Friday, 3 October 2025

UK Trip 2025: Sheffield-Manchester

Sabtu, 20hb September 2025 

Hari ini hari ke-7 kami di UK. Walau dah seminggu saya masih lagi jet-lag dan bangun awal pagi. Hari ini terjaga pukul 3:15 pagi tapi saya cuba sambung tidur namun tidak berjaya. Pukul 4:00 pagi mata dah segar bugar. So kita bancuh air dan sarapan dulu dengan roti nan dan kari kambing left over malam tadi.

Roti nan dengan kari kambing left over.

Perancangan hari ini adalah untuk ke Manchester dan check-in di Hotel Holiday Inn Express bagi memberi laluan menantu menyaksikan perlawanan bola Manchester United vs Chelsea malam nanti.

Pukul 8:45 pagi saya dan hubby dah check-out dari hotel dan naik Uber Car ke Sheffield Train Station dengan sewa £6. Cuaca di Sheffield hari ini agak nyaman dengan suhu 14°C. Sementara menunggu anak no-2 dan menantu tiba kami duduk bersarapan ringan di gerai Upper Crust. Seperti biasa saya akan order hot chocolate.

Hot chocolate, tuna baguette dan crisps.

Usai sarapan kami ke Platform 6A untuk naik train (Tranpenine line) ke Manchester. Dengan beg yang besar kami boleh menggunakan laluan OKU dan lif. Tak sangka pulak platform penuh sesak dengan penumpang. Walaupun hubby dah booking seat dari Malaysia lagi, train yang penuh sesak, semua penumpang main duduk je di mana-mana tempat. Rupa-rupanya semua orang tu datang berduyun-duyun untuk perlawanan bola di Manchester malam nanti. Lagipun hari ini hujung minggu dan ramai warga keluar ke bandar dengan tujuan masing-masing.

Saya dan hubby dapat tempat duduk. Depa bangun memberi laluan untuk kami duduk. Tapi anak dan menantu terpaksa berdiri sepanjang perjalanan sebab tiada tempat untuk letak beg yang besar so terpaksa dipegang sepanjang perjalanan. Sebenarnya boleh sahaja ambik tempat duduk yang dah reserved tu tapi jenuh pulak nak tolak luggage yang besar gedabak dicelah-celah manusia yang penuh sesak. 😔

Kami tiba di stesen Manchester Piccadilly pada pukul 11:15 pagi. Sama seperti di stesen Sheffield, OKU friendly, senang nak handle walaupun dengan beg yang besar. Cuaca di Manchester dingin 14°C dengan hujan agak lebat. Kami booking Uber car untuk ke hotel.

Tempat menunggu Uber. Hujan masih lebat.

Walaupun baru pukul 12 tengahari kami dapat free early check-in kerana anakanda adalah member kelab apa entah. Pihak hotel bagi complimentary free breakfast untuk esoknya juga.

Hingga kami selesai berehat di bilik hotel, hujan masih belum reda. Menantu dah bergerak ke Stadium bola dengan kawan-kawannya untuk menonton perlawanan yang bermula pukul 5:00 petang. Semenara menantu tengok bola, saya, hubby dan anak no-2 merancang untuk keluar explore Manchester namun tergendala dek hujan yang agak lebat. Walaubagaimanapun kami keluar juga berjalan kaki ke Arndale Mall yang terletak cuma 700 meter dari hotel bila hujan mula reda.

Suasana dalam mall yang penuh dengan pengunjung.

Orang beratur panjang depan kedai Apple sempena launching Iphone 17.

Cantik design ceiling bumbung mall ini.

Penat berjalan dalam mall kami beralih ke Arndale Market yang terletak bersebelahan dengan mall. Dia macam ala-ala antara dua darjat pulak. Di Arndale Market ada food court, fish market dan fruits market. Ada juga beberapa kedai makan halal harga marhaen. Saya order Vegi Pizza size 8 inci, harga £6.90 sekeping.

Pizza Vegan yang yummy.

Usai makan kami melawat fish market sambil ambik bau ikan segar. Tetiba rindu nak memasak di dapur sendiri. Seronok tengok depa susun ikan yang pelbagai jenis di atas rak berais. 

Lupa nak catat nama ikan-ikan ni.


Fruits stall.

Bila hampir malam kami menapak balik hotel. Hujan masih turun renyai-renyai. On the way balik hotel kami singgah Spar Convenient store beli air dan roti buat bekal makan malam nanti. Walaupun tidak berjalan seperti yang dirancang ada juga hikmah disebalik hari hujan ini. Dapatlah kami berehat lebih lama sebelum meneruskan perjalanan esok. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik. Aamin.🌹

Sekian. 😊

Thursday, 2 October 2025

Teman Hubby Meeting @ Hotel Sama-sama

Baru sahaja balik dari UK, hubby dah kena attend meeting selama dua malam di hotel Sama-sama, KLIA. Dan isteri mithaliah terchenta ini pun diajak meneman sekali. Maka ayuhlah kita bersama-sama menginap di Hotel Sama-sama. Hajatnya nak turun dari Ampang lepas solat Zohor supaya boleh tiba di hotel sebelum pukul 3:00 petang dan terus check-in. Tiba-tiba pulak cucu no-2 call nak suruh nenek jemput dari Tadika di Putrajaya. Maka terpaksalah nenek keluar lebih awal untuk tiba di Tadika dalam pukul 12:30 tengahari. Lepas tu angkut sekali cucu bawa pergi KLIA untuk makan tengahari.

Muka happy lepas nenek jemput dari Tadika.

Kami singgah di KLIA food court untuk makan tengahari sambil melayan cucu nan seketoi. Saya beli nasi putih bersama sesenduk lauk ayam kurma (depa potong ayam kecik-kecik), seekor ikan gelama kering dan tiga ekor udang. Total harga RM30. Terkejut makcik. Rupa-rupanya udang tu harga RM5 seekor. So total harga udang tiga ekor haluih-haluih tu ialah RM15. Kita pasrah sahaja… depa pun nak kena cover harga sewa kedai yang mahal. Mudah-mudahan kita digantikan dengan rezeki yang lebih baik selepas ini. 

Minat buah naga katanya.

Usai makan kami drop hubby di hotel untuk mesyuarat. Kemudian saya dan cucunda meneruskan perjalanan ke Nilai untuk melawat cucu no-5 pulak. Dah alang-alang nenek turun ke Sepang kita teruskan ke Nilai sambil isi masa senggang sementara hubby bermesyuarat. Sebelum ini saya belum pernah drive berdua dengan memana cucu. Rupa-rupanya seronok pulak bersembang berdua (nenek dan cucu) dalam kereta walaupun banyak benda yang tidak difahaminya. Saya tidak benarkan cucu bermain dengan handphone sebab saya terpaksa guna untuk tengok google map. Jadi hendak tidak hendak terpaksalah dia biasakan diri bersembang dengan nenek atau memandang keluar tingkap kereta. Baru dia perasan yang dunia ini sangat luas. Sebelum ini kalau naik kereta mummy daddy depa hanya bermain handphone. Tidak terasa masa berlalu, Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah cucu di Nilai dalam masa 30 minit. By pukul 5:00 petang anak sulong pulak datang ziarah dan menjemput cucu no-2 balik rumah.

Cucu no-5 dah masuk 6 bulan.

Lempeng homemade by anak no-4 dan isterinya.

Usai urusan di Nilai saya drive seorang diri balik ke hotel Sama-sama. Hubby dah habis meeting sesi petang dan dah masuk bilik di tingkat 5. Boleh tahan selesa biliknya. Kita pun turut menumpang nikmat yang ada.

Bilik yang luas.

Katil king size.

Oleh kerana saya belum dinner, saya cuma order room service sahaja. Hubby cadangkan untuk kami naik buggy cari makan di airport yang terletak di sebelah hotel ini. Tapi kesian pulak nanti hubby terpaksa kalut-kalut untuk group dinner dan mesyuarat sesi malam yang bakal bermula pukul 8:30 malam. Saya order pizza sahaja. Cukuplah buat makan malam dan simpan untuk breakfast esoknya. 

Fajitas El Como Chicken Pizza @RM48 excluding service tax.

Pandangan di luar jendela dari bilik di tingkat 5.

Esok paginya hubby cadangkan saya cari sarapan di airport. Dia tahu saya malas nak turun sarapan di hotel lebih-lebih lagi bila kena bercampur dengan geng-geng (colleague) sekerjanya. Tapi malas pulak saya nak bersesak dengan orang ramai di airport. So saya decide (dengan izin) untuk drive ke KIPMall Kota Warisan. Tak susah mana pun menurut Pakcik Google. Asalkan ada internet dan minyak kereta penuh, saya boleh sahaja ke mana-mana sambil me-time.

Nak dijadikan cerita, semasa saya nak exit parking hotel tiba-tiba meter menunjukkan caj parking sebanyak RM46. Terperanjat makcik. So saya reverse kereta dan masuk balik ke hotel untuk bertanya. Rupa-rupanya saya terlupa untuk endorse parking kereta di kaunter hotel. Sepatutnya kena inform nombor plat kereta dan nombor bilik hotel sebelum keluar. Depa akan bagi flat rate parking RM10 sehari untuk pelanggan hotel sahaja. Jika tidak, depa akan kenakan caj biasa RM5 untuk jam pertama dan RM3 sejam untuk jam seterusnya. Nak tak nak terpaksalah makcik bayar full RM46 untuk keluar. Apa nak dikata. Ayuhlah kita hiburkan hati jalan-jalan cari makan di KIPMall dan santai-santai window shopping sambil me-time.

Kipmall Kota Warisan.

Makcik duduk makan sorang-sorang pun takde hal.


Brunch nasi lemak dan ayam goreng. Alhamdulillah.

By tengahari saya balik semula ke hotel untuk berehat. Cukup seharian kita me-time. Lepas ni nak balik rumah sambung kerja-kerja rumah yang tak pernah habis. Semoga kita dikurniakan rasa syukur dan rasa cukup terhadap semua kurniaan Allah. Aamiin.🌹

Sekian.😊

UK Trip 2025: Exam Day Anak No-2 @ Sheffield Hallam University.

 Jumaat, 19hb September 2025

Hari ini hari ke-6 kami di UK. Cuaca hari ini agak berawan dengan suhu 18°C serta nyaman. Pagi ini saya bangun awal lagi dan bersarapan dengan strawberry dan susu segar. Sejak dulu saya memang suka minum susu segar pagi-pagi.

Strawberry dan segelas susu segar.

By pukul 7:30 pagi kami dah bersedia untuk menemani anak no-2 ke dewan peperiksaan yang diadakan di Sheffield Hallam University at English Institute of Sports yang bermula pada pukul 8:00 pagi. Tempatnya hanya walking distance sahaja dari hotel tempat tinggal kami. Dalam masa 5 minit kami dah tiba di depan pintu dewan.

Sambil menikmati pokok yang mula menguning dimusim luruh.


Suami terchenta yang sentiasa di sisi.

Of course ada Ummi dan ayah sebagai tulang belakang.

Selepas anakanda masuk ke dewan exam, kami jalan-jalan cari kedai kopi sementara menunggu depa selesai periksa untuk sesi pagi. Mengikut Pakcik Google, ada kedai kopi tak berapa jauh, dalam 750 meter dari dewan periksa. Maka ayuhlah kita menapak dalam cuaca yang sangat nyaman ini.

Bangunan kedai kopi yang astetik.

The Library Cafe nama kedainya.

Orang lain minum kopi namun saya selesa dengan hot chocolate.

Walau muka nervous tetaplah kena isi perut.

Usai mengopi kami patah balik ke dewan untuk menunggu anakanda selesai exam sesi pagi. Kemudian sama-sama berjalan balik ke hotel untuk lunch. Hubby dah siap order nasi chicken mandy dan lamb mandy via Uber Food untuk lunch. Usai makan dan berehat sebentar, anakanda ditemani menantu pergi ke dewan exam untuk sesi petang pula. Saya dan hubby hanya mengiringi dengan doa sambil berehat di bilik hotel. Bila selesai peperiksaan pada pukul 4:00 petang kami semua dah sedia menunggu di luar pintu dewan. Anakanda dah buat yang terbaik. Apa sahaja keputusannya kita serahkan pada yang Esa.

Muka lega lepas dah habis periksa. 

Saya dan hubby membiarkan anak-menantu meraikan kelegaan lepas habis periksa sendiri. Sementara mereka merakam kenangan di Sheffield, saya dan hubby balik berehat di bilik hotel. On the way balik tiba-tiba ternampak bangunan Bank Natwest yang mengimbau kenangan semasa saya A-level back in 1985 dahulu. Namun biarlah kenangan itu tersimpan rapi.

Bangunan bank yang masih hidup hingga kini.

Kami tiba di bilik hotel semula sebelum waktu Maghrib. Suhu pada petang hari agak panas menjangkau 20°C, so eloklah makcik dan pakcik berehat bagi mengumpul tenaga untuk perjalanan esok hari pula. Semoga semuanya berada dalam keberkatanNya. Aamiin.🌹

{Cerita sebelum ini boleh baca di sini}.

Sekian.😊

Wednesday, 1 October 2025

UK Trip 2025: Sheffield Arena

Khamis, 18th September 2025

Hari ini hari ke-5 kami di UK. Cuaca di Sheffield sangat nyaman dan terang dengan suhu mencecah 20°C pada waktu tengahari. Sejak hari pertama di UK saya akan bangun awal pagi. Hari ini saya bangun pukul 4:00 pagi. Seronok pulak merekod keadaan di luar jendela hotel Travelodge ini sejak dinihari.

Dari jendela bilik hotel @4:36 pagi.

@6:09 pagi.

@7:26 pagi.

By pukul 7:30 pagi  saya dan hubby turun untuk sarapan di kafe hotel. Seperti semalam, menunya tidak banyak berubah, so makanan yang saya ambil pun masih sama. Cuma hari ini saya tambah cereal dan buah-buahan.

Perancangan hari ini adalah untuk berpindah dari Hotel Travelodge ke hotel Premier Inn Arena. Hubby buat booking online dari Malaysia lagi untuk penginapan kami selama 4 malam di Sheffield. Kami stay dua malam di hotel Travelodge yang terletak di pusat bandar. Lagi dua malam kami akan tinggal di hotel Premier Inn Arena yang terletak berdekatan dengan pusat tempat anak no-2 bakal mengambil peperiksaan nanti. 

Selesai sarapan kami hanya berehat di bilik hotel sementara menunggu waktu untuk check-out pada pukul 12 tengahari. Hubby order kereta Uber untuk perjalanan ke Sheffield Arena. Sewa £6 sebuah.

Waktu untuk check-in sepatutnya pada pukul 3:00 petang tapi depa bagi masuk awal dengan bayaran tambahan sebanyak £15 (RM85). Saya dan hubby dapat bilik di ground floor sementara anakanda di tingkat 1. Masuk sahaja dalam bilik hubby terus order makanan via Uber Food untuk lunch.

Kebab roll yang sangat enak.

Dalam pukul 5 petang kami keluar bersiar-siar dengan berjalan kaki sambil melawat kawasan tempat untuk anakanda exam esoknya. Depa buat dalam dewan sports centre Sheffield Hallam University at English Institute of Sports dan hanya walking distance sahaja dari hotel kami. Ini adalah salah satu pusat peperiksaan sedunia untuk pakar-pakar (Psychiatrist). Pusat yang lain setahu saya ialah di Dubai dan Singapore.


Depan pintu masuk bangunan English Institute of Sports.


Setelah puas hati dengan laluan/route ke dewan periksa (agar tidak sesat esok hari) kami berjalan mencari makanan malam pulak. Dari dewan Institute kami berjalan kaki melalui Utilita Arena Sheffield hingga ke kawasan kedai makan di Centertainment Valley. Di sini ada kedai Nandos halal.

Depan Utilita Arena Sheffield.

Anakanda teringin nak makan nasi so kita singgah kedai Nandos. First thing first haruslah kita cari signboard Halal dahulu. Depa paparkan di sebelah pintu masuk kedai. So bolehlah makan tanpa rasa was-was.

Signboard Halal chicken di pintu masuk kedai.

Saya order ayam, coleslaw dan jagung bakar.

Usai makan kami berjalan kaki balik hotel. Hubby order Uber Food (air mineral dan makanan) untuk kudapan malam nanti. Sementara menunggu Uber tiba kami duduk menunggu di perkarangan hotel sambil menikmati suasana petang dan menyedut udara nyaman. Sambil-sambil itu ayahnya memberi kata-kata (semangat) terakhir sebelum anakanda masuk ke dewan exam esok pagi.

Muka nervous budak nak pereksa.

Semoga esok memberi rezeki yang baik buat anakanda terchenta. Aamiin.🌹

{Cerita sebelum ini boleh baca di sini}.

Sekian.😊

UK Trip 2025: Sheffield-Manchester

Sabtu, 20hb September 2025   Hari ini hari ke-7 kami di UK. Walau dah seminggu saya masih lagi jet-lag dan bangun awal pagi. Hari ini terjag...