Setahun selepas kereta Unser ini diberi nafas baru, tetiba tersadai semula bila hubby masuk kerja full time di KUPTM. Nak harapkan saya memang tak boleh harap la sebab dah malas nak handle kereta manual. Maka selepas hubby tamat tempoh perkhidmatan selama setahun, (Jun 2023) kami ulangi proses baik pulih kereta Unser seperti sebelum ini. Alhamdulillah kali ini tiada servis major yang diperlukan dan bateri kereta pun masih berfungsi. Kami cuma bawa pergi basuh, isi minyak dan pam tayar.
 |
Seperti biasa, isi minyak di Petron tepi rumah. |
 |
Kesan over-use melampau… |
 |
Pam tayar. |
 |
Banyak kesan karat dek terbiar berpanas, berhujan. |
 |
Masih gagah. |
{Cerita baik pulih sebelum ini boleh baca sini}
Namun, cerita lama berulang kembali. Kereta bertuah itu tersadai lagi hampir setahun dek kesibukan tuan empunya yang tak kira masa.
“Kita jual lah kalau ada orang nak beli…” Demikianlah plan terakhir… namun Unser itu tersadai lagi untuk kesekian kalinya sehinggalah hubby bulatkan tekad walau apa pun terjadi kami kena buat sesuatu daripada membiarkan ianya tersadai umpama besi buruk.
Maka pada suatu hari yang indah, (selepas asyik tersadai dan terbiar) hubby terus hubungi ‘penarik/pembeli’ kereta lama/terpakai daripada kad yang depa selitkan di cermin kereta. Hubby pun tak kisah berapa depa sanggup bayar asalkan ada orang sanggup menerima kereta yang telah berjasa selama lebih 20 tahun. Hubby terus buat temujanji dan depa datang dengan bateri spare. Lepas a little chit chat hubby serahkan geran dan kunci, depa start enjin dan bawa kereta pergi. Maka pada 24hb Februari 2025, kami berpisah secara rasmi. Dan depa bayar/transfer RM2000 sebagai saguhati.
 |
Body Unser masih mantap. |
 |
Driver’s seat… menjadi kenangan sepanjang jalan. |
 |
Tempat anak-anak menuju kehidupan… |
 |
Geran dan kunci bertukar tangan. |
 |
Lambaian terakhir…semoga berbahagia di tempat baru. |
Selepas sebulan, kami ke JPJ Wilayah Persekutuan di Setapak untuk proses tukar hak milik kenderaan. Sampai sahaja ke JPJ, kami terus parking, naik tangga ke Pintu 2, ambik dan isi borang pertukaran hak milik kenderaan kemudian ambik nombor giliran.
 |
Isi borang dulu. |
Servisnya sangat laju. Dalam setengah jam sahaja semua urusan siap. Dan pada hari Rabu, 26hb Mac 2025 secara rasminya Unserku menjadi milik orang. Semoga pemilik baru ini akan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Aamiin.🌹
(Dalam ingatan: 17/5/2004 - 24/2/2025 ❤)
Sekian.😊