Friday 13 August 2021

Kerabu mangga

Sejak beberapa hari ni asyik petik buah mangga je. Alhamdulillah musim kali ini buah agak lebat. Jadi dapatlah berkongsi hasil dengan jiran-jiran.

"Esok rasa nak makan kerabu manggalah" tudia... bukan main lagi orang sebelah saya. Esok nak makan harini dah boleh rasa. So petang semalam makcik dah petik siap-siap dan simpan dalam rumah. Pagi ini kita proses saja apa yang ada.

Mula-mula kupas kulit mangga dan potong memanjang dan halus-halus. Ala-ala macam racik gitu. Makcik pakai pisau hiris atas papan saja. Malas nak guna mesin apa ntah tu.

Mangga dah siap dibasuh dan sejat.

Bahan-bahan tambahan haruslah ada hirisan daun kesum dan jus limau nipis. Sebagai penambah perasa pula haruslah ada udang kering (direndam biar lembut), bawang merah dan cili merah dihiris dahulu sebelum ditumbuk hingga hancur.


Tumbuk udang kering, bawang merah dan cili merah hingga hancur.., tak perlu lumat.
Lesung batu antik zaman nenek saya.💖

Gaul hirisan mangga dengan bahan tumbuk. Perahkan air limau nipis. Tambah garam dan gula secukup rasa. Gaul rata. Siap.

Kerabu mangga is done.

Untuk hidangan buat makan tengahari, haruslah bersama ikan masak lemak tempoyak... dan nasi wajib panas-panas.  Alhamdulillah untuk rezeki hari ini.🥰

Ikan jenahak masak lemak tempoyak.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Moga Allah bantu.🌹

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....