Sunday 20 September 2009

Selamat hari raya.

Raya datang lagi. Seperti biasa dua tiga hari sebelum raya warga kota akan berpusu-pusu balik kampung untuk beraya bersama keluarga. Kami pun macam tu juga. Tapi tahun ni kami beraya tanpa sanak saudara. Kami beraya kat KL je. Saja nak ubah tradisi. Kata orang kalau dok sini rasa macam tak raya je. So untuk merasa suasana raya kami pun sibukkanlah diri membuat persiapan raya. Hari Sabtu tu kami kemas rumah dan masak rendang etc. Lepas solat Isya' malam raya tu kami pun cuba nak meronda kat Jalan TAR. Subhanallah punyalah ramai manusia, parking pun tak ada. Terpaksalah buat plan B, pergi uptown. Macam pasar malam je. Tak pernah pergi pun sebelum tu. Lepas solat raya kami ke open house PM di Sri Perdana. A new experience. Ramai betul manusia. Tapi makanan dia ok.

Petang pegi Shah Alam pulak. Open house lagi. Beraya sakan lah pulak.




Saja bergaya sebelum solat raya.

1 comment:

nlia said...

waaH,.
purple!
selamat hari raya ckgu!
maaf zahir & batin! ^_^"

LebaRun (Selamat Berlari Raya)

Bila anak no-2 ajak berlari sempena KL Car Free , laju je makcik-pakcik pencen bersetuju, semua expenses paid (by her). Penganjur caj RM50 s...