Baru-baru ini saya dan hubby ke Sogo, KL. Dah lama tak ke sana tiba-tiba terasa nak membeli-belah. Tak perasan pulak waktu cuti sekolah, maka tersibuk lah kami menyesakkan suasana. Kebetulan pulak pada hari itu rakyat Malaysia bercuti sempena hari Keputeraan YDPA maka ramailah rakyat jelata membanjiri ibukota Metropolitan kita.
Seperti biasa, hubby akan keluar awal pagi supaya dapat tempat parking yang strategik. Kami tiba dalam pukul 9:00 pagi dan singgah sarapan nasi lemak di Bungkus Kaw-Kaw, Sogo Level LG sementara menunggu pasaraya dibuka.
![]() |
Lucky draw... tapi tak draw pun. |
![]() |
Sarapan dulu. |
![]() |
Menunggu pasaraya dibuka. |
Usai membeli-belah, kami keluar jalan-jalan di luar bangunan Sogo dan sambung makan di Restoran Insaf pulak. Saya order roti canai dan jus tembikai. Kemudian kami tapau nasi padang di Restoran Capitol, KL sebelum balik rumah.
Dan beberapa hari lepas saya datang ke Sogo lagi bersama sahabat sekerja. Kali ini saya cuma jalan-jalan santai menemani beliau bershopping dan makan-makan sambil update kehidupan.
![]() |
Nasi padang @ Food Garden tingkat 6. |
![]() |
Done shopping. |
Begitulah, setelah sekian lama tidak menjengah ke Sogo, mungkin selepas ini akan menjadi destinasi baru dalam senarai tempat pencen.
Sekian.😊