Friday 21 October 2022

Kb84 get together @ The Glades

Sabtu 16 Oktober 2022 

Dah beberapa kali geng sekolah menengah saya buat get together, baru kali ini berpeluang menghadirkan diri dengan izin hubby. Kali ini depa buat di The Glades Clubhouse, Putra Heights, bersekali dengan majlis khatam al Quran gojezes dan tahlil untuk sahabat yang telah pergi mendahului kami serta majlis meraikan birthday yang ke-55 tahun semua orang. Alhamdulillah banyak agenda yang dapat diselesaikan dalam jangkamasa 12:00 - 3:30 petang di sana.

Kek dan pulut kuning untuk semua.

Untuk khatam al-Quran kami dah mulakan bacaan dari tahun lepas diketuai oleh seorang sahabat yang mahir dalam membaca al-Quran. Setiap 10 hari semua ahli yang terlibat akan habiskan satu juzuk bacaan. So kami memerlukan masa 300 hari untuk khatam. Alhamdulillah ketua kami sangat prihatin meng-update dan mengingatkan semua ahli menghabiskan bacaan dalam masa yang telah ditetapkan. 

Sembang dulu sementara menunggu ketibaan sahabat yang lain.

Get ready untuk majlis khatam al-Quran.


Alhamdulilah... khatam.

Bunga telur sebagai buah tangan.

Bunga rampai by Zalily.

Mengisi bunga rampai ke dalam uncang.

January babies.




Sedap menjamu selera.


Girls only... gojezes KB84.

One for the memory... KB84.

Sekian😊

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....