Monday, 11 August 2025

Jogging @ Taman Tasik Danau Kota

 25hb Jun 2025

Selepas beberapa kali ajakan baru pagi tadi saya ada kelapangan untuk keluar berjogging dengan kawan-kawan. Dengan keizinan hubby saya bergerak menuju ke Taman Tasik Danau Kota bersama dua orang sahabat Gojezes dalam pukul 7:30 pagi.

Alhamdulillah perjalanan lancar dan suasana sangat tenang. Kami parking berdekatan kawasan parking MCD Danau Kota. Tak pasti kena bayar parking ke tidak. Tapi saya tak bayar. 😁 Kemudian kami terus berjalan menuju ke pintu masuk utama. Pengunjung tidak ramai dan saya suka laluan jogging yang hanya satu arah... kurang serabut nak berselisih bahu dengan 'pejogging' yang lain. Sambil-sambil itu kita nikmati ketenangan alam keliling tasik.

Tanda/mercu yang cantik.

Terdapat banyak ikan dalam tasik yang tenang ini.

Ada yang mencurah sisa makanan ke dalam tasik sebagai makanan ikan.

Usai berjogging kami singgah melawat tandas. Al maklumlah makcik-makcik kena sentiasa peka tentang keberadaan tandas walau di mana jua. Seronok pulak bersembang dengan adik yang jaga tandas di situ. Rajin dia menanam pokok-pokok buat hiasan keliling kawasan tandas.




Usai urusan di Taman Tasik kami cari sarapan di Restoran Faris Maju di seberang jalan Hospital Columbia, Setapak. Pertama kali saya merasa tosei Rawa. Sedap rupanya. Rasa jintan dan lada hitam. 


Tosei Rawa.

Selang seminggu saya ajak hubby berjogging ke sana pulak konon nak merasa berjogging di tempat baru…. tapi kurang memenuhi citarasanya. Hubby masih selesa dan kekal di tempat biasa kami. So kami hanya  ke sana untuk kali pertama dan mungkin terakhir. Tapi sempat juga mengabdi kenangan bahawa kami pernah singgah di sini… We were here…gitu.


Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik hingga akhirnya. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Saturday, 9 August 2025

Jalan-jalan @ Kraftangan Malaysia.

Semalam kami ke Pusat Kraftangan (Karyaneka) KL. Kami gerak lepas solat Jumaat, dalam pukul 3 petang dan tiba di sana dalam pukul 3:30 petang. Kebetulan Karyaneka itu terletak di sebelah hotel Royal Chulan, so kami parking kereta di basement hotel dan berjalan kaki ke pusat jualan Karyaneka. Cantik kawasannya. Makcik pun tetiba nak berlagak macam tourist. Bukan selalu dapat menikmati keindahan di tempat sendiri.

Pusat jualan batik.

Kita cuba mana yang berkenan.

Alat tenunan songket.



Bakul dan raga hiasan... makcik pejam mata bila tengok harga.


Clutch songket... kita mampu tengok sahaja.

The best scene... rasa macam nak duduk lama-lama sambil memutar kenangan budak kampung.



Sebelum balik kita tumpang duduk di lobi hotel. Dah alang-alang bayar parking RM12 sejam kita optimumkan masa sambil menikmati ketenangan dalam hotel.

Kawasan lobi hotel yang luas.

By pukul 5 petang kami dah tiba di rumah semula bersama tiga helai baju batik hubby.  Short and sweet, kata orang kampung saya. Semoga Allah mudahkan urusan kita seterusnya. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Tuesday, 5 August 2025

Mengidam Fish & Chips

Hari ini, entah mengapa, tetiba terasa nak makan Fish and Chips. Bukan sebarang fish and chips. Saya teringat fish and chips original UK, menggunakan ikan cod. Ikannya besar dan segar dicelup dengan batter yang digoreng rangup. Bila makan boleh bukak/selak lapisan isi ikan yang putih bersih. 

Terpaksalah hubby melayan tekak isteri terchenta di petang hari. Kami keluar rumah pukul 4:00 petang dan pusing kawasan Melawati mencari fish and chips bertuah itu. Destinasi pertama ialah ke Food truck OH! FISH & CHIPS di taman Melawati. Malangnya depa nak tutup untuk solat Asar dan akan dibuka semula pada pukul 5:30 petang. Lama pulak nak menunggu, so kami ke plan B.

Of courselah kita terus ke Tim's Teapot Place. Melawati. Kat situ memang komfem ada menu yang dihajati. Kami terus order satu Fish & Chips dan satu Mushroom Soup. Makan sesama... sharing is caring gitu.

Hampir menepati apa yang dihajati. 😍

Kemain happy.


Alhamdulillah, craving fulfilled. Terima kasih hubby kerana sudi melayan. Semoga bertambah rezeki untuk belanja lagi. Aamiin. 🌹

Sekian. 😊

Pickleball, Father's Day & Kelang

Ahad, 15 Jun 2025

Hampir dua bulan catatan ini tertunda tapi nak kena rakam jugak buat kenangan dihari tua.😁

Selepas beberapa kali anak-anak dok mengajak Ummi dan ayah main pickle ball, baru hari ini hajat tercapai. Seronok rupanya main pickle ball. Walau banyak pukul angin dan kutip bola, badan tetap berpeluh. Kami bermain di HYPR Ground Pickleball, Tamarind Square, Cyberjaya. Tak taulah berapa bayarannya kerana semuanya anak-anak yang uruskan.

Kemain posing macam menang dapat tropi.

Yang sempat hadir.



Lepak makan lepas penat bermain.

Usai bermain kami balik ke rumah anak sulong di Cyberjaya untuk acara potong kek Father's Day pulak.


Simple yet sweet. 🥰

Happy Father's Day untuk ayah kepada anak-anak saya. 😍

Petangnya kami melawat anak saudara hubby di Kelang pulak. 

Bersama kakak dan anak-anak saudara hubby serta cucu-cucu saudara.

Alhamdulillah, selesai satu hari yang panjang. Moga-moga Allah berkati segala aktiviti kekeluargaan yang telah dijalankan. Aamiin.🌹

Sekian. 😊

Monday, 4 August 2025

Armchair & Meja Study

Dua bulan lepas kami pergi IKEA Cheras. Hubby nak belanja armchair untuk isteri terchentanya. Nak suruk duduk berehat di ruang tamu tanpa gangguan. Biar gemok-gemok duduk saja lepas penat beraktiviti dan nak berlawan sapa lagi gemuk lepas ni.😁

Sambil tu hubby nak cari meja tambahan untuk study area juga. Tapi biasa la kalau makcik gi IKEA... aktiviti pertama haruslah berangan di ruang pameran.

Nak tukar almari buku... kita KIV dulu.

Simpan untuk rujukan.

Teringat penyangkut kain telekung kat rumah.

Nak letak pokok pelesu di TV area.

Nampak balang kaca, tetiba rasa tak cukup balang nak isi biskut kat rumah... so kita sambar dua buah.

Sebenarnya tujuan utama ke IKEA ialah nak beli armchair. Dah dapat armchair baru boleh proceed dengan meja pulak. Selagi tak jumpa armchair... jangan sesekali cari meja... begitu undang-undangnya. Tapi jenuh jugak makcik nak buat pilihan. Ada saja yang tak kena. Lastly kita ambik yang paling praktikal mengikut kayu ukur sendiri.

Jenuh hubby menunggu bini nak decide mana kerusi yang sesuai.

Usai memilih semua yang dihajati kami singgah lepak di kafe bagi menghilangkan lelah. Sedar tak sedar dah dua jam saya melilau dalam kawasan ruang pameran sambil berangan. Bila dah duduk baru terasa penatnya badan dan kaki pun lembik.

Kita park troli dulu sebab tak boleh bawak ke ruang kafe.

Tak ramai yang beratur membeli makanan sebab masih awal. Saya order fish and chips tambah mushroom soup dan garlic bread. Hubby ambik sandwich/tortila dan popia. 

Dah habis makan baru teringat nak ambik gambar sisa yang ada.

Usai makan kami terus gerak balik dan tiba di rumah hampir pukul 3:00 petang. Lagak orang muda keluar berjalan dari awal pagi hingga kepetang. Kemudian saya terus keluarkan kerusi untuk pemasangan. Baru sempat separuh jalan tiba-tiba pinggang saya jadi keras macam terkunci (locked) tak dapat bergerak. Jenuh pulak hubby terpaksa, mengangkat saya untuk bangun dan memapah serta memimpin saya untuk bergerak serta menyapu minyak panas di kawasan pinggang selama beberapa hari. Alhamdulilah selepas seminggu menjaga posture dan exercise pinggang saya kembali sembuh. Hilang segala sangka buruk (slip disc, etc). Mudah-mudahan dijauhkan Allah.

Hubby selesaikan pemasangan selepas saya terlantar sakit.

Selepas 10 hari, saya mula rasa sembuh sepenuhnya barulah kita masuk 'kilang' semula untuk proses pemasangan meja dan kabinet pulak. Alhamdulillah mudah sahaja prosesnya. Tapi kabinet tu sangat berat so kami decide untuk pasang sikit-sikit yang asas di tingkat bawah dan hubby angkut bit and pieces ke tingkat atas. Rumah kami dua tingkat dan ruang study hubby berada tingkas atas.

Peralatan yang diperlukan.

Hubby angkut bahagian yang dah siap ke tingkat atas.

Di atas, kita cuma cantumkan semua bahagian dah siap tadi dan susun di tempat yang dihajati.

Barang order.

Barang siap.

Alhamdulillah, selepas dua bulan badan saya dah back to normal. Masih lagi ada kudrat untuk mengangkat pasu bunga dan susun semula perabut-perabut sekitar rumah.

Serik? Tidak sekali. Mudah-mudahan Allah mengurniakan kesihatan yang baik hingga keakhirnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Jogging @ Taman Tasik Danau Kota

  25hb Jun 2025 Selepas beberapa kali ajakan baru pagi tadi saya ada kelapangan untuk keluar berjogging dengan kawan-kawan. Dengan keizinan ...