Wednesday 2 November 2022

Jom exercise.

Kenapa Ummi macam nenek? ...” Adoyai lah anak-anak, rajin benar depa ni menggeluarkan komen tanpa fakta. Memang la mak depa ni macam nenek, dah memang nenek pun. Cucu pun dah nak masuk empat orang. Masalahnya cuma nenek depa ni tak vogue… dah gemuk dan berlemak di sana sini. Perut pun dah makin ke depan.πŸ˜†πŸ˜πŸ˜…

“Bahaya kalau perut dah ke depan… dah macam middle body fat… takut affect organ dalaman… semua bersalut lemak nanti…” panjang pulak tazkeerah kali ini. 

Saya dah cuba kurangkan nasi seperti saranan ramai orang. Tapi setiap kali timbang, bacaan mesin timbang tu asyik menaik je. Makan lauk dan banyakkan sayur pun macam tak berkesan. So nak kena serius sikit sebelum berlaku perkara yang tidak diingini. Hasil daripada info pakcik google kita rangkumkan beberapa points untuk tindakan bagi mengurangkan masalah middle body fat ini. 

Jom kita diet properly. Yang pasti kita boleh makan apa yang kita suka tapi dalam kuantiti yang sepatutnya sahaja. Makan sikit tapi tapi kerap. Ambik sarapan, lunch and dinner macam biasa tapi elakkan kabo selepas pukul 6 petang. Kalu rasa lapar ambik buah-buahan sahaja.

1. Elakkan makanan berlemak

Payah jugak nak ikut arahan ni sebab saya memang suka makanan berlemak. Any kind of masak lemak terutama sayur masak lemak memang akan menaikkan selera saya. Tambah lagi kek berkrim serta pisang goreng atau apa sahaja kuih bergoreng buat minum petang haruslah menambah lemak dalam badan.

Takpe, kita cuba kurangkan slow-slow.

Set nasi dagang.πŸ₯²

2. Makan makanan berserat

Antaranya ialah buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang. Semua makanan ini katanya boleh membuang lemak melalui sistem penghadaman. Saya takde masalah untuk makan buah-buahan, cuma buah yang saya suka semuanya manis. Saya suka ciku, nangka madu, manggis, rambutan, mata kucing dan tembikai, semua ni boleh habis dengan sekali hadap sahaja. Untuk sayur saya suka ulam-ulam dan anything yang dimasak lemak. Alhamdulillah untuk kacang saya memang suka yang tinggi seratnya terutama almond.

Kita cuba adjust slow-slow juga.

Nasi+ikan+sayur+sambal. Yey kurang lemak.

Nasi+hati+sayur+sambal. Kurang lemak juga.

3. Tidur yang cukup.

Yang ini memang tip top. Saya sentiasa cukup tidur.😍

4. Jangan ambil alkohol.

Of course… never.

5. Kawal stress.

Insya Allah.

6. Bersenam.

Jogging dengan hubby setiap minggu plus buat kerja-kerja di rumah sebagai aktiviti fizikal memang dah jadi rutin. Tapi sebenarnya ini semua belum cukup. Katanya kena buat senaman/aerobic. Insya Allah badan akan menjadi lebih sihat.

Okay kita start buat aerobic mulai sekarang. Mulakan dengan beginers untuk makcik-makcik. Bukak je youtube lepas tu melompatlah sensorang.πŸ˜„


Sprite plus asam boi, serai, daun pudina & lemon untuk detox lepas aerobic.

Berjogging sambil bersantai.


Cheat day... roti telur & teh tarik.

"Dah masuk fasa menopos ni memang la payah nak turun berat badan. Kalu buleh maintain pun dah cukup baik, naik sikit-sikit tu biasa…” Alhamdulillah, ada jugak member sebagai penyejuk hati. 

Apa-apa pun moh ler kita kuatkan semangat untuk kekal sihat walau apa jua bacaan mesin timbang.

Sekian cerita angan-angan diet saya.😊

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....