25hb Jun 2025
Selepas beberapa kali ajakan baru pagi tadi saya ada kelapangan untuk keluar berjogging dengan kawan-kawan. Dengan keizinan hubby saya bergerak menuju ke Taman Tasik Danau Kota bersama dua orang sahabat Gojezes dalam pukul 7:30 pagi.
Alhamdulillah perjalanan lancar dan suasana sangat tenang. Kami parking berdekatan kawasan parking MCD Danau Kota. Tak pasti kena bayar parking ke tidak. Tapi saya tak bayar. 😁 Kemudian kami terus berjalan menuju ke pintu masuk utama. Pengunjung tidak ramai dan saya suka laluan jogging yang hanya satu arah... kurang serabut nak berselisih bahu dengan 'pejogging' yang lain. Sambil-sambil itu kita nikmati ketenangan alam keliling tasik.
![]() |
Tanda/mercu yang cantik. |
![]() |
Terdapat banyak ikan dalam tasik yang tenang ini. |
![]() |
Ada yang mencurah sisa makanan ke dalam tasik sebagai makanan ikan. |
Usai berjogging kami singgah melawat tandas. Al maklumlah makcik-makcik kena sentiasa peka tentang keberadaan tandas walau di mana jua. Seronok pulak bersembang dengan adik yang jaga tandas di situ. Rajin dia menanam pokok-pokok buat hiasan keliling kawasan tandas.
Usai urusan di Taman Tasik kami cari sarapan di Restoran Faris Maju di seberang jalan Hospital Columbia, Setapak. Pertama kali saya merasa tosei Rawa. Sedap rupanya. Rasa jintan dan lada hitam.
![]() |
Tosei Rawa. |
Selang seminggu saya ajak hubby berjogging ke sana pulak konon nak merasa berjogging di tempat baru…. tapi kurang memenuhi citarasanya. Hubby masih selesa dan kekal di tempat biasa kami. So kami hanya ke sana untuk kali pertama dan mungkin terakhir. Tapi sempat juga mengabdi kenangan bahawa kami pernah singgah di sini… We were here…gitu.
Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik hingga akhirnya. Aamiin. 🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment