Sunday 26 November 2017

Hati-hati, mata-mata

Bermula hari Isnin Nina dok komplen kurang sihat. Badan panas. Saya bagi makan panadol. Kebah elok. Hari Selasa dah nampak macam okay so kami keluar pi makan Nandos. Apa tah yang best sangat cik mek tu asyik dok ulang-ulang minta ayam peri-peri tu. Lepas makan tu konon dah sihat tetiba malam tu temperature naik balik. Bertahan makan panadol hingga hari Rabu. Petang tu saya bawa pi Klinik dekat ngan rumah. Doktor kata tekaknya merah dan dia bagi antibiotik (Amoxicap) Tapi sebab tekaknya sangat perit tak dapat nak telan kapsul tu. Asyik tersangkut je kat tekak. So saya buka sarung kapsul tu tuang debu ubat dalam cawan. Pastu kacau ngan air masak, suruh je dia minum macam telan jamu. Tak tahulah apa rasanya. 

Hari Khamis  suhu badannya naik mendadak. Adoyai...nampaknya kena pi Ampang Puteri jugak la. Dah macam saka pulak setiap kali sakit penyudahnya kena end-up kat Ampang Puteri. Seperti biasa servis kat spital ni laju je, lepas tu sedaplah depa caj gila-gila. Oleh kerana demam dah masuk 4 hari tak kebah-kebah maka doktor terus ambik darah sebab suspek denggi. Kena tunggu lebih kurang satu jam sebelum dapat keputusan ujian darah. Biasanya saya pi jalan-jalan, makan-makan sekejap sementara tunggu keputusan ujian darah tu. Tapi disebabkan Nina nampak lembik tak larat sangat maka duduklah kami kat dayward sementara menunggu keputusan ujian darah. Maka caj spital pun bermulalah detik per detik.  Doktor bagi ubat untuk turunkan suhu badan.
Pelik pulak pasaipa doc bagi ubat ni....hmm!!!



Alhamdulillah tiada virus denggi. So doktor discharge dengan bekalan ubat dan bil hospital yang agak lumayan. Sabo jelah swipe bank card hubby.... Doktor bagi ubat antibiotik baru. Disebabkan budak perasan baby tu tak larat nak telan ubat kapsul so doktor bagi ubat air. Kena bancuh dengan air sebelum minum ikut sukatan. 

Tak semena-mena esoknya membekak pulak sebelah biji mata. Maka pada hari Sabtu sekali lagi kami menapak ke Ampang puteri sebab kata hubby mata bengkak sekarang ini jangan diambil mudah. Kang buta kang susah pulak. Adoyai...... macam-macam sungguhlah cik mek nih.

Doktor cuci mata dan letak cream penuh mata. Seriau betul tengok masa dia dok proses. Alhamdulillah katanya hanya virus biasa. Tapi kalau datang lewat mungkin kena warded. Haih... mudah sangat nak warded bagai. Macamlah sakit tenat. Doktor bekalkan ubat krim dan titis setiap 3 jam selama 2 hari.
Ubat mata kena titiskan setiap 3 jam
Ubat sakit tekak. sembur je bila perlu....

Hari Selasa kami ke Ampang Puteri lagi untuk final check-up. Dah macam orang nak beranak pulak asyik ulang-alik hospital. Alhamdulillah, berkat kesabaran setiap ahli rumah, semuanya kembali seperti sedia kala selepas lebih seminggu baby tu demam tak demam, demam tak demam.

Cakap-cakap:
  • Nina demam sebab virus sakit mata tu nak keluar, antibodi tak kuat..... 
  • Nina sakit mata sebab salah makan antibiotik, side effect antibiotik..... 
  • Nina sakit mata sebab pakai make-up, side effect bahan kimia.....
  • Nina sakit sebab makan ramen.....
  • Nina sakit sebab kafarah dosa.....
Apa-apa pun semua cakap-cakap itu ada betulnya sebab Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia..... 


*****

PS: Dah banyak kali pesan jangan makan ramen, asyik ingkar je. Lepas ni kalau dapat penyakit lagi malas dah nak layan.


No comments:

60 Days In UK: Rumah Sewa 4

Jumaat, 15hb Mac 2024 Hari ini dah masuk hari ke-44 kami berada di bumi bertuah ini. Kalau ikut orang bersalin, masa ni dah habis tempoh ber...