Wednesday, 26 March 2025

Lipitor vs Diabetes

Hari ni (puasa 25 Ramadhan) tetiba rasa nak buat blood test. So lepas balik dari JPJ tadi saya ajak hubby singgah di Farmasi AA Taman Permata. Sambil tu saya beli ubat batuk untuk saki-baki batuk balik dari Jepun.

Saya buat ujian glukos dan bacaan kolestrol dalam darah. Untuk kolestrol, saya memang dah agak bacaannya cantik sebab saya ambik Lipitor 20mg sejak tahun lepas. Namun saya jadi stress bila melihat bacaan gula yang naik mendadak hingga 6.8 (maksimum 5.5 sahaja kalau berpuasa) walaupun saya konsisten menjaga makan.

Bacaan glukos yang agak tinggi...6.8

Bacaan kolestrol cantik... 3.28 sahaja.

Sebelum ini saya dah cuak untuk ambik Lipitor memandangkan side effect yang tak bagus. Mengikut survey, Lipitor memang akan menaikkan bacaan gula dalam darah. Bila dah terbukti maka terpaksalah saya memilih antara dua. 😭

Sebelum ini bacaan gula saya sentiasa cantik. Tapi bila dah melepasi tahap bahaya maka saya terpaksa memilih cara yang lebih baik. Selama ini pun dah penat nak kontrol pengambilan gula dalam makanan, bila ada unsur lain yang menambahkan beban maka terpaksalah kita mencuba cara lain pulak. Saya cuba stop pengambilan Lipitor buat sementara waktu hingga bacaan gula saya stabil. Sambil itu saya tetap monitor bacaan kolestrol dengan meneruskan makanan alami semula. Mudah-mudahan ada kebaikan dalam kehidupan ini. Aamiin. 🌷

Sekian.😊

No comments:

Bye Unser… terima kasih untuk lebih 20 tahun

Setahun selepas kereta Unser ini diberi nafas baru, tetiba tersadai semula bila hubby masuk kerja full time di KUPTM . Nak harapkan saya mem...