Sabtu 13th Disember 2025
Semalam hubby ada program Home Coming apa ntah. Depa buat di Hotel Impiana KLCC. Saya malas nak tahu details. Bila hubby ajak teman bermalam, kita follow sahaja tanpa banyak bunyi. Penganjur tak sediakan penginapan sebab program dijadualkan habis pukul 10:00 malam. Tapi hubby booking satu bilik untuk berehat sebab malas nak balik rumah malam-malam.
Kami gerak dari rumah dalam pukul 3:00 petang terus ke hotel. Alhamdulillah dapat parking dengan mudah walau laluan ke tempat parking agak sempit dan berliku.
Kami dapat bilik di tingkat 13. Sepatutnya mengadap KLCC, tapi dilindungi oleh bangunan lain yang lebih tinggi. Kita pasrah sahaja.
![]() |
| Pemandangan di luar jendela bilik. |
Saya tidak bercadang untuk ke mana-mana. Lepas check-in saya cuma nak berehat lepak-lepak dalam bilik hotel sementara menunggu hubby habis program. Nak keluar cari makan pun malas. Lagi pun di luar hujan lebat. So kita ambik room service sahaja.
![]() |
| Hujan lebat pulak. |
![]() |
| Spaghetti bolognese for makcik dan nasi goreng for hubby. |
Esok paginya kami plan untuk keluar berjogging di Taman KLCC. Tapi tiba-tiba rasa malas pulak. Cuaca pulak sangat nyaman so, lepas subuh kita sambung masuk bawah selimut semula.
Pukul 9:30 pagi baru kami turun untuk sarapan di kafe hotel. Dan seperti biasa saya akan ambik fruits & salad diikuti oleh bubur nasi. Kami duduk melepak di meja makan lebih satu jam. Rasanya belum pernah lagi kami nikmati suasana santai begini. Biasanya jika mengikut hubby ke program sebelum ini saya akan duduk sorang-sorang (me-time) dan hubby akan sambung dengan program sesi seterusnya.
![]() |
| Fruits & Salad untuk makcik. |
![]() |
| Bubur nasi untuk makcik. |
![]() |
| Kuetiau sup udang, juga untuk makcik. |
Usai sarapan kami keluar jalan-jalan sekitar hotel. Kemudian kami naik bridge cross jalan ke kawasan Taman KLCC. Kebetulan musim cuti sekolah, ramai pulak pengunjung yang datang dari jauh dan dekat. Walau rumah kami dekat dengan KL jarang sangat makcik menikmati keindahan kota raya di tempat sendiri. So, ayuhlah kita ambik peluang yang datang sekali sekala begini.
![]() |
| Sentiasa teruja melihat Petronas Twin Tower KLCC. |
![]() |
| Ramai beratur untuk melawat Aquaria. |
![]() |
| Duduk di tingkap pun jadi. |
Done jalan-jalan, ayuhlah kita check-out dan balik rumah. Seindah mana pun tempat yang dituju tetaplah nak balik rumah. Home sweet home. 🥰
Semoga Allah mudahkan urusan dan diberi kesihatan yang baik untuk hari-hari mendatang. Aamiin.🌹
Sekian.😊

















































