Friday 29 January 2016

Win some loose some.....

Dah masuk kali kedua hubby masuk wad sebab masalah batu karang. Kali pertama dulu dah buat laser untuk keluarkan batu tu. Rasanya dah lebih 5 tahun lepas. Betul lah mengikut pengalaman orang lain sekali batu itu wujud, walau sudah dibuang sisanya tetap ada. Dan sisa tu akan crystalise (apatah word Melayu dia) semula selepas beberapa ketika. Mungkin sebab tabiat pemakanan dan juga gaya hidup.

Masa first time hubby warded dulu saya tidak temankan di wad. Masa tu anak-anak kecik lagi. Saya cuma datang temankan hubby semasa anak-anak pi sekolah sahaja. Malam terpaksa temankan anak-anak pulak. Tapi kali kedua ini kebetulan cuti sekolah dan anak-anak pun dah besar, so boleh lah saya full time jadi nurse kat wad tu. Siap berkampung penuh wad. Kebetulan pula wad kat APSH tu baru renovate so agak selesa juga untuk anak-anak sama-sama menemani sambil bagi moral support untuk ayah tersayang.
Hubby terkena serangan masa balik KB, temankan anak bujangku buat research pasal Masjid Kampung Laut hari tu. Masa tu masih boleh bertahan lagi. Sempat balik Nilai dan ambik painkiller kat Nilai Medical Centre. Tapi macam tak berkesan. Apabila serangan makin kuat anak bujangku terpaksa drive hubby straight gi APSH. Saja pilih spital tu sebab semua rekod dah ada kat sana sejak buat operation pertama kali dulu. Sampai saja terus pergi ke Accident and Emergency. Waktu tu baru pukul 8 pagi. Terus masuk dayward. Doktor cucuk ubat tahan sakit. Lepas tu terus buat CT scan. Berdasakan keputusan CT scan tu doktor decide untuk buat laser esoknya. Sementara tunggu masuk wad, kena stay kat dayward dulu dan bertahan dengan painkiller. Entah kenapa proses nak masuk wad mengambil masa yang sangat lama. Katanya wad penuh. So terpaksa tunggu bilik kosong. Kena tunggu patient discharge dulu. Nak discharge kena tunggu setel bill dulu. Nak setel bill kena konfem dengan pihak insuran dulu. Sabar je lah. Alhamdulillah painkiller sangat berkesan. Jadi sementara menunggu tu kami sempat gi makan tengahari, lepas tu minum petang. Akhirnya dalam pukul 6 petang baru boleh masuk wad.
Wad di tingkat 5 jadi boleh lah juga melepaskan pandangan keluar jendela sambil menikmati pemandangan Bandar Ampang yang pesat membangun. Nampak kawasan Ampang yang terkenal dengan trafik jam tak kira masa. Paling teruk masa waktu puncak orang pergi dan balik kerja. 
Masa kat dayward lagi nurse dah cuba cari urat untuk pasang jarum sebab nak terus ready untuk masuk drip nanti. Kena pulak nurse lelaki. Nampak macam nurse pelatih. Macamana tah dia godek cari urat tak jumpa-jumpa sampai bengkak tangan hubby yang sebelah kanan tu. Kenapa tah dia pi godek tangan kanan. Seingat saya beberapa kali saya masuk wad depa akan cucuk tangan kiri. Rasanya tak pernah lagi dengar nurse kat hospital swasta tak pandai cari urat. 
Tangan kanan yang dah lebam. 
Akhirnya depa cari kat tangan kiri pulak. Alhamdulillah akhirnya ada lady nurse dapat buat dengan baik kat tangan kiri. So kol 12 malam tu hubby mula puasa sehingga tiba waktu operation esoknya. Tak boleh makan dan minum. Hanya bertahan dengan drip sahaja. Janji nak operate waktu pagi. Tunggu punya tunggu akhirnya dalam pukul 12.30 tengahari baru depa tolak hubby pi bilik bedah. 
Suspen pulak saya dok menunggu katil kosong kat wad ni.

Alhamdulillah selepas lebih 2 jam menungu hubby ditolak masuk ke wad semula. Masa pertama kali dulu doktor tunjuk rupa bentuk batu yang dilaser tu. Ada beberapa biji kecik-kecik warna putih. Depa letak dalam botol yang biasa kita letak sampel urine tu. Tak pasti pulak apa jenis batu tu. Tapi kali ini tak ada pulak doktor tunjuk apa-apa bahan bukti mengesahkan operation tu dah berjaya. Entah lah...agaknya depa dah ubah procedure kot. Biasanya saya selalu sibuk tanya itu ini. Tapi menghormati perangai hubby yang tak suka kecoh-kecoh saya diamkan saja niat nak menyibuk itu. Asalkan hubby sihat sudah. Esoknya hubby dah boleh bangun dan mula sibuk nak siapkan kerja yang banyak terbengkalai.
Prof in action sementara menunggu doktor buat ward round.
Lama pulak doktor ni dok berborak. 
Breakfast...bubur nasi.
Lunch...bubur nasi. Malam pun bubur nasi...Hmm

Tiga hari dua malam kami berkampung kat wad. Seperti biasa doktor kata boleh keluar pagi esoknya selepas depa buat ward round. Dan seperti biasa juga kami kena tunggu process discharge yang lama. Nak discharge kena tunggu setel bill dulu. Nak setel bill kena konfem dengan pihak insuran dulu. Sementara menunggu tu kami sempat gi makan tengahari, lepas tu minum petang. Akhirnya dalam pukul 6 petang baru boleh keluar wad. Sampai rumah dah gelap. Hmm....Sabar je lah.
Masalahnya sekarang selepas sebulan buat laser hari tu tiba-tiba hubby sakit semula. Pergi hospital lagi. Buat CT scan lagi. Doktor kata ada batu lagi. Kali ni ada kat dua-dua belah kidney pulak. Isk.....isk..... apa la yang depa buat masa kata buat laser dulu. Sesuatu yang saya sendiri pun tak ada jawapan. Yang pasti setiap kali pi hospital setiap kali juga la kami terpaksa menyediakan bajet yang agak lumayan. Kali ni depa buat shockwave pulak. Tapi tak cukup kuat untuk pecahkan batu sebab masalah komunikasi doktor ngan nurse. Seminggu lepas tu depa buat shockwave kali kedua pulak, dengan kelajuan yang lebih tinggi. Lepas tu kena follow up minggu seterusnya.  Kalau perlu kena buat CT scan lagi. lepas tu kena shockwave lagi. Adus..... biar betul. Tetiba pulak saya rasa sesuatu yang tak kena dengan perkhidmatan kat spital ni. Adoyai... Malas pulak nak cerita pepanjang. 

PS : Hanya mampu berdoa agar semuanya berkesudahan dengan baik.

1 comment:

Nurul Aini Mohd Noor said...

Allahu kesiannya kena sakit berulang. Semoga suami cepat sembuh dan puan juga diberikan kesihatan yang baik. :-)

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...