Semasa menerima berita tentang (Arwah) cikgu saya sedang sakit tenat, saya sedang bercuti bersama keluarga di Melaka. Berita diterima pada hari Rabu dan saya sedang berkira-kira untuk terus pulang ke Utara (Kuala Ketil) pada hari Khamis. Namun dek kesuntukan masa ditambah dengan masalah teknikal saya lupakan dulu hasrat tersebut walau dalam hati saya kuat mengatakan Arwah akan pergi tanpa saya berpeluang untuk bertemu buat kali terakhir.
Sampai sahaja di rumah (KL) pada hari Khamis hubby terus berusaha untuk mendapatkan tiket flight balik ke Alor Setar seawal mungkin, sementara saya mencari kereta sewa untuk perjalanan dari Alor Setar ke Kuala Ketil. Alhamdulillah hubby berjaya mendapatkan tiket penerbangan MAS untuk awal pagi (esoknya) hari Jumaat dari KLIA ke Alor Setar. Saya terus memberitahu keluarga Arwah tentang kedatangan saya. Namun selepas sejam saya mendapat perkhabaran yang Arwah telah mendahului saya. Mudah-mudahan Arwah sempat maklum bahawa saya telah berusaha untuk pulang berziarah walau pada saat paling akhir.ðŸ˜
Dengan redha kami teruskan juga perjalanan dan keluar rumah sebelum subuh hari Jumaat yang mulia dengan harapan sempat hadir untuk solat jenazah dan mengiringi Arwah untuk perjalanan terakhirnya.
Ticket to Alor Setar confirmed. |
Kami selamat mendarat di airport Alor Setar dalam pukul 8:30 pagi. Selepas ambik kereta sewa kami terus bergerak ke Kuala Ketil. Mengikut Google map, perjalanan ke sana bakal mengambil masa selama sejam.
Kereta sewa. |
Bila tiba di tol Kepala Batas baru perasan saya terlupa membawa kad Touch & Go. Terpaksalah kami pull over di lorong kecemasan dan pasang hazard light. Saya keluar dari kereta berjalan menuju ke tol booth untuk membeli kad TNG. Memula rasa cuak juga bila terpaksa berjalan atas highway begitu. Tapi kita kuatkan semangat demi misi yang lebih besar. Depa jual kad dengan harga RM10 sekeping. Kad kosong sahaja tanpa kredit. Cukuplah untuk membuka palang tol. Saya terus register kad TNG secara online, lepas tu tunggu 15 minit sebelum kad boleh aktivate. Sempatlah kami meneruskan perjalanan hingga tiba untuk exit di tol Gurun sebelum kad TNG itu boleh digunakan.
Kad TNG baru. |
Kami selamat tiba di rumah Arwah dalam pukul 10 pagi. Ramai saudara-mara dan jiran tetangga yang datang berziarah. Ditambah dengan bekas anak murid sejak dari zaman berzaman yang turut datang dari serata tempat. Saya sempat melihat Arwah diusung untuk dikapankan selepas dimandikan. Oleh kerana adat di sana tidak menggalakkan perempuan mengiringi jenazah maka saya hanya tinggal di rumah menemani isteri Arwah sementara Hubby turut ke Masjid untuk solat jenazah seterusnya mengiringi jenazah ke tempat abadi.
Selamat berehat Cikgu… Semoga Allah membalas segala kebaikan Cikgu dengan sebaik-baik balasan.. |
Usai urusan pengkebumian kami pulang semula ke Alor Setar. Oleh kerana flight balik KL agak lewat malam, kami transit sebentar di Hotel Raia untuk melepaskan lelah dan menyegarkan badan sebelum ke airport dan memulangkan kereta sewa.
Dari tingkap bilik hotel. |
By pukul 6:30 petang kami tiba di airport Alor Setar. Bila nak serahkan kereta tetiba pulak ternampak tayar kereta pancit. Tak pasti bila kejadiannya. Apa-apa pun kita redha sahaja dengan segala ketentuan. Alhamdulillah tiada kerosakan lain yang lebih serius, so depa tolak duit deposit sahaja.
Tayar pancit pulak. |
Sebelum masuk ke balai pelepasan kami makan dulu. Baru perasan sebenarnya saya dah kelaparan sejak tengahari. Sementara menunggu flight kita sambung mengeteh pulak. Mengimbau perjalanan balik ke Utara kali ini, walau saya tidak sempat berjumpa dengan Arwah sebelum nafas terakhirnya saya tiada apa-apa rasa terkilan. Saya telah melepaskan dan meninggalkan segala kenangan di sana sejak lama dahulu. It’s already a closure, kata orang kampung saya. Dan kepulangan saya kali ini hanya untuk sealed it off. Biarlah semuanya menjadi memori indah yang akan saya simpan hingga akhir hayat.
Dinner @Old Town White Coffee. |
Minum dulu. |
Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah semula selepas tengah malam… bermakna lebih 20 jam perjalanan pergi-balik dari KL-Alor Setar. Terimakasih kepada Hubby yang sangat memahami dan tidak lokek menanggung segala kos perjalanan. Semoga Allah menggantikan dengan rezeki yang lebih baik. Aamiin. 🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment