Saturday, 29 July 2023

Bawal putih masak lemak cili api dengan mangga epal.

Hari ini hubby ada program gi UM dari pagi hingga tengahari. Maka duduklah cik puan di rumah seorang diri sambil me-time gitu. Sambil tu kita fikir-fikirkan apa menu untuk makan tengahari. Bila dah tinggal berdua ni, saya selalu masak yang simple sahaja. Kebetulan semalam dah masak ayam, hari ini kita buat menu ikan pulak. Maka kita datangkan bawal masak lemak cili api dengan buah mangga epal resepi campak-campak.

  • 2 ekor ikan bawal putih
  • Sebiji mangga epal muda (dari pokok tepi rumah)*
  • Cili api (merah dan hijau) diketuk
  • Sebatang serai, ketuk jugak
  • Sehelai daun kunyit dikoyak-koyak sahaja
  • Bawang besar (belah 4)

Masukkan semua bahan ke dalam periuk, masukkan santan dan jerang atas api sederhana. Bila menggelegak, masukkan garam secukup rasa. Tak perlu masukkan asam sebab mangga epal tu dah cukup memberikan rasa masam. Biar hingga ikan masak… (dalam 5 minit). Tutup api. Siap. 

Bawal masak lemak cili api dengan mangga epal. 

*Sebenarnya mangga epal tu adalah dari saki-baki pokok mangga yang sudah ditebang haritu. Cerita tebang  pokok boleh baca di bawah: 

https://umminina.blogspot.com/2023/07/tebang-pokok-mangga-tepi-rumah.html

Sekian. 😊

Thursday, 27 July 2023

Tebang pokok mangga tepi rumah.

Dah lama saya dok berkira-kira nak tebang pokok mangga epal tepi rumah ini. Saya tanam sejak mula masuk rumah ni. Dah lebih 10 tahun usianya. Buahnya agak lumayan bila tiba musim buah tapi malangnya rasa buahnya sangat masam. Walaupun begitu buah mangga itu sentiasa menjadi tarikan gerombolan monyet yang datang bertandang. Biasanya buah mangga tu memang tak sempat masak. Depa main petik sahaja buah yang ada, bila rasa masam depa campak ke tanah berlonggok-longgok. Dan beberapa kali juga jiran bagi cadangan supaya saya tebang sahaja pokok ni dan tanam pokok baru.

Cerita asal keberadaan pokok ini, boleh baca di sini.

https://umminina.blogspot.com/2015/10/mangga-epal.html

https://umminina.blogspot.com/2014/05/mangga-epal.html

Setelah mengambil kira semua faktor dari segala segi maka saya cari/upah orang untuk tebang pokok yang penuh dengan memori suka duka. Sebelum rebah kita ambik gambar dulu buat kenangan.

Final shot sebelum rebah.

Tinggi melepasi bumbung rumah.

Dah ada bahagian batang/ranting yang mati dek penyakit dalaman gamaknya.

Pada hari yang dijanjikan, orang tebang pokok tu datang dalam pukul 9:15 pagi. By pukul 9:30 pagi dia dah mulakan kerja-kerja memotong ranting dan dahan kecil dari bahagian atas pokok. Lepas tu baru potong di bahagian bawah pulak. Kemudian dia kumpul semua dahan dan pisahkan bahagian daun, kumpul dan campak ke dalam lori. Akhir sekali baru dia potong batang/tunjang. Alhamdulillah semua kerja siap dalam masa dua jam sahaja.

Lengkap segala peralatan memotong.




Almost there.

Selori.

Done.

Terang benderang.

Sebelum ini pun saya dah pernah upah orang tebang pokok mangga belakang rumah. Depa caj RM750. Kali ini depa caj RM950, okaylah bila mengambil kira inflasi, kos sara hidup dan sebagainya. Saya bayar cash dari tabung yang ada. Lepas tu kita claim dari bos besar.

Cerita tebang pokok sebelum ini boleh baca di sini:

https://umminina.blogspot.com/2018/08/tebang-pokok-akhirnya.html

Hari ini apabila saya melihat kembali tunggul pokok mangga yang tinggal, terasa sesuatu jauh di sudut hati. Benarlah kata orang, bila sesuatu itu pergi dia membawa sekali sebahagian dari cerita hidup kita. Semoga yang baik-baik sahaja selepas ini.

Sekian. 😊

Sarapan @Melawati, Lunch @Putrajaya.

Sempena cuti awal Muharram 2023 haritu kami ambik kesempatan keluar awal pagi untuk berjogging di Taman Tasik Titiwangsa. Elok je dapat parking, tetiba hujan turun agak lebat, maka terpaksalah kami berpatah balik. Bila tak dapat jogging pandai pulak perut ni berkeroncong. Moh ler kita cari sarapan pulak. Dah alang-alang berada di area Titiwangsa kami buat lencongan cari sarapan di Kelate Kitchen, Setapak. Bila sampai sana, tutup pulak. Apa nak dikata, nasib malang asyik mengekori kami hari ini. Takpe… kita teruskan perancangan menghala ke kafe Mak O Mak, Melawati pulak. Alhamdulillah depa bukak as usual, so kami order dua menu dan mengekalkan konsep sharing is caring… half for me and another half for you. Gituh.😊

Nasi lemak for him.


Breakfast set for makcik.

Usai sarapan kami terus balik rumah. By tengahari kami ke Putrajaya untuk melawat cucu-cucu terchenta. Sebelum tu kita melencong ke IOI Mall dulu. Kami belum pernah pergi ke IOI Mall sendiri sebab biasanya ditemani anak-anak. 

“Kita redah je… bila anak-anak sibuk nanti pun kita kena sendiri jugak…” hubby memang sentiasa positif. So dalam keadaan agak cuak saya menurut sahaja sambil buat walking trail. Kami parking kereta kat Carpark C. Pengunjung agak ramai dek cuti awal Muharram. Kami masuk Parkson cari baju hubby lepas tu jalan-jalan window shopping cuci mata kat Symphony Walk.

Tanda tempat parking dulu.

"Jom try Coliseum Cafe..." disebabkan saya masih belum kenyang, laju sahaja saya mengiyakan. Saya order dua menu… tapi of course lah mengekalkan konsep sharing is caring lagi. Harganya boleh tahan jugak, tapi apa salahnya sekali sekala. Servis pun tip-top.

Mushroom soup with bread.

Wagyu burger for makcik.

Usai makan seperti biasa kita melawat cucu di Conezion hingga petang. Balik rumah kita order char kuetiew for dinner pulak. Selesai sudah urusan makan minum sepanjang hari ini. Hilang semua planning jogging, kita ganti dengan kalori berkoyan-koyan pulak. Lepas tu asyik salahkan penimbang bila bacaan tak pernah turun setiap kali timbang. Entahlah…

Sekian. 😊

Monday, 17 July 2023

Lunchdate & jalan-jalan cuci mata @ Ikea Cheras.

Harini tiba-tiba terasa nak gi cuci mata kat Ikea. Bila hubby bermurah hati nak temankan maka terus sahaja kami ke Ikea Cheras. Dekat je dengan rumah. Dalam 20 minit drive dah sampai, (provided bukan waktu puncak). Kami gerak usai solat Zohor. By pukul 2 petang dah tiba sana. 

Oleh kerana first time datang berdua maka saya cari jalan menggunakan google map. Nampak je bangunan Ikea terus cari signboard untuk masuk parking. Kami masuk je memana parking lot yang available. Rupa-rupanya kami masuk parking Mytown. 

"Takpe... kita explore je, bukannya ada kekangan masa pun..."

Kami naik escalator ke ground floor Mytown lepas tu berjalan kaki menghala walkway/link ke Ikea. Saya dah pernah datang area situ so bolehlah berjalan sambil gagau tengok signboard. 

Apa-apa pun kita isi perut kat restoran Ikea dulu. Kali ini kita pilih rice free menu, setiap satu dish kami share dua orang. Sharing is caring... gitu.



Misi sebenar adalah mencari bakul rotan buat letak mainan cucu-cucu. Tapi bila jumpa macam tak sesuai pulak nak letak mainan dalam bakul tu. Kata Tok ayahnya, takut terluka jari cucu-cucu terkena bahagian rotan yang tajam nanti. So kita tukar guna kotak sahaja. Lebih selamat dan nampak lebih kemas.

Bila dah siap beli dan bayar haruslah keluar ikut pintu keluar Ikea. Dah jenuh pulak nak menggagau cari jalan ke parking lot Mytown. Sepatutnya ada jalan pintas dari parking Ikea ke parking Mytown, tapi saya lupa exactly kat mana kotak parking kereta kami tadi. So kami masuk Ikea semula sambil hubby usung kotak-kotak yang dibeli tadi, cross jalan ke link/walkway untuk masuk semula ke Mytown, lepas tu turun escalator cari trail ke parking. Alhamdulillah saya dah buat walking trail masa on the way datang dengan mengingati nama-nama kedai yang ada sepanjang jalan. So bila nak balik kita follow sahaja trail tadi. Kesian tengok hubby sakit tangan dok mengusung kotak-kotak tu namum demi cucu Tok ayah gagahi jua.


Dah lama saya dok berangan nak beli bakul Ikea ni. Hari tu dah lama out of stok. Pagi tadi tetiba terasa nak tanya pakcik Google. Rupa-rupanya depa dah re stock. So bolehlah kita gi cuci mata.


Kat shopee pun ada.

Anganan.

Sebenar.

Alhamdulillah selamatlah dua orang makcik-pakcik pencen menghabiskan misi marathon pada hari ini. Yang penting, kita tenang-tenang sahaja, jalan terus mengharungi apa sahaja dugaan yang datang.

Sekian. 😊

Telur separuh masak

Masa saya kecik dulu, ayah saya selalu bela ayam. Biasanya dia akan bela seekor ayam jantan dan beberapa ekor ayam betina. Katanya, ayam jantan tu untuk buat baka jadi abang kawasan, so cukup seekor sahaja. Yang betina tu yang kena banyak sebab nak suruh bertelur dan membiak. Dan setiap kali ayam betina tu bertelur 'sulong', ayah saya akan ambik telur tu untuk buat telur separuh masak. Ayah dan nenek saya memang biasa makan telur separuh masak. Paling menarik bila nenek saya letak telur mentah dalam kopi O panas. Sungguh, rasanya enak macam minum kopi susu. Saya pernah cuba masa kecik dulu. Tapi nenek saya tidak turunkan amalan meminum kopi bertelur itu kepada saya maka tidaklah saya menjadikan ianya sebagai amalan juga. Cukuplah sekali rasa masa kecik dulu, lepas tu dah sudah. Lagipun saya lebih suka minum teh berbanding kopi. (Kecuali Starbuck.😁)  

Berbanding nenek, ayah saya memang jadikan telur separuh masak sebagai makanan saya. Seringkali ayah saya akan buatkan yang special untuk saya. Dia yang masak, dia yang pecahkan ke dalam mangkuk, tuang kicap siap letak sudu. Saya hanya duduk mengadap makan panas-panas. Malangnya, ayah saya tidak turunkan resepi telur separuh masaknya... dan hingga kini saya tidak pandai buat telur separuh masak. Dah banyak kali cubaan asyik menemui kegagalan. Akhirnya bila rasa nak makan telur separuh masak saya akan cari di kedai Mamak sahaja.

Semalam, usai keluar berjogging dengan hubby, kami singgah sarapan di Restoran Syed Bistro, Taman Permata. Sambil order roti canai saya pekena dua biji telur separuh masak. Alhamdulillah kenyang sampai ke petang.

Cantik kejadiannya.

Tambah soy sauce & pepper.

Tq hubby sebab raikan saya hirup telur separuh masak depan-depan walaupun dia sendiri tak lalu nak makan. (Setiap kali saya order dan hirup telur separuh masak dia akan pandang tempat lain...😁🤣). Gitulah, give and take kata orang.

Sekian.😊

Jambangan orkid tiruan.

Sejak dah mula berjinak dengan konsep minimalis ini saya dah mula membuang barang-barang yang dah lama tersimpan dalam rumah. Declutter kata orang kampung saya. Saya buat declutter ni section by section. Sebelum buang barang-barang tu saya akan kumpul kat satu tempat dulu, belek dan belai untuk kali terakhir sebelum masuk tong sampah. 

Banyak barang dalam rumah ni ada sentimental value dan cerita tersendiri. So bila nak berpisah tu rasa macam sebahagian hati ini akan dibawa pergi.😌 

Bunga kuning (dan putih) adalah favourite saya.

Hari ini saya tumpukan pada bahagian tangga. Area ni saya letak pasu besar dengan jambangan bunga orkid dan pokok-pokok berdaun besar. Saya tak pasti bila saya beli bunga orkid tiruan ini. Yang pasti sejak sebelum saya berjinak dengan pokok bunga asli di halaman rindu, memang saya suka hias pokok bunga tiruan dalam rumah. Maknanya dah lebih 8 tahun yang lepas or may be masa awal-awal pindah ke sini, which is 10 tahun lepas. Bila dah kumpul tu tetiba rasa sayang pulak. So saya basuh bunga dan daun tu dan hias semula dan letak balik di tempat asal. 


Dah nampak berseri-seri ni sayang pulak nak buang.

"Dunia semua tu Ummi... buang je."

Benarlah kata orang, ada perkara yang payah untuk dilepaskan kerana hanya kita yang tahu kisah benar disebalik setiap kejadian. Takpe, kita hold dulu... suatu masa nanti kita buat semula. Gitulah.

Sekian.😌

Friday, 14 July 2023

Kenduri kawen dan jalan-jalan @ Putrajaya

Sejak dua menjak ini, setiap kali ada kenduri dihujung minggu kami akan sekalikan dengan melawat anak-cucu. Kata orang sekali keluar, kita habiskan pusingan dari pagi hingga kepetang. Kalau tak ada kenduri, anak-cucu pulak yang akan pulang ke rumah nenek. Dan kehidupun dua orang pencen ini akan bertambah ceria disetiap hujung minggu, bila dikelilingi anak menantu dan cucu.

Baru-baru ini kami dapat jemputan kenduri kawen dari sahabat hubby masa depa buat Master dulu. Saya pun dah lupa yang mana satu. Depa buat kenduri kawen anak yang ketiga kalau tak silap saya di Embun Resort, Putrajaya. Sebagai plus one kita follow sahaja… jumpa tuan rumah (walaupun tak kenal), senyum dan salam. Tak sempat nak bergambar dengan tuan rumah sebab depa tengah kalut melayan tetamu waktu peak hours. So kami selpi laki-bini sahaja.

Kawasan resort, seronok tengok kedamaian dalam suasana kampung.

Embun Resort @Putrajaya.

Main dish…gulai daging yang enak.

Hubby semangat berselpi. (Abaikan filter melampau itu)

Selpi lagi, tengah panaih lit lit.😅

Usai kenduri kami singgah di rumah anakanda di Putrajaya. Dan seperti biasa agenda dengan anak-cucu bila ke Putrajaya adalah lepak makan di Ayer@8 lepas tu ambik angin tepi tasik. Kali ini kami makan ala sup di MyViets sebelum ambik angin petang di tepian tasik.


Hubby dan heronya.


By pukul 6.30 petang kami tiba di rumah semula meneruskan hari-hari tua. Home sweet home.

Sekian cerita pada hari Sabtu 3 Jun 2023 yang lepas.😊

Thursday, 13 July 2023

Open house Gojezes KB84 @ Sepang.

Walau dah habis Syawal dan Aidil Adha pun dah berlalu, cerita open house masih belum selesai. Tahun ini agak meriah dengan open house di mana-mana. Saya jugak tidak melepaskan peluang memenuhi undangan open house sahabat handai yang jauh dan dekat. Kali ini kami buat rombongan Cik Kiah ke Sepang. Tuan rumah buat open house merangkap house warming sempena baru berpindah ke rumah baru. 

Biasanya kalau keluar kawasan saya akan tumpang kenderaan mana-mana sahabat yang available. Tapi kali ini saya pulak jadi drebar. Alhamdulillah kami keluar dari rumah pada pukul 11.00 pagi dan tiba di Taman Sri Bayu, Sepang dalam pukul 12.15 tengahari. Makanan semua dah terhidang. Bila sampai sahaja kami terus duduk di meja makan. Kebetulan kawan saya itu berkahwin dengan orang Cyprus maka hidangan utama haruslah bertemakan Greek style. Tapi disebabkan kawan-kawan semua bawa lidah Melayu, haruslah disertakan nasi lemak air tangan sahabat chef juga.

Starter Greek style. Kacang, dried fruits, biskut, salad…cicah dengan Greek yogurt dan sos avocado homemade.


Dessert corner.

Pasta and nasi lemak with condiments

Condiments for nasi lemak.

Salad, mousaka and pasta.

Fruits section.

Desserts lagi.

The happy faces.

More happy faces.

The awesome tuan rumah.

Kami duduk berborak melepak hingga lepas zohor. Mentang-mentang dapat keluar berjimba tanpa pasangan, semua orang menggunakan peluang yang diberi sebaik mungkin. Alhamdulillah kami tidak lupa daratan. Sebelum jalan jam kami dah gerak balik. Tak cukup dengan jamuan makan, tuan rumah juga membekalkan lebihan makanan buat tapau serta goody bag penuh dengan cenderahati.

Goody bag.

Tapau pun macam-macam ada.

Semoga persahabatan yang terjalin sekian lama berkekalan hingga ke Syurga.

Sekian.😊

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...