Dapur saya memang panas terutama kalau memasak ditengahari. Setiap kali berlama-lama di dapur saya kena bersedia untuk keluar peluh yang banyak. Maka saya letak kipas kecik molek sebagai teman di dapur. Tak sangka pulak selama ini kipas itu turut bertindak sebagai penyedut asap dan minyak. Patut la akhir-akhir ini kipas itu tidak memberi kesan angin sejuk... asyik rasa angin panas je. Rupa-rupanya seluruh badan kipas tu sudah bergelumang dengan habuk dan minyak.
 |
Belakang kipas penuh dengan habuk dan minyak yang melekit. |
 |
Bahagian depan.
|
Maka bermulalah proses mencuci kipas dapur pulak. Rupa-rupanya nak mencuci kipas comel ini tidak semudah mencuci kipas siling, kipas dinding atau kipas berdiri. Jenuh saya mencari punca bukaan. Akhirnya baru nampak skru halus di bawah 'bontot' belakang kipas. Jenuh pulak nak pulas screw driver dalam celah yang sempit. Alhamdulillah berkat kesabaran, berjaya jugak makcik selesaikan kerja membersihkan kipas comel hari ini tanpa banyak masa yang tertangguh.
 |
Motor kipas dalam 'sarang' kipas. Malas saya nak buka skru, so saya lap sarang tu dengan tisu basah sahaja. Kemudian balas dengan tisu biasa. |
Untuk cover dan bilah kipas saya basuh menggunakan air sabun macam biasa. Jenuh jugak nak hilangkan minyak yang dah berkerak selama ini. Tak cukup dengan basuh di sinki saya korek celah-celah cover kipas tu dengan cotton bud pulak. Dah alang-alang mencuci biar bersih sampai puas hati.
 |
Guna cotton bud untuk lap celah-celah cover tu. |
 |
Bilah kipas pun dah berkilat. |
 |
Alhamdulillah siap... seperti baru.😍 |
 |
Belakang kipas pun dah bersinar. |
Mudah-mudahan kipas bertuah ini dapat kembali berbakti seperti sepatutnya.
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment