Friday, 30 May 2025

Opening Kilang Perabot Anak Saudara Hubby

Hujung minggu lepas kami menerima jemputan dari anak saudara hubby sempena perasmian dan pembukaan business kilang perabot mereka di Puchong. Business tu dah beroperasi selama setahun cuma baru berkesempatan untuk dirasmikan.

Kad jemputan.

Banyak menu yang disajikan. Ada nasi arab, pasta, kambing bakar dan lain-lain. Menu utama disajikan di perkarangan kilang, manakala desserts dihidang di showroom di tingkat atas bangunan. Bagus jugak begitu. Bila dah kenyang makan di bawah, kita panjat tangga naik ke atas. Sekurang-kurangnya dapat jugak membakar kalori.

Makcik ambik set kambing bakar sahaja.

Cantik depa susun desserts.


Dengan anak dan menantu no-3 dan tuan rumah, (Kakak hubby dan anaknya).

Hubby bersama kakak ipar saya dan cucunya.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Saya tumpang gembira dengan kejayaan business mereka dan kesungguhan anak saudara hubby menceburi bidang yang diminati. Semoga business mereka terus sukses. Semoga kita jugak dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Thursday, 29 May 2025

Pesta Buku Antarabangsa KL 2025

Sejak lama memang hubby sentiasa terapkan amalan membaca untuk saya dan anak-anak. Masa zaman anak-anak masih bersekolah kami selalu ke kedai buku dan hubby tidak lokek untuk berbelanja. Paling best bila ada Pesta buku (PBAKL), yang menjadi acara tahunan. Pilih sahaja mana-mana buku dan hubby akan bayar tanpa soal.

Hari ini saya dan hubby ke Pesta buka berdua sahaja. Tiada apa yang dikalutkan, kami keluar rumah awal pagi supaya dapat parking yang strategik dan lepak sarapan di kantin sementara menunggu kedai buku dibuka.

Kita sarapan dulu.


Pembukaan di pentas utama.

Kami sekadar melihat-lihat ambik aura. Tidak banyak pilihan buku yang menarik minat saya bila banyak bahan bacaan boleh diakses secara online.

Antara catatan hubby.

Antara hasil buku hubby di reruai Ilham Book.

Hasil tangkapan hari ini.

Saya jarang menetapkan bilangan buku yang harus dibaca untuk satu-satu masa. Namun setiap kali mengikut hubby ke kedai buku saya akan sambar sebiji dua buat bekalan. Hubby memang suka singgah kedai buku mencari bahan bacaan ilmiah. Saya pulak akan mencari bacaan ringan sahaja. Tujuan bacaan pun hanya untuk kill the time sementara mengikut, menemani dan menunggu hubby buat kerja di mana-mana. Daripada dok melangut atau mengadap handphone baik la makcik sambung membaca amalan mulia buku.

Yang sedang di baca.

So bila-bila ke kedai buku, kita beli sahaja mana-mana buku yang berkenan di hati. Bila nak baca? Itu cerita lain. Yang penting sentiasa ada buku buat peneman sepanjang jalan.

Yang masih berbalut, menunggu giliran untuk dibaca.

Sekali sekala saya jengok jugak bahan bacaan hubby. Sekadar jengok saja la, buat exercise mata. Nak sampai ke otak tu memang jauh bak bumi dari langit. Sekarang ni saya hanya inginkan bahan bacaan yang ringan-ringan sahaja menggantikan berat badan yang dah tak ringan lagi. Apa-apa pun semoga kita sentiasa dilapangkan Allah dengan aktiviti yang berfaedah. Amiin. 🌹

Sekian.😊

Wednesday, 28 May 2025

Tanam Uri & Cukur Jambul Baby

Bila dah bertambah cucu maka bertambahlah tapak tanaman uri di laman nenek. Setakat ini semua uri anak-anak saya uruskan sendiri. Hubby tolong tanamkan. Untuk uri cucu-cucu pun nenek jugak yang uruskan dengan pertolongan anak bujang. Tapi bila dah masuk cucu ke-5, anak bujang pun dah habis maka terpaksalah kita minta bantuan Tok ayah untuk korek lubang. So sekarang dah ada lima tapak tanaman uri di laman nenek.

Tok ayah in action.

Bila umur baby dah masuk seminggu kami buat sunnah belah mulut dan cukur rambut baby. Majlis sesama sendiri dengan nenek, tok ayah, mummy dan daddy sahaja. Kami buat pada hari raya Aidilfitri baru-baru ini. Daddy kunyah buah kurma untuk ‘belah’ mulut dan nenek setelkan baby untuk bercukur. Mudah sangat sebab daddy memang dan biasa cukur jambang, so setakat nak cukur rambut baby menggunakan mesin cukur tu small matter je. 

Sebelum.

Pasrah...

Selepas...

The proud nenek & tok ayah.

Alhamdulillah semua dalam keaadaan tenang sahaja. Saya tak pasti berapa berat rambut yang sudah dicukur itu. Yang pasti, sunnahnya berat rambut itu ditukar kepada nilaian emas semasa/terkini dan nilaian duit itu hendaklah disedekah kepada fakir miskin. Itu semua adalah tanggungjawab daddy, so nenek duduk dendiam tak perlu masuk campur. Semoga baby membesar dengan baik dan menjadi penyejuk mata ayah bonda. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Tuesday, 27 May 2025

Cashless Parking (exceed limit) @KLIA2

Bila nak ambik flight ke mana-mana biasanya kami akan bawa kereta dari rumah dan letak kereta di parkir yang disediakan. Dan bila durasinya bakal lama maka kami akan gunakan kad bank untuk masuk ke kawasan parkir. Kalau setakat sehari dua kami akan gunakan kad Touch and Go sahaja dan top-up banyak-banyak sebelum berurusan.

Baru-baru ini bila nak keluar dari parking, tiba-tiba pulak mesin palang tu tidak menerima transaksi kad bank. Katanya kad dah melebihi limit penggunaan harian. Mungkin banyak sangat bershoping sebelum balik. Maka terpaksalah kami undur kereta dan masuk parking semula. Sambil itu kita cari solution macamana nak atasi masalah melalui Pakcik Google.

Make sure snap gambar tempat parking agar tidak lupa.

Menurut Pakcik Google, sekiranya kad bank atau T&G tidak boleh digunakan, kita boleh bayar di kaunter bayaran yang disediakan. So kami parking kereta semula dan mencari letak duduk tempat kaunter bayaran itu. Penat jugak berjalan dalam kawasan KLIA2 yang agak luas ini. Alhamdulillah ramai yang boleh membantu di kaunter pertanyaan. Kaunter bayaran tu agak tersorok. Kita perlu keluar ke Carpark pintu A dan terus belok kanan. 

Kadar bayaran parking.

Kita cuma perlu nyatakan nombor plat kereta dan depa/mesin akan kira jumlah bayaran secara automatik. Lepas tu boleh buat bayaran secara tunai atau kad. Depa akan isu resit/kad untuk dimasukkan ke dalam mesin di palang exit nanti.

Kaunter urusan.

Kaunter urusan di luar pintu Carpark A, sebelah kanan.

Saya pun dah lupa berapa lama kami parking di KLIA2, tapi kos bayaran parking hampir mencecah RM200. Sebenarnya boleh je kalau nak menggunakan Grab Car tapi makcik pakcik pencen lebih selesa naik kereta sendiri, door to door dan boleh ikut pace sendiri. Begitulah. Semoga kita sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Aamiin.🌹

Sekian. 😊

Monday, 26 May 2025

Cucu Baru Sempena Aidil Fitri 2025

Kami dapat berita kelahiran cucu ke-5 semasa hari terakhir di Jepun pada 23hb Mac 2025. Baby sepatutnya lahir selepas hari Raya Aidilfitri tapi dah keluar tiga minggu lebih awal. Kiranya dah masuk kategori baby pra-matang. Semua orang excited nak suruh baby keluar sempena tarikh yang cantik 23.3.25 ini.

It’s a girl.

Haneda Airport, Jepun… tak sabar nak balik sambut baby. Tok Ayah pulak sedih sebab baby dah lahir sebelum sempat tunggu nenek balik.

Tiba sahaja di KLIA2, anak sulong dah menunggu. Kami terus balik ke rumahnya di Cyberjaya, mandi dan bersiap untuk ke hospital di Bangi. Kami terus masuk ke wad walaupun diluar waktu melawat. Malangnya baby masih di nursery dan mengambil masa yang agak lama untuk menunggu nurse hantar semula ke wad.  By the time baby tiba hari dah lewat dan nenek dengan tok ayah pun dah penat, nak balik rumah home sweet home di Ampang pulak.

Welcome to the world baby Ayana.

Nenek rembat baju dan tudung mummy Iman sebab stok baju dah habis.

New Daddy.

With the cousins yang excited.

By petang depa dah discharge dari hospital dan balik rumah sendiri di Nilai. Doktor pesan untuk buat blood check selepas dua hari sebab baby nampak agak kuning which is quite normal for pre-mature infants. 

Mudah-mudahan baby membesar dengan sihat dan menjadi penyejuk mata ayah bonda. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Friday, 23 May 2025

Memetik Ciku di Laman

Sejak kecil saya memang suka makan buah ciku. Dan kini pokok ciku menjadi antara pokok yang setia menemani saya di ruang laman. 

Semasa mula-mula berbuah (beberapa biji) saya selalu berperang dengan tupai yang selalu a step ahead mengambil buah yang sudah mengkal. Mulanya saya rajin balut mana yang sempat tapi tupai tu lagi cerdik. Depa bawa lari dengan bekasnya sekali. Akhirnya saya pasrah dan menaruh sepenuh kepercayaan dengan rezeki Allah. Dah malas nak bergaduh dengan makhluk bertuah itu.

Rezeki pertama dipetik pada 8hb November 2023.

Saya basuh dan letak dalam tong beras.

16 November 2023, buah sulong yang masak selepas seminggu diperam.

Saya tak pasti buah ciku ini bermusim atau tidak. Yang pasti, baru-baru ini saya nampak putik buah yang agak banyak. Mungkin itu rezeki yang Allah gantikan bila berkongsi dengan makhlukNya yang lain. Saya biarkan putik-putik itu menjadi buah yang agak lebat dan membesar dengan baik. Sekali-sekala kita jenguk-jenguk kot-kot ada tupai yang datang bertandang. 

Weekend baru ni saya agak busy dengan kenduri nun jauh di Selatan tanah air dan Sambutan Hari Ibu by anak-cucu. Setelah beberapa hari baru ada masa untuk saya turun ke laman. Melihat banyaknya buah ciku yang dah besar-besar, kita buat batang kait untuk kait buah-buah yang dah nampak mengkal. Masa zaman di kampung dahulu kami buat batang kait menggunakan batang buluh. Tapi di sini kita be creative, ambik batang besi curtain railing lama dan ikat dengan hook S di hujungnya. 

Bahan yang diperlukan: Batang railing, hook S dan pengikat plastik.

Hasil tuaian pagi ini.

Hubby tambah lagi 2 biji.

Selepas siap dibasuh, saya keringkan, kemudian balut dengan kain dan simpan untuk diperam.

Selepas beberapa hari buah ciku pun mula masak sebiji demi sebijik. (Depa tak masak sekali gus). Mudah-mudahan dapatlah dikongsi dengan orang lain.🌹

{Cerita permulaan pokok ciku boleh baca di sini}.

Sekian.😊

Thursday, 22 May 2025

Selamat Hari Ibu 2025

Seperti biasa setiap kali tibanya hari ibu, anak-anak akan berkumpul menyambut hari yang bahagia itu. Tahun ini depa berkumpul di rumah bonda. Dah sebagai mak, haruslah saya akan sibuk memasak apa yang ada bila anak-anak nak balik rumah. Manalah tahu kiranya ini kali terakhir untuk semua ahli dapat berkumpul bersama.

“Nak kari nenas dengan ayam goreng…” mudah sahaja permintaan anak sulong saya.

Dan dalam kesibukan sempat jugak saya ke kedai runcit tepi rumah untuk membeli barang masakan. Dapatlah memenuhi meja dengan juadah air tangan bonda.

Siakap goreng berlada, kari udang nenas, kerabu mangga & ayam goreng.

Segar dari ladang.

Kek hari ibu by anak sulong.

Bunga kiriman anak bongsu.

Coklat sebagai penambah kolestrol.

Pemungkin saya untuk bergelar ibu.😍


Not full house.

Cucu-cucu yang sentiasa menceriakan.

The girls...

Alhamdulillah, semoga para ibu di luar sana turut berbahagia dengan gelaran yang dikurniakan. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Monday, 5 May 2025

Sakit perut & Gastrik

Saya jarang berlapar tanpa sebab. Alhamdulillah setakat ini saya boleh berlapar (bukan puasa) sepanjang hari tanpa episod sakit perut gastrik, asalkan dapat minum air. Seingat saya, masa kecik dulu, cuma sekali saya terkena serangan gastrik. Dan Ayah saya akan buat nasi moi (bubur nasi). Ayah akan ambik segenggam beras dan masukkan seperiuk air, masak hingga beras kembang, tanpa sebarang perasa, hanya air dan beras. Ayah akan ceduk masuk ke dalam mangkuk dan biarkan suam sebentar. Lepas tu saya akan makan moi dan hirup air rebusan itu tanpa sebarang perasa. Sejak itu saya jarang mendapat serangan gastrik yang teruk hingga dewasa. Pedih perut sikit-sikit itu biasa terutama kalau terlambat makan.

Tak semena-mena pada dua tahun lepas (bulan Mac 2023) saya mendapat serangan gastrik yang agak teruk. Ceritanya... Sejak hari khamis saya mula rasa tak sedap perut. Makan pun macam takde selera. By malam Jumaat, perut rasa lapar tapi tiada rasa nak makan. Hubby offer nak makan Mcd (masa ni belum ada isu boikot), saya tak layan. Saya tengok je depa makan tanpa rasa apa-apa. Esok paginya saya cuma makan telur separuh masak. Hubby offer nasi lemak pun saya tolak. By petang baru terasa nak makan mushroom bruschetta, so kami dinner di San Fransisco pizza. Saya makan separuh roti dan separuh spagheti oli oglio. Malam tu perut rasa makin sakit dan memulas. Mungkin sebab gastrik dan perut saya dah luka. 

Anak no-4 belikan ubat Gaviscon double action. Saya ambik 2 dos sebelum tidur. Alhamdulillah getting better. Bila masuk hari Sabtu perut saya mula sakit semula. Makan Gaviscon pun tak jalan. Akhirnya saya sapu minyak angin Mestika dan berehat. Sebelum ini saya tak gunakan minyak angin sebab tak suka bau yang kuat dalam rumah. Tapi bila keadaan mendesak terpaksalah saya gunakan apa yang patut. By petang, perut saya makin memulas dan terpaksa ke bilik air berkali-kali. Dek dah lama tidak sakit, saya dah lupa macamana nak treat rasa sakit yang teramat sangat itu. Saya minum vitagen 2 botol. Lepas tu baru teringat sebenarnya kalau gastrik tak boleh ambik product tenusu. Sebab bila gastrik perut kita ada banyak acid, bila bercampur dengan susu akan jadi susu basi... gitulah pahaman makcik, maka makin sakitlah perutku. Sungguh bagai dikata, malam tu saya tak dapat tidur, berguling-guling sakit perut, memulas dan ulang alik ke toilet entah berapa kali, dah macam sakit contraction nak kena buang isi perut sebelum bersalin pulak. 


Alhamdulillah by subuh hari, rasa memulas mula kurang dan urgency untuk ke toilet dah mula reda. Saya minum oat kosong bancuh dengan air panas untuk sarapan.

Oat kosong.

By tengahari tetiba rasa lapar, so saya masuk dapur untuk buat sup simple. Saya cuma buat sup ikan merah dan makan dengan nasi panas. Kemudian minum air halia madu. Alhamdulillah by petang saya beransur sihat dan sakit perut pun makin berkurangan.

Bahan tumis dan kentang.

... dan ikan merah yang sudah dibersihkan.

Sup ikan merah, siap.

Air halia madu.

Tanpa di sangka, sebelum Ramadhan baru-baru ini selepas lebih dua tahun, saya terkena serangan gastrik lagi. Selepas subuh saya minum susu Anlene kemudian leka menjahit baju mak pengantin untuk kenduri anak bongsuku, saya terlupa nak sarapan. Dek kerana sangat dahaga, saya minum ice lemon tea (tanpa gula) yang sangat masam semasa perut kosong. Memang spot on, kata orang kampung saya. Tiba-tiba perut saya terasa pedih semacam. Sah-sah gastrik dah mula menyerang. Mengambil pengalaman sebelum ini, saya masak nasi lembut dan buat sup sayur dengan telur dan makan perlahan-lahan. Kebetulan masa itu hubby outstation selama dua hari maka saya ambik peluang untuk me-time sambil muhasabah diri. Bila Allah jentik dengan sedikit dugaan, makin terasa kasih sayangNya. Mungkin Allah nak bagi peluang saya berehat sambil menambah amal. Sepanjang dua minggu selepas serangan saya sangat berhati-hati memilih makanan. Mungkin sebab dah tua, jadi proses baik pulih perut mengambil masa lebih lama. So sekarang saya kena lebih berwaspada. Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan perut saya memberi kerjasama yang baik. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik hingga akhir hayat. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Hari Sukan Cucu

Bila cucu nak bersukan, nenek dan tok ayah pulak excited susun jadual untuk pastikan dapat hadir pada hari kejadian. Tadika depa buat sukan ...