Monday 7 January 2019

Cuti-cuti Alor Setar.....katanya

Bila dah dekat dengan tarikh nak hantar Nina balik asrama, banyak pulak agenda lain yang muncul tiba-tiba. Rancangan nak buat percutian keluarga pun terpaksa dibatalkan. Akhirnya hanya saya dan hubby serta bujangku sahaja yang ada masa untuk hantar Nina balik asrama. Iman dah ada program sendiri. Dayah masih jetlag baru balik Umrah sementara Amin sibuk nak study untuk exam Semester Satu UITM. Kebetulan sibujang tu dapat cuti sempena tahun baru 2019 maka kita susun itinerary ala-ala percutian empat beranak gitu....

Seperti biasa kami ambik flight pergi dan balik, sewa kereta untuk bergerak ke sana-sini dan sewa hotel untuk bermalam. Semua urusan booking saya yang setelkan. Of course la hubby punya kad kredit. Kita tukang booking dan swipe kad sahaja. Kami naik Air Asia. Biasanya kami bawa cabin bag sahaja. Tapi disebabkan barang-barang asrama Nina yang agak banyak maka kali ini kami terpaksa bayar kos untuk luggage juga. Depa caj extra RM30 untuk 20kg dan RM25 untuk 15kg. Lepas check-in online, kami print boarding pass sendiri serta tag untuk letak kat luggage. Katanya tag tu nanti kena masukkan ke dalam plastik yang boleh diambil kat kaunter drop bag kat airport nanti. Mudah. Nanti tiba KLIA2 kami hanya perlu drop bag sahaja. Tak perlu nak bersesak kat kaunter check-in lagi. 

Seawal pukul 7.00 pagi kami dah turun dari rumah, target nak tiba awal sebab nak kena drop bag. Alhamdulillah kaunter drop bag tu agak lengang, hanya beberapa orang sahaja yang beratur. Ingatkan semuanya smooth sahaja. Rupa-rupanya depa suruh guna sticker panjang tu untuk letak kat luggage. Maka terpaksalah kami beratur kat mesin self check-in untuk print sticker tu. Ada lebih 5 mesin tapi yang elok hanya dua sahaja. Yang lain semuanya 'Service busy'. Ada pulak hamba-hamba Allah yang tak berapa mahir guna mesin maka barisan tergendala beberapa lama. Orang makin ramai beratur dalam keresahan sebab ada yang belum check-in lagi. Masa dah hampir tamat. Kesian pulak saya tengok ada dua tiga orang penumpang menggelabah dengan muka panik sebab tak sempat nak check-in dah nak kena tinggal dengan flight. Alhamdulillah kami sempat print sticker luggage tu walaupun agak kelam kabut. Kami ada 5 luggage. Baru sempat print 3 keping tiba-tiba keluar notis 'Service busy'. 

Kertas dah habis

Rupa-rupanya kertas untuk printing tu dah habis. Terpaksa pulak tunggu petugas gantikan gulungan kertas untuk printing tu. Rupa-rupanya semua mesin yang 'Service Busy' tu sebenarnya dah habis kertas. Hanya perlu gantikan kertas baru untuk berfungsi semula. Hmm..... sabar jelah dengan service depa nih. Lepas je petugas tu ganti kertas printing baru semua mesin self check-in tu berfungsi semula. Kesian makcik pakcik yang terkial-kial nak berkomunikasi dengan mesin nih.

Elok je berfungsi selepas ganti kertas.

Alhamdulillah drama tu tak panjang. Sekejap je lepas tu depa dah panggil untuk boarding.


Alor Setar airport

Alhamdulillah kami tiba di airport Alor Setar dalam pukul 11.00 pagi. Sempat lepak-lepak sekejap sambil tunggu luggage dan tunggu kereta sewa tiba pada pukul 12.00 tengahari. Selepas dah setel semuanya terus kami pi cari lunch sementara tunggu masa nak check-in hotel pukul 2.00 petang. 

Lunch kat Alor Setar ni haruslah pekena kari. Kalau tak dapat nasi kandar, makan nasi putih biasa pun okay. Tapi harus gu dengan kari. Kebetulan hari Ahad adalah hari bekerja di Kedah, kena pulak  masa lunch hour memang bersesaklah dengan orang ramai. Kena tunggu queque untuk dapat duduk kat meja. Lupa pulak apa nama kedainya. 

Pelanggan beratur panjang.

Punyala banyak pilihan sampai tak reti nak pilih apa. Saya ambik gulai kalut ikan temenung dengan daging cincang goreng kunyit tambah sedikit sayur tumis air.



Lepas dah kenyang kami terus pi check-in kat TH Hotel, sebelah airport sahaja. Sempatlah melelapkan mata sebelum keluar semula meronda-ronda bandar Alor Setar selepas solat Asar. Destinasi pertama haruslah ke kompleks Pekan Rabu. Dah lama mendengar cerita tentang pekan Rabu tapi belum pernah lagi menjejakkan kaki. Sebenarnya pekan Rabu ni macam pasar biasa sahaja. Banyak menjual menjual kuih-kuih kering yang dah dibungkus. Katanya kompleks pekan Rabu ni baru dibina menggantikan bangunan yang lama dulu. Sebab itulah nampak macam baru sahaja. Foodcourt dia pun okay. Makanan sedap dan murah. 


Lai chee kang dan laksam

ABC special

Aneka makanan kering.

Biasa la mak-mak kalau masuk pasar segala benda nak diangkut, daripada rempah kari, kopi, asam jawa, jeruk buah....hmm... macam la tak boleh beli kat KL. 





By Maghrib kami singgah solat di Masjid Negeri Kedah. Sambil tu cuci mata dengan pemandangan lampu-lampu yang indah.

Merah

Biru

Of course saya suka warna hijau

Senarai Imam Masjid Zahir sejak ditubuhkan.
Asalnya nak ke Aman Central, tapi singgah sebentar di Menara Alor Setar. Pemandangan dengan lampu-lampu dimalam hari memang menarik. Disebabkan masa dah agak lewat dan perut pun dah mula lapar semula kami singgah beli nasi kandar di Restoran Jasmine. Katanya menu nasi kandarnya sedap. Kami take-away sahaja untuk makan di hotel. Alhamdulillah memang sedap.


Teruja dengan deretan pohon kemboja putih sekitar kawasan menara Alor Setar.

Menara Alor Setar

Esoknya selepas check-out kami terus singgah makan tengahari di Restoran Haji Ramli. Kata orang menu nasi kandarnya sedap. Rasa ala-ala nasi ayam dengan pilihan lauk yang pelbagai. Ada kari daging, ayam, sotong, ketam dan ikan serta pelbagai lauk-pauk goreng. Kami tiba agak awal jadi tak perlu nak berebut dengan pelanggan lain. Elok je kami dapat tempat duduk terus nampak barisan  pelanggan beratur panjang di belakang kami. 


Saya pilih ketam goreng kunyit dan kuah kari kambing. Not bad, harga pun berpatutan.

Lepas makan kami terus gerak ke Perlis. Singgah sebentar di Jitra ambik barang-barang asrama Nina. Alhamdulillah perjalanan lancar seperti yang dirancang. Kami tiba Kangar dalam pukul 5.00 petang. Rehat sebentar sebelum ke acara seterusnya....

PS: Agenda percutian yang penuh dengan acara makan-makan....

No comments:

60 Days in UK: Kew Bridge & River Thames

Sabtu, 9hb Mac 2024 Hari ini dah masuk hari ke-38 kami di London. Sejak berpindah ke rumah sewa ketiga ini kehidupan agak tenang sedikit dan...