Friday 18 September 2009

Ramadhan...dah nak tinggalkan kita!

Semalam last day Ramadhan at school. Bagi menyempurnakan *(bakunya) pengakhiran Ramadhan, sekolah mengadakan majlis khatam al-Quran. Saya memang tak pernah tengok pun majlis khatam al-Quran sebelum ni. So tak taulah what to expect. Ada orang kata majlis ni bidaah hasanah (baik) so bolehlah diadakan. Sebabnya nak menggalakkan pelajar khatam al-Quran sempena bulan ramadhan ni. So mereka yang khatam tu diberi hadiah dan sijil. Lagi satu bidaah dalalah (betul ke eja ni..) yang memang ditegah agama. Tapi ada juga orang kata apa-apa saja kategori bidaah semua tak boleh buat. Entahlah.. apa-apa pun alhamdulillah program tu berjalan lancar. Persembahan nasyid sebelum majlis bermula.

Alhamdulillah Ramadhan kali ni kami dapat berterawih di UIA. Tapi bukanlah setiap malam. Kalau tak larat kami buat kat rumah je. Anak bujang saya dah berani jadi imam terawih (kat rumah je) so boleh selang seli ngan ayahnya. Tak sangka pulak anak bujang saya dah besar...belagak pulak tu sebab dia dah tinggi dari kakak-kakak dia. Kakak yang kecik tu memang tak ada harapan la nak meninggi lagi. Yang sulung tu pun dah terbantut sebab asyik dok bersms je (ada kaitan ke)...

Tiga serangkai in black. Dah dapat perangai baru asyik nak pakai hitam je.

Ramadhan tinggal dua hari lagi. Sesiapa yang belum khatam al-Quran tu boleh la buat marathon sementara cuti sebelum Aidil Fitri ni. Boleh je khatam kalau dah pasang niat. Lepas tu cuti raya boleh la rehat. Oh no! Bebudak yang ambik PMR jangan nak rehat-rehat ye. Study, study, study....Math mesti dapat A. (Insya Allah). Saya pun kena beraya sambil tanda kertas percubaan PA. Oh! tidak... tak nak kacau mood raya saya. Nanti lepas raya baru nak tanda.

Apa-apa pun saya nak ucapkan Selamat Berhari Raya. Mohon maaf atas segalanya Zahir dan Batin. Moga kita semua dapat bertemu dengan Ramadhan lagi ditahun depan....











1 comment:

Iman Abdul Rahim said...

chun nye i. terpikat oh wahaha

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...