Friday 14 June 2019

Pokok limau purut.

Pokok limau purut ni saya beli dari nursery pokok di Sungai Buluh. Masa beli dulu kecik je, tinggi dalam setengah kaki tapi nampak segar bugar dengan daun yang menghijau. Saya terus tanam atas tanah. Masih lagi segar tapi banyak pulak ulat yang datang bertandang. Habis daun-daun segar menjadi hidangan depa. Sabo jelah. Hampir setiap hari saya kuis buang makhluk Allah tu. Tidak pulak saya nak sembur racun ulat. Al-maklum la makcik hati tisu tak sampai hati nak jadi pembunuh. Lagipun rezeki Allah haruslah kita kongsikan...

Setelah beberapa lama pokok tu naik tinggi, tapi kurus meleding. Daun-daun pun dah mula nampak longlai macam terkena penyakit. Ulat pun dah tak datang lagi. Setiap hari pulak saya dok tilik dan tenung hingga ke akar umbi. Rupa-rupanya pokok tu dibuat 'cantuman baji'. Baru perasan ada plastik depa balut keliling pangkal pokok tu. Patutlah pokok tu macam sakit, memang sakit pun sebab pangkalnya macam terjerut. Saya pun buka ikatan plastik tu biar ianya lega. Mudah-mudahan lepas ni pokok tu kembali segar mengeluarkan hasil lagi.

Kesian tengok daunnya tidak segar lagi.

Plastik balut masih utuh dipangkal pokok.

Setelah dibuka plastiknya. Dah elok cantuman.

Hasil pembacaan saya baru tahu yang teknik cantuman baji ni adalah untuk menggalakkan buah. Depa cantumkan bahagian batang pucuk pokok dengan bahagian pangkal pokoknya. Lepas tu balut bahagian cantuman tu supaya tidak masuk air. Setelah keluar pucuk baru, biarkan pucuk tu membesar dan segar baru dibuka balutan plastik tersebut. Pokok saya ni dah mengeluarkan pucuk beberapa kali. Sepatutnya dah lama plastik tu dibuka. Tapi disebabkan tuan tanahnya tak perasan cara pembiakan tu maka duduklah pokok tu merana sendirian. 

Biasanya saya main taram je, beli pokok pastu tanam. Siram. Bila rajin baru bubuh baja.


PS: Banyak lagi nak kena belajar tentang penjagaan pokok-pokok ni. Mudah-mudahan kita tidak berlaku zalim terhadap mereka.

No comments:

60 Days In UK: Rumah Sewa 4

Jumaat, 15hb Mac 2024 Hari ini dah masuk hari ke-44 kami berada di bumi bertuah ini. Kalau ikut orang bersalin, masa ni dah habis tempoh ber...