Hari ini kita santai-santai sahaja. Pagi tadi saya hanya reheat semua left-overs juadah raya buat sarapan. Anak menantu sulong dan no-4 dah balik ke rumah masing-masing sejak malam tadi. Anak-menantu bongsu akan bergerak balik ke kampung mereka di Kuala Trengganu selepas sarapan. Tinggallah anak menantu no-2 menemani Ummi Ayah pada hari raya kedua ini.
Oleh kerana semalam kami tidak dapat menyambut raya dengan cucu ke-4, jadi hari ini kami ke rumah mereka di Setiawangsa sebelum mereka balik ke kampung di Pahang. Cucunda dah selamat keluar hospital pada petang hari raya.
![]() |
| Anak menantu no-2 dan no-3. |
![]() |
| Girls only. |
![]() |
| Mirror selpi adalah wajib. |
Semalam saya komen tidak sempat bergambar berdua dengan hubby, maka hari ini anak no-2 berbesar hati jadi fotografer. Mula-mula ambik gambar depan kondo anak-menantu no-3. Seterusnya kami sambung berjalan-jalan di TRX Mall sambil mencipta kenangan indah Aidilfitri ditahun 2026 ini.
![]() |
| Depan kondo anak no-3. |
![]() |
| TRX Mall. |
“Buat apa la sibuk nak gambar berdua. Yang penting kita selalu ada bersama…” Begitulah. Tapi biasa la makcik-makcik, tak sah kalau tiada bukti bergambar.
Semoga dikurniakan kebahagiaan hingga ke akhirnya. Aamiin.🌹
Sekian. 😊








No comments:
Post a Comment