Sunday 7 June 2020

Cat pasu untuk pokok viral pulak.

Sejak sehari dua ni banyak pulak posting viral tentang pokok lidah mak mertua atau lidah jin atau snake plant. Katanya mempunyai banyak kebaikan terutama dalam menghilangkan toksin dalam rumah. Toksin ialah bahan beracun yang dihasilkan di dalam sel dan organisma hidup melalui proses biologi. Semua toksin adalah bahaya dan hakikat bahaya ini disebut toksid atau dalam bahasa omputih depa panggil toxicated. Mudah-mudahan betullah pemahaman makcik ni...sebab makcik tak ambik bio masa SPM :D

Sebenarnya sejak lama saya dah tanam pokok ini di luar rumah. Bermula dengan anak pokok kini membiak menjadi berpasu-pasu. Saya suka sifatnya yang mudah dibela dan dijaga, hanya siram dan bubuh baja sekali-sekala. Oleh kerana letaknya dalam pasu maka mudah pula ianya dialih dan diubah tempat ke serata kawasan halaman saya. Kadang-kadang saya atur kat tepi pagar, sekejap kat depan pintu utama, sekejap kat laman belakang atau di mana sahaja bila saya rasa inginkan perubahan.

Subur membiak di dalam pasu.

Kalau untuk hiasan dalam rumah biasanya saya gunakan pokok dan bunga hiasan sahaja. Sesekali berziarah ke Ikea atau Kaison, saya akan angkut mana-mana pokok dan bunga yang saya suka. Tapi biasanya tak banyak pun. Saya cuma suka bunga ros sahaja sebagai hiasan dalam rumah.

Penghias meja makan.

Sejak sehari dua ni, tiba-tiba teringin pulak nak letak pokok viral tu dalam rumah. Berkenan pulak tengok depa letak dalam pasu putih mulus. Oleh kerana musim Covid ni tak boleh keluar rumah sesuka hati maka terpaksalah saya buat projek pemasuan semula menggunakan pasu-pasu yang ada. Awalnya pasu-pasu tu saya nak buang sebab dah sumbing dan retak. Bila ditelek dan dihalusi, macam masih boleh digunakan, saya simpan dulu sebab sayang. Semuanya akan kembali berseri kalau dicat semula. Berbekalkan stok cat spray yang entah dari zaman bila, moh ler kita mulakan projek.

Bahan yang diperlukan.

Cat spray je. Mudah dan cepat.

Cuba dulu first layer. Tunggu kering sebelum buat second layer.

Buat second layer sebab warna biru tadi masih kelihatan.

Done.

Done lagi satu.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tak perlu susahkan orang, sendiri yang rancang sendiri yang buat. Sukahati syok sendiri. Lepas tu bolehlah kita susun pokok viral tu cantik-cantik.

Lidah mak mertua/lidah jin/snake plant.
(Tak pasti ID sebenar... makcik tibai je.)

PS: Lepas ni bolehlah sambung projek lain pulak.

No comments:

Open house selagi Syawal (Part 2)

“Mas, free tak harini? Jom teman Kak Zai pergi beraya.” Bila ada teman seperjuangan ajak beraya, haruslah kita terima dengan tangan terbuka....