Tuesday 16 April 2019

Kenduri, kenduri, kenduri.

Hampir setiap minggu ada jemputan kenduri kahwin dari kalangan sahabat dan kawan-kawan hubby. Memandangkan hubby selalu keluar kawasan dihujung minggu jadi banyaklah undangan yang terpaksa dimohon izin untuk tidak hadir. Bagi pihak saya sendiri selagi ada ruang dan peluang serta keizinan suami, saya akan cuba hadirkan diri sebagai wakil. Lagipun masa kenduri inilah peluang untuk bertemu mata dengan kawan-kawan.

Alhamdulillah ruang persahabatan sentiasa terbuka. Walaupun hubby keluar kawasan, dengan izinnya saya masih berpeluang makan kenduri dengan jiran rapat. Special treatment pulak tu. Siap ada chauffer ambik dan hantar depan rumah. (Hihi... terimakasih kak Zai sudi bersusah senang bersama.💖)

Pada 23hb Februari 2019 kami memulakan visi ke Kajang untuk kenduri kahwin anak tunggal mantan Pengetua al-Amin, merangkap ex-boss saya. Pabila ex-boss sendiri menjemput haruslah kita tunaikan. Depa buat di Bizmilla Hall, Ostia Kajang. Alhamdulillah, walaupun jemputan sebelah malam kami harungi perjalanan dengan tenang. Dan seperti biasa, majlis kahwin bukan setakat makan kenduri tapi juga masa untuk bertemu mesra dengan kawan-kawan dan sahabat yang jarang dapat bersua.

Sahabat guru, kak Ros (dah pencen juga) dan Kak Zai, merangkap jiran setaman.

YB Fuziah Salleh dan Kak Mar, setelah hampir 30 tahun tidak bersua.

Pengantin yang manis jelita.

The proud Mummy and Daddy. 

Alhamdulillah kami gerak lepas solat Maghrib dan tiba ke rumah semula dalam pukul 10.30 malam. Tak sangka pulak jalan MRR2 agak lancar. Sungguh, rezeki Allah datang dalam berbagai cara.

Sebulan selepas itu, pada 23hb Mac 2019 kami memulakan misi lagi. Kebetulan hubby kena keluar kawasan juga maka saya dan kak Zai berdua-duaan lagi. Kali ini kami dapat jemputan untuk tiga majlis sekali gus. Jadi terpaksalah buat planning yang baik. Kebetulan ketiga-tiga majlis berdekatan sahaja memudahkan urusan perjalanan kami. 

Walaupun majlis bermula seawal jam 11.00 pagi, kami gerak selepas zohor sebab nak elakkan keadaan penuh sesak pada waktu tengahari. Destinasi pertama adalah ke Setiawangsa. Depa buat di dewan Sri Iskandar. 

Pengantin perempuan yang cantik menawan juga ex-student al-Amin.

Seperti biasa reunion dengan cikgu-cikgu al-Amin

Setelah puas bertemu mata, kami ke destinasi seterusnya di Masjid Usamah, Wangsa Maju. Kedua-dua mempelai juga ex-student al-Amin. Saya dah kenal mak pengantin lelaki sejak dari zaman bujang lagi. Pengantin tu pun saya pernah dukung masa dia masih baby dahulu. Kiranya macam kenalan rapat juga walaupun tidak selalu berjumpa.

Mak pengantin yang maintain cun.

Mempelai dua sejoli

Reunion lagi, dengan ex-London sisters.

Masa kat London dulu saya agak rapat dengan kakak-kakak seniors. Melalui susah senang di tempat orang membuatkan kami macam adik beradik. Bila dah balik Malaysia, masing-masing dah sibuk maka di majlis kahwin beginilah tautan ukhuwah tu mekar semula. Alhamdulillah ada yang sanggup datang dari Johor semata-mata untuk turut sama memeriahkan majlis sahabat. Walaupun belum puas beramah mesra terpaksa minta diri untuk ke destinasi seterusnya di Taman Melawati pulak.

Masa kami tiba di Taman Melawati dah lepas pukul 4.00 petang. Sepatutnya masa kenduri dah tamat tapi pengantin yang juga ex-student al-Amin, bermurah hati melayan cikgu. Kebetulan sahabat-sahabat mereka masih ada ramai yang belum beransur, maka saya dan kak Zai turut duduk sama bersembang. Betul lah kata orang, yang terbaik biasanya tiba lewat. Sungguh, walaupun dah lewat kami dapat layanan first class. Boleh makan dan bergambar dengan tenang. Sukahati je buat perangai  bergambar macam orang muda.

Berangan di meja bersantap.

Teruja dengan dekorasi dewan.

Ex-al Amin batch G4 Squared.

Merpati dua sejoli.

Ex-students

Mak pengantin perempuan.

Alhamdulillah kami dapat memenuhi undangan seperti yang dirancang. Awalnya rasa macam tak cukup masa tapi dengan perancangan dan niat yang baik ruang rezeki sentiasa terbuka. 

Minggu seterusnya pada 31 Mac 2019, kami ke Masjid Salahuddin, Taman Melati menghadiri kenduri kahwin adik lelaki kepada sahabat guru. Disebabkan hanya satu majlis sahaja, maka kami tak tergesa-gesa, hanya duduk makan dan bersembang dengan rakan guru yang duduk semeja sahaja. Asyik berborak hingga terlupa nak ambik gambar dengan pengantin. 

Kakak kepada pengantin lelaki: berdiri tudung hitam.

PS: Apa-apa pun, majlis kahwin adalah majlis bertemu sahabat handai. Bertambah-tambahlah pahala tuan punya majlis yang memberi peluang menghubungkan silaturahim sesama sahabat. Terima kasih kepada semua tuan rumah yang sudi menjemput kami.

No comments:

LebaRun (Selamat Berlari Raya)

Bila anak no-2 ajak berlari sempena KL Car Free , laju je makcik-pakcik pencen bersetuju, semua expenses paid (by her). Penganjur caj RM50 s...