Saturday 17 February 2024

60 Days In UK: London Victoria-Bayswater-Edgware

Jumaat, 16hb Februari 2024

Hari ini dah masuk hari ke-16 kami di sini. Setiap kali nak keluar berjalan saya dan hubby akan plan perjalanan sesuai dengan tube connection. Sebelum turun dari rumah kena tahu dulu apa line nak ambik dan mana platform nak guna. Depa guna colour code untuk setiap tube line. So agak mudah untuk kita hafal line yang berbeza-beza mengikut warna yang ditetapkan. 

Dan pada hari yang mulia hubby took a break from SOAS dan ajak jalan-jalan pusing kawasan. Tapi sebelum itu haruslah isi perut di rumah dulu. Saya cuma buat roti bakar ala-ala pizza on go. Saya guna roti sebagai base, potong sosej ayam dan tomato, susun atas roti dan tabur mozarella cheese. Lepas tu bakar dalam oven, 180 degree selama 5 minit. Untuk menambahkan crispy di bahagian bawah base, saya bakar atas kuali pulak… biar rasa kruk krak.

Siap untuk di bakar dalam oven.

Sambung bakar dalam kuali.

Sarapan… siap.

By pukul 9:30 pagi kami turun dari rumah, ambik tube Victoria Line (warna biru cair) ke Victoria Station yang terletak dalam City of Westminster. Kompleks stesen ini juga dikenali sebagai London Victoria, merupakan Central London Railway terminus yang menghubungkan kawasan lain dengan keretapi dan tube Circle Line (warna kuning), District Line (warna hijau) dan Victoria Line (biru cair). Di sini juga terletak terminal bas National Express.  Kami stop over di sini sambil jalan-jalan melihat kawasan sebelum mengopi di Costa Coffee di hadapan pintu keluar masuk Underground.

Dalam terminal London Victoria.

Di hadapan Victoria Underground Station.

Kawasan luar stesen yang cerah.

Cerah dengan langit yang cantik.

Kami meninjau di Cardinal Walk, tempak orang melepak dan makan-makan. Di situ ada beberapa restoran termasuk restoran Five Guys tapi menunya semua macam non-halal. Five Guys ni famous dengan fast food hamburgers, hotdogs dan fries. Ada juga menu untuk vegetarian tapi penuh dengan was-was. So kita jalan-jalan cuci mata sahaja. 

Cardinal Walk.

Depan Restoran Five Guys.


Ngopi dulu @ Costa Coffee.

Sebelum masuk waktu solat Jumaat kami ambik Circle Line dari London Victoria untuk ke Malaysia Hall yang terletak di nombor 34, Queensborough Terrace untuk solat Jumaat. Kami turun di Bayswater Station dan berjalan kaki dalam jarak lima minit perjalanan. Solat Jumaat di sini terbuka untuk masyarakat Islam di London. Sebelum ini di sana juga ada Malaysia Hall Canteen tapi dah tutup atas sebab-sebab tertentu. 

On the way ke Malaysia Hall tu ada kedai bunga. Tetiba rasa teruja melihat jambangan bunga yang dipamerkan. Banyak betul bunga ros warna merah hati, mungkin left over masa Hari Valentine (14/2) hari tu. Tapi kita cuma ambik bau dan cuci mata sahaja.

Harga £40-£55 sejambak.

💖

Van posman… teringat cerita Postman Pat masa anak-anak kecik dulu.

Queenborough Terrace yang damai.

Kami tiba agak awal sebelum waktu solat Jumaat. So kita ambik masa untuk selpi dan lepak-lepak dulu. Sepatutnya depa tidak sediakan ruang wanita semasa solat Jumaat yang biasanya penuh dengan dengan jemaah lelaki. Tapi hari ini depa bermurah hati membenarkan saya duduk berehat di ruang solat wanita. Kebetulan ada seorang wanita lain yang meneman anak lelakinya solat Jumaat maka bolehlah saya berkenalan dan bersembang sementara menunggu hubby selesai solat.

Kaunter depan di Malaysia Hall.


Ruang solat wanita.

Usai solat kami ke Edgware Road untuk makan tengahari. Kebetulan ada anak saudara hubby datang bercuti di London so kami ajak sekali makan ramai-ramai. Hubby pilih makan di Restoran Melur. Katanya pemilik restoran ini adalah tukang masak asal dari kantin Malaysia Hall sebelum ini. Kami order kari ikan, rendang daging, ayam goreng masakan Bali dan sup ekor. Sebagai pencuci mulut, kami order pengat pisang dan sagu gula melaka. Alhamdulillah makanannya rasa Malaysia dan sangat sedap. 

Melur special… air serai+lemon.

Kari ikan yang yummy.


Anak saudara hubby, (bertopi) serta anak isterinya.

Cuaca mula mendung di luar restoran.

Usai makan kami terus balik rumah dan tiba dalam pukul 4:30 petang. Menghampiri waktu malam (waktu Maghrib pada pukul 5:20 petang) cuaca di luar dah semakin sejuk maka eloklah makcik dan pakcik pencen duduk diam-diam berehat dalam rumah sahaja. Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah. Aamiin.

Sekian.😊

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....