Monday 8 June 2020

Harum sundal malam 01

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan dah masuk ke fasa seterusnya, hati dan jiwa masih maintain mengharapkan pengakhiran yang baik. Dengan teknologi yang ada, walaupun jasad terkurung hati dan jiwa masih boleh bergerak bebas di alam maya. Terimakasih kepada hubby yang menyediakan kemudahan untuk isteri dan anak-anak mengisi masa dimusim Covid ini.

Sejak PKP bermula mata asyik melilau dalam grup sahabat fb. Oleh kerana saya minat berkebun maka banyaklah info yang saya cari melalui aktiviti melayari laman-laman berkebun yang ada. Tetiba pulak teringin nak tanam pokok harum sundal malam. Sebelum ini saya hanya mendengar ceritanya dari jauh. Hajat nak bertanam itu sentiasa ada tapi setiap kali singgah dan bertanya di nursery pokok memanjang takde stok. 

"Beli kat Shopee je Umi.." Bujangku sentiasa ada jalan penyelesaiannya.

Terus kami buat order pada 19hb April 2020. Harga RM25 sepohon. Bayar online plus postage. Terima barang pada 27hb April 2020. Ambik masa dalam 8 hari untuk proses pengeposan disebabkan musim Covid ni. Kalau pada hari-hari biasa sepatutnya boleh setel dalam masa 3 hari sahaja. Depa pack dalam kotak dan selamat tiba dalam keadaan baik walaupun ada daun yang dah kekuningan.

"La... kecik je pokoknya... macam kucai.." Rasa kelakar pulak sebab saya tak pernah tengok pokok ini secara live. Cuma tahu yang bunganya berwarna putih dan sangat wangi terutama diwaktu malam.

"Pokok mistik ni Umi..." Hmm.. tak perlulah nak percaya segala karut marut tu. Kalau kita cari kebaikan, maka kebaikanlah yang akan kita jumpa.

Daun dah agak kuning sebab lama dalam perjalanan.

Saya terus tanam pada hari yang sama dengan iringan doa mudah-mudahan tumbuh dengan baik. Awalnya saya letak di bawah tempat berbumbung dan siram pada setiap pagi dan petang. Akar pokoknya berbawang, jadi kena pastikan tiada air bertakung dalam pasu untuk mengelakkan bawangnya memburuk. 

Sehari selepas ditanam.

Selepas seminggu saya letakkan bersama-sama pasu bunga yang lain bagi mendapatkan cahaya matahari yang mencukupi.

5 minggu selepas ditanam, keluar pucuk dan daun baru.

Katanya pokok harum sundal malam akan mula matang selepas enam bulan. Pada masa itu depa akan mula mencambahkan bebawang baru. Kemudian akan mula berbunga selepas bawang-bawang itu matang. Mungkin terpaksa menunggu hingga tahun depan untuk menikmati keharuman bunganya. Sementara itu kita pujuk hati agar sentiasa bersabar menunggu perkembangan seterusnya.

No comments:

Open house selagi Syawal (Part 2)

“Mas, free tak harini? Jom teman Kak Zai pergi beraya.” Bila ada teman seperjuangan ajak beraya, haruslah kita terima dengan tangan terbuka....