Wednesday 30 October 2019

Pokok pisang berbuah lagi.

Pokok pisang sentiasa ada di kebun saya. Sejak saya tanam awal dulu hingga sekarang tak pernah putus berkembang biak. Saya tak pasti apa nama pisang tu. Yang pasti ada dua jenis. Satu berbuah kecik-kecik dan jarang-jarang. Satu lagi berbuah agak lebat dan besar-besar saiznya.

"Pisang ni bila dah berbuah, kena buang jantungnya. Barulah dia masak elok." Seorang sahabat datang memberi tips. Itulah... selama hidup baru ini pertama kali saya tahu petuanya.

Pisang emas, katanya.

Sepatutnya pisang tanduk.

Masalah besar apabila menanam pisang ini ialah serangan monyet-monyet yang ada di sekitar taman perumahan ini. Rumah kami bersebelahan dengan kawasan hutan. Jadi apabila kerajaan nak buat jalan baru maka kawasan habitat monyet-monyet itu pun turut ternoda. Maka terpaksalah depa berkeliaran mencari penempatan baru. Kawasan terdekat haruslah di taman perumahan kami. Ramai juga jiran-jiran yang menanam pokok-pokok buah yang menarik minat depa. Ditambah pulak dengan stok pokok pisang dengan buah yang masak mengkal, memang in heavenlah makhluk-makhluk Allah itu. 

Anak pokok sentiasa ada untuk menggantikan pokok baru.

Kebetulan baru-baru ni musim depa keluar cari makan gamaknya, maka  habislah rumah-rumah jiran yang terdedah menjadi mangsa depa. Pandai pulak depa geledah masuk dalam rumah jiran yang terdedah mencari makanan. Masa tu saya tiada di rumah kerana ikut hubby outstation, semua pintu tingkap saya dah tutup rapat. Jadi depa cuma ambik apa-apa yang ada di luar rumah sahaja. Alhamdulillah ada jiran yang prihatin menghalau monyet-monyet tu

Bukan main rileks je depa dok marking buah pisang tu.
(Gambar ehsan jiran sebelah rumah)

Masa saya balik rumah semula, pisang tu dah tinggal saki-baki sahaja. Apalagi, kita tebang sahaja dan berbagi-bagi dengan jiran pulak. Apa yang dah jadi rezeki monyet-monyet tu kita anggap sahaja sebagai sedekah. Alhamdulillah, bersyukur atas segala nikmatNya.

No comments:

Kemas laman, pangkas pokok dan susun pasu bunga.

Setelah hampir tiga bulan dibiarkan (ditinggalkan) banyak pokok terutama yang dalam pasu yang nazak dan menjadi arwah. Paling menyedihkan ia...