Tuesday, 5 May 2026

Taman Mini di Laman II

Selepas 6 bulan berangan tentang kawasan tepi pagar ini akhirnya saya finalise dengan susun semula pokok-pokok dalam pasu sedia ada. Dengan kudrat yang dihujung usia kita tarik dan tolak pasu semampu boleh. Benarlah kata orang, kemampuan sebenar akan terserlah bila datang semangat yang berkobar-kobar. Kalau diturut rasa malas, suka makcik nak duduk lepak depan TV tengok Netflix sahaja. Tapi takut pulak jam segala urat-saraf.😁

Sebenarnya tanah di kawasan tepi pagar ini macam kurang subur. Sejak berpindah ke sini dah macam-macam pokok saya tanam di kawasan ini tapi hanya dapat bertahan beberapa waktu sahaja. Bila pokok dah besar elok, batangnya akan mula kering dan kulit batang mula menggelupas. Selepas beberapa lama dedaun mula kuning dan dahan serta ranting mula kering. Akhirnya pokokpun tersungkur mati. Macam slow death pulak. Mula-mula saya tanam pokok bunga kemuning, lepas tu pokok bunga cina, kemudian pokok kemboja dan last sekali pokok bunga raya. Semuanya menyembah bumi. Yang masih bertahan hanyalah tiga rumpun(?) pokok pinang ini. Tegak berdiri sejak mula. 

Pokok pinang merah diapit oleh pinang kuning.

Sekarang saya cuba tanam pokok bunga kenanga pulak. Saya jadikan pokok bunga kenanga sebagai titik tumpuan dan susun pokok-pokok dalam pasu di sekelilingnya. 

Asal kejadian... pokok bunga kenanga sebagai titik tumpuan.


Kita adjust pasu-pasu yang ada dahulu buat sementara waktu.

Semasa singgah di nursery bunga di Bangi tempoh hari saya beli dua batang pokok sebagai tambahan. Saya tanam pokok dalam pasu sahaja memandangkan tanah di kawasan terbabit tidak subur. 

Kejadian akhir... Kita tambah pokok bunga cina dalam pasu gelap tu dan pokok-pokok lain, tak tahu nama apa.

Saya susun dulu pasu yang ada. Jika diizinkan, lain kali kita upgrade lagi. Mudah-mudahan pokok-pokok ini tumbuh segar buat peneman tuannya meniti hari tua di laman. Aamiin. 🌹

Cerita sebelum ini boleh baca di sini.

Sekian.😊

No comments:

Taman Mini di Laman II

Selepas 6 bulan berangan tentang kawasan tepi pagar ini akhirnya saya finalise dengan susun semula pokok-pokok dalam pasu sedia ada. Dengan ...