Saturday 27 August 2022

Jalan-jalan KB, teman orang sebelah.

“Jom balik KB. Ada program Coop Bank…” Dah lama tak balik KB so bila hubby ajak balik, laju je kita setuju. Seperti biasa saya akan pick-up hubby di tempat kerja dan terus gerak ke KLIA. Flight kami pukul 7:00 malam, so sementara menunggu kita minum dulu. 

Teh ais je pun... harga kemain.

Kami tiba di airport KB pukul 8:00 malam. Terus ambik kereta sewa dan berhenti untuk makan malam di Restoran Sapuroh KB sebelum check-in di Hotel Perdana KB.

Kena ambik gambar kereta especially nombor plat sebab takut tertukar dengan kereta lain.

Kemain macam nak makan 10 orang.

Pukul 10 malam baru kami dapat berehat di bilik hotel. Such a long day, kata orang kampung saya. Awalnya cuak jugak nak menginap di hotel Perdana disebabkan kes seorang lelaki menyorok dalam almari sebelum guest masuk baru-baru ini. Tapi kita tawakkal sahaja mudah-mudahan insiden tersebut tidak berulang lagi.

Kena scan sekitar bilik hotel dahulu.

Sepanjang hari pertama hubby busy dengan program Coop Bank. Maka sebagai isteri mithali saya buat hal sendiri. Usai sarapan saya keluar menziarahi saudara di Kg China. Disebabkan hubby busy maka kita jadi wakil pergi berziarah. Biasanya kami akan berjumpa di gerai jualannya sambil menjamu selera nasi dagang.

 Depan gerai Kak Yah.

Lepas makan saya dan Kak Yah ke rumah sepupu hubby yang lain pula. 

“Kak Dah rasa nak makan kuetiew yang ada tiak jagung tu la…”  Okay jom. Kami ke AEON Mall Lembah Sireh. Sambil jalan-jalan kami singgah makan di Restoran Jonny’s yang ada jual kuetiew tiak jagung.

Snap tempat parking dulu takut sesat tak jumpa kereta nanti.

Kak Dah (kakak)  & Kak Yah (adik) dengan kuetiew goreng tiak jagung.

Usai makan saya hantar mereka ke rumah masing-masing sebelum ke hotel semula. Lepas hubby habis program saya keluar lagi. Kali ini teman hubby ambik angin sekitar bandar KB pulak. 

Dataran Rehal KB

Pintu gerbang KB. Abaikan filter terlajak itu.

Tambatan di Raja.

Oh... sungai Kelantan.

Lepas menikmati ‘keindahan’ sungai Kelantan kami melepaskan lelah di sebuah kafe tepi sungai. Namanya Kafe Tak Ada Nama, ala- ala kafe hipster. Mulanya nak order teh tarik tapi mengingatkan rupa air sungai Kelantan tadi terus mati selera saya. Lepas tu nak cuba menu Air Tak Ada Nama tapi bila tanya ingredient dia macam pelik pulak. Depa letak cili hiris dalam air… takut pulak perut saya meragam nanti.πŸ˜† Akhirnya saya order air bandung sahaja.

Tempat duduk...meja dua tingkat.


Sirap bandung tapi too much colouring... habis merah jari makcik.

Sebelah malam hubby ajak sepupunya dinner kat Restoran Wau pulak. Lagi sekali saya keluar berjalan. Nampaknya hari ini memang hari berjalan saya. More than 20 000 steps recorded.

Ayam cheese lemon... ntah.. lupa dah nama menu.

Colek campur... Kelantan authentic.πŸ˜‹

Dua-dua beradik sepupu hubby

Usai makan kami balik ke hotel semula. Hubby ajak mengopi kat kafe hotel pulak. Ala-ala berdating gitu. Walau dah sangat kenyang makcik layankan saja sambil-sambil cuci mata tengok depa susun kek buat hiasan. Dalam pada perut dah kenyang  tu sempat lagi order air dan hirisan buah. Konon saja nak teman hubby mengopi. 



Cafe latte... plus buah

Esoknya usai sarapan kami check-out. Singgah lunch kat Restoran Yati Ayam Percik. Lepas tu jalan-jalan kat AEON Mall lagi sebab hubby nak cari T-shirt baru. Kemudian kami ke Bazaar Tengku Anis cari baju batik pulak. Lepas setel baju batik kami pi cari keropok dan sambal daging sebelum ke airport untuk flight pukul 6 petang.

Laicikang for me.

Muka puas hati dapat nasi kerabu ayam percik.

Hubby ambik flight MAS business class, maka dapatlah makcik merasa depa serve makanan beserta air panas walaupun flight KB-KL hanya memakan masa 45 minit sahaja. Belum sempat makanan turun ke perut kita dah turun dari kapalterbang.😁

Depa serve ala-ala yong tau fu.

“Apa salahnya sekali-sekala belanja bini naik flight business class….” Gitu.😊

No comments:

Open house selagi Syawal (Part 2)

“Mas, free tak harini? Jom teman Kak Zai pergi beraya.” Bila ada teman seperjuangan ajak beraya, haruslah kita terima dengan tangan terbuka....