Monday 14 October 2019

Jalan-jalan Southampton: The Memori Lane.

Jumaat: 20 September 2019

Kami tiba di Southampton dalam pukul 2 petang semalam setelah menghabiskan masa 5 hari di London. Tanpa membuang masa, selepas solat dan menyegarkan badan, pada sebelah petangnya kami keluar melawat sekitar City Centre hingga ke Southampton Quay dan Southampton Wall. Malam harinya kami hanya berehat dan lepak-lepak di hotel sahaja.

Alhamdulillah hari ini kami tidak perlu tergesa-gesa kerana keadaan di Southampton ni tenang-tenang sahaja. Pada pukul 8:30 pagi, setelah sarapan ala-kadar dengan left-over pizza dan roti malam tadi, kami memulakan perjalanan dalam suasana tenang dan damai.

Mode of transport kat Southampton ni banyak menggunakan bas samada Blue Bus, Uni Link, dan bas apa ntah lagi yang warna merah. Pabila meneliti route yang kami plan nak guna maka kami decide untuk guna bas Uni Link. Oleh kerana kami plan untuk travel ke beberapa tempat untuk hari ini maka kami ambik tiket Dayrider. Kami beli terus daripada driver bus. Depa bagi Group Uni Link Dayrider dengan harga £7.40 dan boleh guna untuk group maksimum lima orang. Boleh travel dengan bas Uni Link kemana sahaja tanpa had. Sebenarnya tiket Dayrider ni boleh dibeli dengan harga £2 untuk seorang. Sebab kami tiga orang sahaja sepatutnya lebih jimat. Tapi sebab dah terbeli yang group travel, maka kita pasrah sahaja. Masa nak naik bas tu kita scan sahaja barcode pada scanner sebelah tempat duduk driver. 

Depa guna kertas biasa macam resit beli barang,
so kena berhati-hati sebab nak guna sepanjang hari.

Destinasi 1: Southampton University

Dari City Centre kami naik bas terus ke depan University. Rasanya macam tak banyak yang berubah sepanjang lebih 20 tahun kami meninggalkan Southampton dahulu. Jalan dan route bas masih sama. Cuma ada beberapa bangunan sepanjang jalan yang ditambah dan diberi nafas baru. 

Seperti biasa, sebelum meneruskan apa-apa aktiviti haruslah ber-morning coffee dulu. Kami singgah di Student Union Cafe. Seperti mana-mana student union, Southampton University Students Union, ringkasannya SUSU, juga sangat aktif. Ruang kafe sangat luas tapi agak lengang sebab masih awal pagi. 

Simple breakfast,
Wholemeal croissant and homemade flapjack.

Morning coffee

Selepas pekena coffee barulah boleh enjoy the journey. Kami mula berjalan melalui jejak-jejak yang dilalui semasa hubby bertungkus lumus menghabiskan pengajian PHDnya dahulu.

The Memories...

Kami tinggal di Southampton melangkaui dua fasa. Fasa pertama pada tahun 1992-1994 semasa hubby buat Master in Accounting. Masa mula-mula tiba di Southampton kami tinggal di Hartley Court bersebelahan dengan bangunan University. Hubby pergi kuliah berjalan kaki sahaja. Saya jarang keluar rumah sebab pergerakan agak terbatas dengan anak kecik yang baru berumur kurang setahun. Tahun kedua kami berpindah ke Overdell Court jauh sikit dari University, tapi berdekatan dengan City Centre. Pada masa itu kami belum ada kereta, jadi mode of transport hanyalah berjalan kaki atau naik kenderaan awam. Hubby pergi kuliah naik bas awam sahaja. Alhamdulillah pada masa itu juga ramai Malaysian postgrads yang dah ada kereta sendiri. Kebanyakan mereka sangat baik hati tumpangkan kami ke mana-mana bila ada keperluan. Pada tahun kedua saya mengandung dan melahirkan anak kedua, jadi pergerakan seterusnya makin terbatas. Selepas hubby selesai pengajian Masters, kami balik ke Malaysia semula.

Fasa kedua kami ialah pada tahun 1995-1998. Masa ni hubby sambung pengajian PHD pulak. Masa mula-mula tiba kami terus tinggal di Overdell Court semula. Masa tu anak pertama saya berumur tiga tahun lebih dan yang kedua berumur setahun lebih dan saya pulak dah mula alahan untuk anak ketiga. Alhamdulillah pada masa ini kami dah mampu beli kereta. Jadi perjalanan hubby untuk ke University tiada masalah. Saya pula lebih suka duduk rumah menjaga anak sambil melayan alahan yang agak teruk.

Laluan dari SUSU ke bangunan akademik.

Tali air dan mini tasik sepanjang jalan.

Setiap bulan saya akan bawa anak-anak ke kawasan University sambil buat check-up di University Health Service. Alhamdulillah sepanjang dua kali mengandung dan bersalin di UK, saya tidak mengalami apa-apa masalah yang besar. Hubby sentiasa ada pada setiap kali temujanji samada di Klinik atau Hospital. Saya tak pasti bagaimana hubby membahagi masa antara kuliah dan kerja-kerja PHDnya tapi dia sentiasa ada bila diperlukan.

The University Health Service, masih seperti dulu walau nampak agak usang.

Ofis hubby masa buat PHD dulu, sekarang dah jadi Department of Music

Tak tahu bunga apa tapi saya suka.

Macam bunga lalang.

Signboard baru.

Baru juga.

Saki-baki bunga ros menghampiri musim gugur.

Depan The HartleyLibrary, laluan hantar anak ke Playschool dulu-dulu.

Masuk tahun kedua PHD kami dapat offer untuk pindah rumah betul-betul di sebelah University. Hubby pergi dan balik ofis berjalan kaki sahaja serta boleh balik makan tengahari. By this time kami dah ada 3 orang anak. Anak sulung saya dah masuk pre-school. Yang kedua pulak masuk nursery/playschool. Jadi hari-hari saya makin sibuk dengan urusan keluarga dan rumah tangga, ambil dan hantar sekolah dan baby kecik yang perlukan perhatian penuh.

The House, betul-betul sebelah bangunan universiti.

The Street

Setiap hujung minggu kalau tak ada apa-apa program, hubby akan bawa kami keluar berjalan ke City Centre shopping apa yang perlu. Selebihnya saya akan singgah di mana-mana convenient store (macam kedai runcit) untuk beli barang keperluan selepas hantar atau ambik anak dari pre-school dan nursery/playschool. Mode of transport, haruslah berjalan kaki sambil tolak pushchair. Setiap minggu saya akan ke library untuk maintain sanity. Kat library tu ada section untuk dewasa dan kanak-kanak. Siap boleh pinjam toys lagi. Macam-macam toys ada, pinjam sahaja, tak perlu beli dan boleh tukar-tukar setiap minggu supaya anak-anak tidak jemu. 

Public and Toy Library masih seperti dulu.

Sebenarnya saya sendiri pun tak berapa ingat keadaan sebenar semasa kami tinggal di sana lebih 20 tahun yang lalu. Masa tu sibuk dengan anak-anak yang masih kecil. Kalau keluar berjalan pun asyik dok kepung anak-anak sahaja, tak sempat nak melihat keadaan sekeliling. Hubby pulak sibuk bertungkus lumus menyiapkan PHDnya yang Alhamdulillah siap dalam masa tiga tahun sahaja. Terimakasih kepada supervisor yang banyak membantu.

Sepanjang jalan-jalan sekitar universiti hubby banyak bercerita untold story masa zaman belajar dulu. Disebabkan saya hanya kisahkan hal-ehwal rumah tangga jadi tak pernah ambik port the struggle of doing PHD. Apa-apa pun tahniah kepada the now Prof sebab dapat menggunakan masa yang amat berharga semasa di UK dulu sebaik mungkin.

Bangunan Business School yang baru.

Dalam ofis yang baru, dengan biodata Mr Supervisor dahulu.

Ofis department yang baru.

Dah seratus tahun rupanya usia Universiti ni.


First time saya masuk library. Dulu cuma lalu lalang sahaja.

Dah puas mengimbau kenangan di sekitar Universiti, kami cari bas untuk ke destinasi seterusnya. 

Destinasi 2: The Hospital

Setahu saya di sini ada dua hospital. Saya ke Princess Anne Hospital untuk bersalin sahaja. Semua check-up dibuat di klinik Universiti dan kita simpan semua rekod. Bila dah rasa contraction nak bersalin baru kita call hospital dan bagi nombor medikal. Depa akan ready everything untuk sambut kita. Amazingly depa tahu semua rekod kita walaupun saya rasa masa tu semua depa buat manual. Yang paling best semuanya free under National Heath Service (NHS). Servis tip top mengalahkan hospital berbayar di Malaysia. Itu cerita lebih 20 tahun dahulu. Anak-anak yang lahir dulu tu pun dah besar panjang. 

Tempat lahir anak kedua dan ketiga.

Lagi satu ialah General Hospital. Saya tak pasti apa beza antara keduanya. Yang pasti kedua-duanya menawarkan servis percuma. 

Genaral Hospital

Hubby pernah warded di Genaral Hospital disebabkan batu karang. Itulah pertama kali hubby disahkan ada masalah batu karang. Sejak dari itu, bila balik Malaysia ni dah beberapa kali jugak kena warded kat Ampang Putri. Alhamdulillah hubby ada Medical Insurance, bayar setiap bulan untuk isteri dan setiap anak. Kalau tidak jenuh la nak membayar kos rawatan setiap kali masuk wad.

Bujangku (anak ke3) juga ada masalah kidney. Depa detect sejak baby dalam perut lagi. Lahir-lahir je terus depa buat treatment dengan antibiotik. By umur 6 bulan depa buat operation. Hingga sekarang, bangga je bujang tu tunjuk parut bekas operation kat hospital UK. Dan seperti biasa semuanya percuma. 

Destinasi 3: Santai Petang

Dari hospital kami patah balik ke universiti semula, singgah SUSU cari cenderahati. Kami cumi beli T-Shirt University dan sedikit makanan ringan.

On the way balik hotel kami singgah beli fish and chips homemade. Lupa pulak apa nama kedainya. Depa guna ikan kod yang fresh dan ubi kentang potong besar-besar gedabak. Ikan kod sebesar lengan dewasa hanya £6.90 sahaja. Chips £1.50 untuk satu portion, melambak macam nak makan 10 orang. Saya makan 2,3 ketul pun dah kenyang.

Lepas berehat dan solat kami keluar ke City Centre naik bas untuk beli coklat dan sedikit cenderahati untuk anak-anak di rumah.

Hajat awalnya nak melawat stadium bola Southampton tapi disebabkan pada malam itu ada perlawanan bolasepak antara Southampton VS Bournemouth jadi terpaksa batalkan niat. Takut pulak bertembung dengan peminat-peminat fanatik yang dah mula berkumpul sejak awal petang lagi. So kami hanya jalan-jalan sekitar hotel sambil cari makanan halal untuk dinner pulak. Kami beli ayam goreng, roti pita dan of course another doner kebab untuk hubby. Masuk kali ini dah 4 kali hubby pekena doner kebab kayak orang mengidam lepas gian.


*****

Sabtu: 21 September 2019

Hari ini merupakan hari terakhir kami di bumi UK. Seawal pagi saya dah siap-siap packing barang-barang dan susun dalam luggage. Motif, supaya beg tidak overloaded. Kami hanya bawa 3 beg sederhana besar untuk memudahkan pergerakan. Oleh kerana tidak shopping sakan maka beg kami tidak perlu beranak. Cukup apa yang ada sahaja. 

Dari bilik hotel 1111.

By pukul 11.30 pagi kami dah siap check-out untuk ke Southampton Central. Kami order taxi dari hotel front desk. Depa caj £6.00 untuk perjalanan dari hotel Jurys Inn ke Southampton Central. 

Southampton Central Station.

Hubby dah siap booking tiket bas National Express dari Malaysia lagi. Bas ke Heathrow Airport sepatutnya tiba di stesen ni pada pukul 1:15 tengahari tapi delay hampir satu jam. Katanya sebab hari tu hari Sabtu jadi trafik agak sesak. Sebagai orang KL, setakat jam sejam dua tu takde apa hal. Alah bisa tegal biasa. Sementara menunggu bas tiba, kami lepak-lepak sambil minum kopi panas dan makanan ringan di kafe yang disediakan.

Cuaca terang dan agak panas.

Perjalanan dari Southampton ke Heathrow airport mengambil masa selama 2 jam melalui country side yang sangat cantik. Sebelum ini saya tak pernah perasan pun mana-mana jalan yang kami lalui. Asyik sibuk dengan anak-anak hingga tak sempat nak menikmati suasana.

Area Winchester, dari dalam bas.

Kami selamat tiba di airport terminal 4 pada pukul 4:00 petang. Masih banyak masa sebelum flight pada pukul 9:30 malam nanti. Sementara menunggu waktu berlepas, kami tinggalkan beg di kiosk left luggage. Depa caj £7.50 per item untuk tempoh 0-3 jam. Depa kira per item, tak kira kecik atau besar. So kami bayar £22.50 untuk tiga beg besar. 

Selepas dah setel letak beg, kami cari surau untuk solat jama' Zohor dan 'Asar. Suraunya agak selesa cuma tempat wudhu terbuka dan perlu berkongsi lelaki dan perempuan. Jadi saya terpaksa cari altenatif lain. Nak ambik wudhu di toilet memang tak nampak jalan sebab keadaan toilet mat saleh ni tidak mesra air. Nak qada hajat pun siksa. So saya tawakkal cari toilet OKU sebab kat situ siap ada sinki dan agak luas. Awalnya cuak juga sebab makcik segar bugar masuk toilet OKU. 

"Takpe Umi, kira darurat la."

Pepandai je anak bujangku yakinkan diri dan dengan selambanya jadi jaga kat luar pintu sementara saya beroperasi dalam toilet OKU. Saya bawa botol mineral untuk tadah air buat basuh kaki. 

Usai solat, kami pi cari makanan halal di Hounslow Central, beberapa stop daripada Heathrow Airport. Kami naik tube sahaja sebab nak habiskan saki-baki duit yang ada dalam Oyster Card. Keluar sahaja dari stesen terus nampak ada kedai makanan halal di seberang jalan. Apa lagi, kita pekena nasi pilau buat kali terakhir sebelum balik Malaysia.

Nasi pilau, terbaik.

Kami tidak berlama-lama di situ. Selepas makan kami terus patah balik ke terminal 4 untuk urusan check-in pulak. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan kami selamat boarding flight MH002 dan mendarat di KLIA seperti yang dijadualkan.

No comments:

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...