Sunday, 9 July 2023

Petang-petang @ Italian Place.

"Jom Cafe Jiran... rasa nak makan pizza." 

"Jom..." Laju sahaja makcik menyahut bila hubby ajak keluar makan. Anything for happiness, kita mengikut sahaja. Sebenarnya kafe ni dah tukar nama kepada Cafe Italian Place.

Kronologi tukar nama kedai depa.

Tempat ni dekat je dengan rumah saya. Dulu masa anak-anak masih bersekolah selalu jugak kami lepak makan di sini. 10 minit drive dah sampai. Last datang sini lama dulu sebelum PKP. Rasanya depa tutup masa PKP. Lepas PKP pun kami belum sempat menjejakkan kaki hingga kini. 

So hari ini kita patah balik untuk merasa keenakan menu yang disajikan. Kami keluar lepas Asar. Orang tak ramai so servisnya agak laju. Kami order satu pizza (L) dengan sup dan roti. Depa caj RM50++. Alhamdulillah cukup untuk dua orang pencen.

Mushroom soup with brucheta.

Pizza all in. 

Entrance yang menarik.

"Next time boleh ajak anak-anak pulak..." Hmm... dah namanya mak-ayah, bila-bila makan pun masih teringatkan anak-anak. Gitulah...

Sekian.😊

No comments:

Family Lunch Date @Rembayung

Rabu 21hb Januari 2026 Sejak dibuka awal bulan ini bukan main lagi anak-anak dok battle untuk dapatkan slot untuk makan di Restoran Rembayun...