Kami dapat berita kelahiran cucu ke-5 semasa hari terakhir di Jepun pada 23hb Mac 2025. Baby sepatutnya lahir selepas hari Raya Aidilfitri tapi dah keluar tiga minggu lebih awal. Kiranya dah masuk kategori baby pra-matang. Semua orang excited nak suruh baby keluar sempena tarikh yang cantik 23.3.25 ini.
 |
It’s a girl. |
 |
Haneda Airport, Jepun… tak sabar nak balik sambut baby. Tok Ayah pulak sedih sebab baby dah lahir sebelum sempat tunggu nenek balik. |
Tiba sahaja di KLIA2, anak sulong dah menunggu. Kami terus balik ke rumahnya di Cyberjaya, mandi dan bersiap untuk ke hospital di Bangi. Kami terus masuk ke wad walaupun diluar waktu melawat. Malangnya baby masih di nursery dan mengambil masa yang agak lama untuk menunggu nurse hantar semula ke wad. By the time baby tiba hari dah lewat dan nenek dengan tok ayah pun dah penat, nak balik rumah home sweet home di Ampang pulak.
 |
Welcome to the world baby Ayana. |
 |
Nenek rembat baju dan tudung mummy Iman sebab stok baju dah habis.
|
 |
New Daddy. |
 |
With the cousins yang excited. |
By petang depa dah discharge dari hospital dan balik rumah sendiri di Nilai. Doktor pesan untuk buat blood check selepas dua hari sebab baby nampak agak kuning which is quite normal for pre-mature infants.
Mudah-mudahan baby membesar dengan sihat dan menjadi penyejuk mata ayah bonda. Aamiin.🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment