Dah beberapa hari saya rasa tidak selesa pada gusi dan geraham atas sebelah kanan terutama bila mengunyah makanan keras. Terasa macam ngilu (sharp pain). So pagi tadi saya keluar sorang-sorang (sambil me-time) ke Klinik Gigi Sharifah Aminah, Greenwood.
Alhamdulillah pesakit tidak ramai dan saya dapat berjumpa doktor gigi dalam masa yang singkat.
"Bahagian geraham bongsu puan ni macam ada decay sikit. Biasanya kami akan refer kepada pakar gigi sebab proses pembaikan gigi bongsu agak sulit..."
Oleh kerana saya malas nak lengahkan urusan maka saya minta doktor buat apa yang patut untuk sementara waktu.
"Okay, kita cuba buang tampalan lama sebab macam ada retak/bocor. Kemudian kita buat tampalan baru. Kalau masih rasa tidak selesa nanti kita refer kepada pakar..." Saya pun dah tak ingat bila tampalan pada gigi bongsu itu dibuat. Yang pasti ianya berlaku semasa saya masih single, lebih 35 tahun yang lepas.
Alhamdulillah prosesnya hanya mengambil masa dalam 30 minit. Total cost RM150 (RM30 untuk consultation dan RM120 untuk procedure). Mudah-mudahan akan ada kebaikan selepas ini.
Usai urusan saya dihadiahi dengan surat saman parking, elok je depa selit celah wiper seminit sebelum saya keluar dari klinik. Padahal saya dah bayar parking menggunakan apps TNG eWallet.
"Akak ada kereta lain ke? Dalam rekod ni nombor plat lain..." Alahai apa nak di kata. Rupa-rupanya saya tersilap tekan nombor plat kereta lain.
"Kalau ada dua tiga kereta kena hati-hati... Takpe... akak boleh buat bayaran di Dewan Beringin, Gombak atau guna Apps Flexi Parking dalam masa 3 hari."
Apa-apa pun kita tarik nafas dulu. Singgah beli rojak Sameem yang sedap sejak sekian lama. Bawak balik rumah, hidang dan makan dengan hubby yang ditinggalkan.
Yummy. |
"Ummi kena saman parking ke? Nak Dayah bayarkan? Okay done." Alhamdulillah ada anak yang rajin bertanya khabar. Macamana entah dia dapat notification. 😅
Paid. |
Selesai urusan untuk hari ini. Semoga kita semua ditemukan dengan hari-hari mendatang yang lebih baik. Aamiin.🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment