Thursday, 9 October 2025

UK Trip 2025: Lake District (Bowness-on-Windermere)

Ahad, 21hb September 2025

Kami tiba dari Manchester tengahari tadi dan terus masuk homestay kerana dapat check-in awal. Dah alang-alang hari masih awal kami keluar berjalan kaki ke Bowness-on-Windermere sejauh 1km. Tidak terasa jauhnya sebab jalan menurun bukit.

Kebetulan kami belum makan tengahari, ayuhlah kita cari makan apa yang ada. Kami masuk kedai fish and chips Vinegar Jones di pertengahan jalan. Katanya tidak menggunakan beer dan animal fat dalam masakan mereka, so bolehlah kita makan tanpa was-was.

Fish (haddock)  & chips for £12 per set.

Muka penat belaka namun lebih ceria selepas makan. 

Usai makan kami sambung berjalan kaki hingga ke tepi tasik, menikmati cuaca yang cerah dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang memberi suasana alam yang sangat cantik.


One for the memory.


Open market.




Makcik dah penat…

Usai menikmati keindahan tasik dan langit kami berjalan kaki balik ke homestay semula. Tiba-tiba pulak ternampak kedai kebab Turki on the way balik. Apa lagi… haruslah kita singgah beli (take away) buat makan malam. Kemudian singgah lagi di kedai Coop berdekatan untuk beli air mineral dan makanan ringan buat kudapan malam-malam. Walaupun homestay kami dilengkapi dengan dapur yang lengkap, tidaklah saya terasa ingin memasak. Cukuplah hanya masak air buat minuman panas dan reheat makanan left over sahaja.

Kebab yang yummy.

Anak menantu keluar semula mencari port untuk melihat sunset. Malangnya depa sesat dan berpatah balik semula sebelum malam. Tapi depa sempat snap gambar cottage for sale untuk Ummi & ayah sebagai consideration in case nak beli rumah di Lake District. Cantik jugak rumahnya... ayuhlah kita berangan.😁


Cottage for sale.

Sambil itu kita nikmati keindahan langit senja dari jendela homestay.

Masa 7:15 pm.

Masa 7:30 pm.

Done. Maghrib.

Alhamdulillah selesai satu hari yang panjang. Semoga Allah mudahkan untuk hari-hari seterusnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Pokok Bunga Kertas dan YTT

Antara pokok heavy duty yang masih bertahan di halaman rindu  saya adalah pokok bunga kertas putih dan merah serta pokok YTT. Hampir sebulan...