Friday, 7 July 2023

Duit syiling.

Hari ini seharian saya dok setelkan duit syiling yang ada dalam tabung. Tak pasti sejak bila syiling tu terkumpul. Yang saya tahu setiap kali mendobi saya akan clearkan semua barang dalam poket baju dan seluar. Kalau ada duit syiling saya akan masukkan dalam tabung. Saya memang sediakan bekas tabung di sebelah mesin basuh supaya senang nak sumbat duit syiling. Ada juga saya kutip syiling yang hubby dan anak-anak bujang tinggalkan dalam kereta dan sumbat je terus dalam tabung. 

Saya tuang/longgokkan semua syiling yang ada dan susun ikut kategori 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Saya asingkan juga kategori syiling lama dan baru. Semua dalam sifir 10 keping setiap susunan. Lepas tu masukkan dalam plastik dan label dengan masking tape.

Asingkan dan susun dulu.

Setambun.

All done.

Ready untuk next collection pulak.

"Kenapa la tak bawa gi bank je?" Anak-anak pun pelik apahal Ummi depa ni rajin nau nak mengira dan menyusun duit syiling.😆

Depa tak tahu, adalah satu kepuasan bila dapat susun dan kira berapa banyak syiling yang tersimpan dalam tabung tu. Dia macam kita main jigsaw puzzle gituu... 

Apa-apa pun, kita tunggulah bila pulak masanya nak angkut bawa pergi bank.

Sekian.😊

No comments:

Jom balik KB, bercuti dan makan-makan

Bila hubby ajak balik KB saja-saja bercuti dan jalan-jalan cari makan laju sahaja isteri mithalinya ini bersetuju dengan segala perancangan....