Tuesday, 21 November 2017

Alahai bunga ros.....

Semalam secara rasminya cuti sekolah akhir tahun bermula. Walaupun secara rasminya saya masih seorang staf sehingga pertengahan bulan Disember tapi sebab dah mohon berhenti semua tugasan telah disusun tanpa melibatkan saya. Alhamdulillah, jutaan terimakasih kepada Puan Pengetua. Maka bermula lah kehidupan saya sebagai cikgu pencen walaupun belum sampai umur pencen lagi.🙂🙂

Semalam lepas subuh ikut hubby pi USIM. Lepas drop hubby kat fakulti saya dan Nina meneruskan agenda kami berdua. (perincian: to be updated later). Mula-mula sekali kena upgrade rumah Nilai, lepas tu uruskan perihal pertukaran sekolah Nina kat PPD Seremban. Lepas tu jalan-jalan survey sekolah kat Nilai. Sementara tunggu hubby habis kelas petang saya setelkan urusan repair bilik air kat rumah Nilai. By pukul 5.15 petang gi jemput hubby sebelum meneruskan perjalanan balik Ampang. Sepatutnya singgah TBS otw balik sebab nak jemput Amin balik dari Matrik sempena cuti semester 1. Sepatutnya Amin tiba TBS kol 8 malam tapi delay pulak sebab bas persiaran tu terpaksa mengharungi jalan jam. So kami terus balik rumah dulu. Tiba di rumah by maghrib. Sempat dinner dan rehat sekejap. Pukul 9.15 malam keluar semula ambik Amin kat LRT Sri Rampai. Hmm.... such a long day. 

So hari ni tak payah ikut hubby pi USIM sebab saya nak setelkan hal-hal rumah sini pulak. Apa lagi.... first thing first mestilah membelai pokok-pokok bunga ros dulu. Lepas babai hubby pagi tadi terus melawat kawasan. Saya hanya ada 6 pasu pokok bunga ros pelbagai warna. Tapi macam tak berdaya je nak menjaganya. Kebanyakannya dah nazak seakan ingin meninggalkan saya. Daun-daun banyak yang dah kuning dan bertompok hitam. Kudup bunga pun macam dah merajuk tak nak kembang lagi. Kesian depa.....
Ros kuning
Ros purple 
Ros merah 
Ros purple 
Ros oren

Hanya ini yang masih bertahan.

Walaupun daun dah bertompok-tompok hitam 3 ketul ni tapi masih bertahan menceriakan hari saya.



Sungguh bagai dikata, bunga ros sangat manja. 
  • Daunnya tidak boleh terlalu basah dan terlalu kering. Masa paling sesuai untuk siraman ialah di waktu pagi dalam pukul 7-8 pagi supaya matahari yang keluar nanti akan mengeringkan daun pokok ros tu. Jadi takde lah daun-daun tu lembab dan berkulat. 
  • Kalau nak siram waktu petang pastikan tidak terkena daunnya. Siram pada sekeliling tanah sahaja. Malangnya saya pakai bantai je sembur guna paip air bila-bila masa nampak tanahnya kering. Kesian daun-daun tu sesak nafas menahan basah di malam hari.
  • Pada musim hujan kena letak pokok tu kat tempat teduh supaya daun tidak sentiasa basah dek  air hujan. Saya tidak serajin itu. Lagipun tak cukup kudrat untuk mengangkat pasu-pasu bunga yang berat tu...huhu. Makanya semusim hujan ini berkulat dan bertompoklah dedaunan pokok rosku menghadapi dugaan hidup. 
  • Letak baja setiap minggu.
  • Gembur tanah selalu dan salin pasu pabila akar dah memenuhi dasar pasu. 
*Kejap lagi nak keluar gi cari racun untuk basmi fungal/kulat kat daun-daun tu. Lepas tu nak cari pasu plastik untuk salin semula pokok-pokok tu supaya ringan dan mudah nak angkat ke tempat teduh waktu musim hujan nanti. Lepas tu nak tambah pokok-pokok lagi.... Lepas tu nak setelkan taman herba kat belakang rumah. Lepas tu nak tanam pokok cili, pudina dan lain-lain. Lepas tu.....hmm .....entah jadi entah tidak. Berangan je lebih.*



PS: Mudah-mudahan selepas ini pokok-pokok ros itu akan mendapat sentuhan istimewa saya. Mudah-mudahan juga depa panjang umur. Mudah-mudahan saya juga panjang umur untuk melihat warna hijau hasil jari-jari ini. Walaupun saya bukanlah seorang green finger.....



No comments:

Peghelih ke Ampang.

"Umi.... Nina boleh cuti awal dua minggu start hari Jumaat." Maka seawal pagi hari Khamis 8 November 2018 lepas kami turun da...