Friday 1 April 2016

Mangga mangga mangga...

Petang tadi lepas siap masak, lama saya dok merenung pohon mangga siam kat belakang rumah ni. Dah lebih tiga tahun umurnya tapi masih belum nampak tanda-tanda nak berbuah. Daun je lebat menghijau. Mengikut kata ayah saya, kalau pokok mangga buat perangai macam tu maksudnya mabuk daun. Sebab tu tak berbuah. Salah saya juga kot sebab masa pokok tu mula tumbuh dulu dia naik tinggi kurus meleding. So saya potong bahagian pucuk. Lepas tu lama baru dia mula keluar dahan dan pucuk halus-halus. Comel je nampak pucuk tapi asyik kena makan dek ulat. Bila saya petik pucuk tu bau dia ada iras-iras pucuk putat (buah gajus). Lepas tu daun dia mula lebat dan menghijau dan memberi teduhan dan suasana sejuk di belakang rumah saya. 

"Nanti kita beli buai letak kat bawah pokok tu..."

Akibatnya kawasan sepanjang tembok tempat tanaman rencah dapur saya tidak mendapat cahaya matahari yang sewajarnya. Pokok-pokok daun kari, limau purut, serai dan limau nipis dah mula terjejas. Pokok betik pun terpaksa bersaing sampai bengkok batangnya mencari punca cahaya. Hanya pokok pandan yang segar bugar dibawah teduhan. Nampaknya terpaksa usahakan tapak baru lah pulak.
Deretan rencah dapur mula kurang segar.
Berlainan dengan pokok mangga epal nan sebatang ni. Walaupun sebaya dan seusia mangga siam tu dia dah mula berbunga  dan berbuah sebaik mencapai usia 3 tahun. Alhamdulillah makin lama makin galak berbuah. 
Pelik pulak bila ianya hanya berbuah di dahan bahagian bawah sahaja.  
Buah bersaiz besar dan berat hingga melewati paras tanah.

Alhamdulillah setakat ini hasil alam yang sedikit ini telah dapat dikongsi dengan saudara dan sahabat handai serta jiran terdekat.

No comments:

60 Days In UK: Rumah Sewa 4

Jumaat, 15hb Mac 2024 Hari ini dah masuk hari ke-44 kami berada di bumi bertuah ini. Kalau ikut orang bersalin, masa ni dah habis tempoh ber...