling utama? Baginda
menjawab, Solat pada waktunya .
Rasulullah s.a.w. bersabda, (mafhumnya:) "Solat lima waktu diwajibkan
ALLAH atas hamba-hambaNya. Sesiapa melakukannya dan tidak mengsia -siakan
sesuatu darinya kerana meremehkan haknya, maka untuknya di sisi ALLAH ada janji
bahawa akan memasukkan dia ke Syurga.
Dengan menjaga solat mereka bukan sahaja boleh menuntut janji Allah bahkan mudah-mudahan doa mereka nanti boleh meringan dosa2 saya. Amin.
No comments:
Post a Comment