Sunday 3 January 2016

Cuci gigi. Cabut gigi. Tampal Gigi

Terkenang-kenang zaman tinggal kat Taman Batu dulu. Seronok sebab semuanya within reach. Masa tu saya tak boleh drive lagi. Lesen memandu dah ada tapi confidence belum ada. Tambah pulak kereta pun belum ada. Alhamdulillah semuanya dekat. Macam-macam ada. Klinik mata, klinik gigi, klinik biasa, kedai runcit, pasar mini, restoran, pasar minggu, pasar malam, padang permainan dan sebagainya. Semuanya boleh sampai dengan berjalan kaki sahaja.

Tapi sekarang ni semua benda rasa jauh. Kalau tak ada transport memang kering je lah duduk rumah. Nak keluar berjalan pun cuak sebab kawasan ni banyak anjing berkeliaran. Kekadang rasa macam terpenjara di rumah sendiri. Mujur jugak la ada tanah sekangkang kera tu untuk berkebun dan bercucuk tanam bila keboringan mencapai tahap maksimum. Jiran-jiran pun agaknya macam saya juga. Sibuk dengan hal sendiri. Cuma hai-hai bye-bye bila selisih tengah jalan atau kebetulan bertembung masa keluar dan balik kerja.

"Sakit gigi la umi..."  

Dah beberapa hari Nina mengadu. Rupa-rupa gigi geraham kekal dok bersaing berebut cari ruang untuk tumbuh bersebelahan dengan gigi geraham susu. Dah jadi dua lapis lah pulak. Gigi susu yang lain semua dah tanggal dulu sebelum keluar gigi kekal. Tinggal gigi susu yang paling bongsu tu degil sikit tak mau tanggal. Akibatnya gigi kekal tu terpaksa keluar di celah-celah ruang gusi yang sempit. Sebab tu jadi sakit. Biasanya sayalah yang ambik peranan jadi dentist bila anak-anak sakit gigi. Tapi sebab gigi susu tu masih kuat so saya tak berani nak cabut secara paksa.  

So terpaksa lah cari klinik gigi dengan segera. So saya call je beberapa klinik gigi di sekitar Ampang Gombak ni. Tapi kebanyakannya fully booked. Walk-in pun boleh tapi ikut nasib lah kadang-kadang dah penuh juga sebab musim dekat-dekat nak buka sekolah ni ramai orang pi upgrade gigi. Alhamdulillah akhirnya jumpa lah satu klinik kat Wangsa Maju sanggup terima appointment walaupun agak lewat.  

Gigi Nina semuanya okay kecuali ada satu batang gigi geraham yang baru nak berlubang. So doktor nasihatkan tampal je terus sebelum dia betul-betul berlubang. Lepas tu doktor cuci segala kares gigi yang ada dan cabut gigi susu yang degil tu. Susunan gigi geraham tu agak senget tapi dalam jangkamasa tertentu Insya Allah ia akan betul sendiri kalau Nina rajin tolak-tolakkan ia dengan lidah. 

Saya juga mengambil peluang mencuci gigi sempena menyambut tahun baru ini. Tak ingat dah bila last saya pi dentist. Alhamdulillah gigi yang Allah kurniakan ini masih kekal sihat hasil penjagaan separa rapi. Yang penting jangan guna pencungkil gigi dan pastikan guna dental floss setiap kali sebelum tidur.

"Jangan lupa jumpa dentist setiap 6 bulan sekali....." pesan doktor gigi tu dengan ramah selepas selesai semua urusan.

Saya hanya tersenyum mempamirkan gigi yang baru dibersihkan. Itulah juga pesanan doktor gigi saya sebelum ini, yang saya dah tak ingat bila last saya jumpa dia, yang dah bertahun gamaknya..... hmm.


No comments:

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...