Wednesday 29 January 2020

Short break, katanya.

"Dah buat booking ke belum?" Berkali-kali hubby tanya tentang program hujung tahun baru ni. Dah lama berhajat nak berehat di tepi pantai. Ada beberapa pilihan pantai tapi seperti biasa terpaksa slot in masa hubby kurang sibuk sahaja. Usahkan nak cari pantai, nak cari masa yang sesuai pun susah. 

Kata je cuti hujung tahun tapi awal tahun baru boleh tunaikan. Akhirnya saya buat booking untuk satu malam di Hotel Thisle PD. Daftar masuk hari Khamis 2 Januari dan keluar hari Jumaat 3 Januari. Kami booking untuk dua bilik attached sebab nak angkut anak menantu dan cucu sekali. Kata orang, bercuti lebih meriah kalau ada budak kecik. Boleh lepak-lepak sambil tengok depa main. Dah alang-alang on the way gi PD kami singgah Putrajaya ambik cucu dan Mummynya dulu. Daddy follow kemudian selepas habis kerja.

Lepas ambik cucu kami stop over di Masjid Sri Sendayan untuk solat Zohor sambil menikmati keindahan senibinanya. Memang cantik. Katanya mengambil idea bangunan Masjid Nabi dan Taj Mahal.


Kami tiba di masjid masa azan Zohor. Oleh kerana tandas dan tempat wudhu muslimat terletak agak jauh dari ruang solat utama masjid maka terpaksa lepaskan solat berjemaah. Almaklumlah orang perempuan ni banyak urusan, kena allow banyak masa sebelum solat. Kalau terkejar-kejar begitu memang tak merasalah solat berjemaah. Nampak dah hikmah mengapa Islam tidak mewajibkan perempuan solat berjemaah di masjid. Ruang solat wanita pulak terletak jauh di tingkat atas masjid. Kena  menapak naik tangga beberapa tingkat. By the time tiba di ruang solat dah semput. Kena rehat sekejap dengan solat tahiyatul masjid. Sebenarnya ada lif tapi saya selalu bebaskan diri dari menggunakan lif selagi mampu. Saya percaya lif hanya untuk OKU dan warga emas. Makcik perasan muda. Usai solat baru boleh menikmati keindahan seni bina masjid.

Saja nak bergalok.


Kami tiba di hotel dalam pukul 3 petang, cukup masa untuk check-in. Selepas berehat sekejap kami terus ke pantai. Alhamdulillah dengan cuaca terang dan pantainya yang agak bersih, bolehlah bermain pasir dengan tenang. Saya siap bawa eksesori plastik untuk bermain pasir dengan cucu, padahal nenek yang terlebih excited sebab tak sempat main masa kecik dulu. 




Cik mek molek berangan pergi Hawaii.

Seperti biasa setelah penat bermain pasir kami terus cari tempat untuk makan malam. Target untuk merasa makanan Thai sebab masing-masing mengidam nak makan kerang bakar, seafood dan tomyam serta ikan bakar dan stim. Masa pilih ikan dan seafood tu nampak fresh je semua benda tapi bila dah masak macam tak segar pulak. Tak pasti pulak adakah ianya hanya perasaan saya sahaja sebab tengok orang lain makan okay je semua.

Untuk sarapan esoknya kami dapat 4 baucer free untuk 4 adults. Selebihnya kami tambah lagi 2 baucer dengan harga RM35 seorang. Cucu comel tu boleh sarapan free. Tak banyak pilihan pun. Saya cuma ambik telur separuh masak, mee kari dan pastry serta salad dan buah. 

As always, pilihan utama makcik haruslah telur separuh masak.

Usai sarapan kami isi masa dengan lepak-lepak di sekitar kawasan permainan kanak-kanak sambil berrekreasi. 

Beriya main tembak-tembak




Dari bilik hotel.

Sebelum check-out sempat lagi menyusur pantai buat kali terakhir sambil melayan cik mek molek tu berposing tepi pantai. Sambil-sambil tu makcik pun tak lepas peluang, buat perangai macam orang muda. Mujurlah hubby pun sudi melayan.




Alhamdulillah, walaupun tiada perancangan yang teliti dapat juga keluar dari rutin harian. Lain kali boleh bercuti lagi. Moga Allah bantu.

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....